Friday, December 30, 2011

Tempat Persemadian Muhammad al Fateh-Raja dan Pemimpin Terbaik



Tiada yang mustahil dengan Izin Nya-Hatta menakluk Constantinople

Makanan kegemaran-Kebab Turki


Ini kebab kegemaran saya.Tetapi hanya di Turki.Mungkin kerana hati saya disana...

KIta bercakap mengenai apa...

        Kajian mengenal manusia banyak di ceduk dari bentuk perlakuan manusia itu sendiri.Satu masa dahulu,seorang guru didalam kelas pernah bertanya kepada kami.Siapa itu manusia?Berbagai jawapan ditulis,mengenai itu dan ini.Namun tiada seorang pun bercakap mengenai diri sendiri.Perlakuan kita selalu ingin mengikut norma yang di iktiraf  kelompok yang ramai.
    Saya sering tertarik dengan beberapa pandangan masyarakat mengenai politik-politik semasa.Ada bercakap mengenai demokrasi.Ada bercakap mengenai kuasa.Pendek kata banyak cakap-cakap yang kadangkala menimbulkan lelucon.Politik biasanya hanya peristiwa yang sebenarnya pernah terakam dalam sejarah.Hanya di tukar plot watak,masa dan zaman.selagi pelakon politik adalah manusia,kelakuan tetap sama.

    Politik bagi barat ialah kuasa dan cara memanipulasi.Politik   bagi saya hanya cara atau strategi yang di guna manusia bagi melaksanakan amanah Allah.Politik barat amat mementing konsep "state". Politik   Islam adalah Ummah.Tidak kira anda seorang bangsa Indonesia,Bangsa Arab atau Melayu,Islam hanya mementingkan persaudaraan atas nama agama.
         Saya memandang kesedaran politik sebagai ssesuatu yang positif,tetapi politik hanya untuk memperolehi kuasa ,adalah politik yang sempit.Kebanyakkan watak-watak penulis politik lewat tulisan blog banyak menekankan peristiwa semasa,tidak belajar memahami bahawa kadangkala ia hanya ulangan dari sejarah silam.
      Setiap yang berlaku hari ini ialah satu titik kesinambungan dari cerita semalam.Kenapa Portugis berada di Melaka pada 1511?Portugis berada di situ kerana di situ dakwah Islam   rancak berkembang.Ramai pedagang Arab yang memegang ekonomi dan dakwah.Portugis berada di Melaka ialah kesinambungan    perang   Salib.
     Ilmu dalam politik hanya setitis dari ilmu dari kalam Tuhan.Sebelum kita berbicara mengenai sesuatu adalah lebih wajar kita menambahkan ilmu.Ilmu ialah cahaya.Bercakap tanpa cahaya yang betul hanya kesesatan.UMat yang menguasai ilmu pengetahuan akan memegang hikmah tuhan,walau dia seorang Kristi atau Nasrani.
  

Thursday, December 29, 2011

Sistem Pengajian Tahfiz:Maahad Tahfiz wal Qiraat An Nur

       Semasa perancangan membuka Maahad tahfiz ini,beberapa jawatankuasa kerja telah di panggil untuk membincangkan perlaksanaan gerak kerja .Namun dek kerana kekurangan masa,hambatan tugas,dan kekangan kewangan dari  hampir 12 jawantakuasa pemandu,hanya tinggal dua penerus rancangan asal.
    Mengambil konsep Maahad Tahfiz Pulai Chondong,MTAQ An Nur merupakan swasta pertama yang menawarkan tahfiz bersepadu yang yurannya amat rendah berbanding pasaran semasa.
    Sistem pengajian dalam bentuk kelas,dan sistem sekolah yang sistematik.Pengajian Al quran dan hafazan memakan masa 5 jam sehari,dua jam akademik dan dua jam Deeniyah.Pelajar-pelajar turut aktif dalam aktiviti sukan dan riadah.Peperiksaan dijalankan pada setiap semester.Penilaian bulanan juga dijalankan mengikut kesesuaian.Dalam tempoh  kurang 4 tahun penubuhan,hampir 10 pelajar sudah bergelar hafiz.Kebanyakkan dari mereka memegang rekod kurang 18 bulan untuk 30 juzuk.
         Empat tahun yang panjang ini juga,telah menemukan kami,pelbagai ragam manusia.Cita-cita menjadi huffaz,merupakan impian semua ibu bapa,namun,ketentuan Allah lebih nyata.Menjadi hafiz adalah satu anugerah.Anugerah bukan untuk semua.Berusaha menjadi hafiz pula,satu pilihan,yang boleh di cuba.
   Pelajar MTAQ An Nur,diambil dari seluruh Malaysia.Walaupun pusat tahfiz ini di Kelantan,banyak model yang sama telah di bawa ke Melaka,Sabah dan banyak tempat lagi.
    Pada tahun 2010,MTAQ An Nur telah memperolehi MOU bersama sekolah tahfiz di Mekah Mukarammah.Mou ini membolehkan kami menghantar pelajar untuk menyambung pengajian di Masjid Haram,Mekah.Pada 2010 juga,pusat ini menjalin kerjasama dengan beberapa Universiti Di Syria.Penghantaran pelajar peringkat pertama sudah di mulakan dan memberi kesan yang cukup positif.
      Pada penghujung 2011,MTAQ An Nur sekali lagi memperolehi kouta penghantaran pelajar dengan beberapa badan NGO  di Turki.

  Bagi tahun-tahun seterusnya,MTAQ ini akan menyediakan tempat untuk semua warganegara Malaysia,Singapura dan Asia Tenggara untuk menyambung  pengajian ke beberapa negara yang menawarkan geran-geran pengajian percuma.Jika diizinkan Allah,kami akan bergerak ke Riyahd,German,SEpanyol,Kuwait dan lebih banyak hubungan antarabangsa.Sekiranya anda ingin membantu,apakata mulakan dengan doa"Semoga usaha kami mengembangkan Pengajian Agama di berkati Allah "...kami komited dengan kesatuan ummah.

Tuesday, December 27, 2011

Turki itu di hati




Bagi tahun 2011 yang akan menutup tirai,suami saya kembali ke Turki.Rasa-rasanya kali ke lima untuk tahun ini.Pemergian yang bukan bersifat -sifat seperti orang lain.Pergi kerana hati ingin pergi.Tiada sebab yang maha hebat.Sekiranya saya seorang isteri yang mendamba suami di sisi,suami yang suka "mengukur jalan "bukanlah ciri suami yang ideal.Memandangkan saya cukup memahami suami,saya tahu banyak ibrah,banyak kisah,kenapa dan mengapa Turki selalu menjadi tempat suami menenangkan diri.



Satu lontaran,cukup membuatkan saya faham.Kata suami,di Islambol itu pernah di rekodkan ada Raja yang terbaik,dan ada juga tentera terbaik,sudah pasti keturunan,nasab mereka,genetik mereka adalah yang terbaik juga.Sekiranya ada seorang pengkaji gen,kromosom dan sebagainya,anda tentu maklum maklumat-maklumat yang boleh diwarisi.Jika rupa paras boleh seiras,apatah lagi ciri-ciri genetik yang lainnya.Sekiranya bangsa Turki tidak digolongan bangsa yang hebat,manakan Nabi yang kita kasihi,merekod tentang ciri-ciri bangsa yang akan menguasai dunia.



Turki itu banyak menyimpan cerita.Dan suami saya hanya seorang dari penglipur lara.






Friday, December 16, 2011

Id ego superego

Pada hari minggu ,kediaman ibu mertua saya akan "meriah" dengan suara anak ,cucu yang akan berkumpul.Kebetulan ,adik ipar(biras) ada bersama-sama.Disebabkan saya tidak pandai menggunakan oven,saya bertanya cara membakar ayam.Bagi orang lain,mungkin agak sinikal,berumur 30 -an tetapi masih tidak tahu menggunakan alatan dapur.Tapi,sememangnya saya tidak tahu,baru sahaja di buka pintu hati untuk bertanya.Memasak entahkan bila.
Kebetulan pada pagi ini,semua ahli keluarga ke Kota Bharu,hanya saya dan adik.Dia memujuk untuk terus memasak menu yang saya inginkan .Katanya ,kalau ibu mertua saya ada,pasti saya tidak akan kedapur.Mujur saya tidak tergelak.Terasa lucu kenyataan itu.Tapi memang itu yang berlaku.Baru terasa buruknya perangai saya.Kadangkala ,orang lain memang mengenali diri kita.Hanya kita yang tidak prihatin.

Saya memang ingin belajar memasak.Saya juga ingin belajar sesuatu yang nampak kecil tetapi bermakna.Belajar menghargai orang lain.Belayar memahami orang lain,sepertimana saya ingin di fahami.Tidak pernah ada satu saat ,untuk kita terlewat:-belajar mengenai sesuatu.

Tuesday, December 13, 2011

The Sacred Path of love




Suami baru pulang dari Singapura.Tampak gembira bertemu rakan -rakan di seberang tambak.Sempat berkunjung ke makam Habib Nuh.Menghadiri seminar di Masjid Sultan.Semoga bermanfaat untuk semuanya.




Monday, December 12, 2011

Technology of the Heart: Azeemiyya Invocations

Technology of the Heart: Azeemiyya Invocations: Bismillah wa Eid Mubarak 1. The Messenger is among you Wai a'lamu anna fikum Rasulullah... Fadlan mina Allahi wa ni'amatan.. And kn...

Sunday, December 11, 2011



DATE : 5 JAN 1937




STATE TRADITIONAL ULAMAS:
1.HJ IBRAHIM
2.HJ AHMAD MAHIR
3.HJ AHMAD MANAN
4.HJ ABDULLAH TAHIR

REFORMIST ULAMAS
1.HJ WAN MUSA
2.HJ ABBAS TAHA
3.DR BURHANUDDIN

The crux of Hj Wn Musa arguments is that Muslims are not required to adhere to a specific school of law,rather they are free to pick and choose from any of the legal opinions of the four major school deemed suitable and convincing.

Kuasa KePEMIMPINan Al-Fateh: Testimoni Prof Redzuan Othman

Kuasa KePEMIMPINan Al-Fateh: Testimoni Prof Redzuan Othman: KATA PENGANTAR Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul merupakan ibukota kepada Empayar Byzantium yang diasaskan pada tahun 324 ...

Pengenalan: Tahfiz

Dewasa ini,menjadi satu trend untuk ibubapa memilih aliran tahfiz sebagai salah satu pilihan pengajian untuk anak-anak mereka.ramai ibubapa yang meletakkan harapan menggunung untuk merealisasikan harapan mereka.Disebabkan permintaan yang tinggi,Maahad tahfiz muncul bagai cendawan selepas hujan.

Di bawah merupakan beberapa panduan ringkas bagi memperkenalkan sistem dan jenis sekolah tahfiz yang wujud di Malaysia.

1.Secara am,tahfiz merupakan instituisi pendidikan yang menawarkan peluang bagi pelajar menghafal 30 juzuk Al Quran.Pada asalnya pengajian tahfiz tidak begitu meluas di Malaysia.Tahfiz hanya dijadikan subjek hiliran di sekolah-sekolah agama.Apabila kerajaan Negeri Kelantan mempelopori sekolah berorientasikan tahfiz,ia mula menjadi ikutan,dan bertambah di seluruh pelosok negara.


Antara sekolah-sekolah yang wujud:-

1.Sekolah atau Maahad yang menawarkan aliran tahfiz penuh tanpa pengajian Deeniyah atau akademik.Sistem pengajian bercorak tradisional.Menggunakan teknik mengulang dan masih banyak wujud di pondok -pondok di kelantan ,Kedah dan beberapa negeri lain.
2.Sekolah atau Maahad menawarkan aliran tahfiz penuh dan deeniyah.
3.Sekolah atau Maahad tahfiz yang menawarkan aliran tahfiz penuh dan deeniyah serta akademik secara kelas tambahan.
4.Integrasi penuh tahfiz,akademik dan deeniyah.

Sistem integrasi penuh tahfiz,akademik dan deeniyah merupakan salah satu aliran moden yang menjadi rebutan ibubapa.Sistem ini bermaksud pihak instituisi menawarkan pengajian penuh tahfiz,dan menyediakan peluang pengajian akademik dan deeniyah yang seimbang.Sekolah di tadbir secara tersusun kerana sistem ini memerlukan gerak kerja yang teratur.Kos pengurusan juga lebih mahal kerana ada tiga bentuk pengajian di sebuah sekolah yang diintegrasikan.

bersambung

Friday, December 9, 2011

Ubat penyakit Bosan

Jika kita terasa bosan,apa yang boleh kita lakukan....

1.Mendoakan ibubapa yang mengasihani kita semasa kita kecil
2.Mendoakan almarhum-almarhumah ahli keluarga dan seterusnya Muslimin dan Muslimat yang telah pergi.
3.Menulis senarai wasiat,hutang-hutang,sekiranya esok kita mungkin di panggil kembali.
4.Memohon maaf dan keampunan kepada orang-orang yang kita palit dosa pada mereka
5.Membaca Al quran memohon ketenangan jiwa.

Bosan ialah penyakit.Dalam kehidupan seorang Muslim yang ada hanya"damai" kerana Islam itu agama yang syumul.

Kalender

Selepas seminggu kembali dari Mekah , saya dan suami ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah seminar.Kembali kami ke Kelantan,suami menerima tetamu dari Majlis Agama Melaka.Pertemuan yang singkat tetapi membuahkan banyak hasil.Sepatutnya kami terbang ke Jakarta pada hujung minggu lepas,namun,kerana saya yang tidak berapa bersungguh,kami menukar laluan ke Pulau Pinang.Tidak tergamak untuk meninggalkan anak yang masih kecil.Ramai sahabat -sahabat kami temui di Penang.Berkesempatan ke Kedah ,memanjangkan silaturahim.
Tiga hari yang berkejar-kejaran.Kami terpaksa pulang ke Kelantan,kerana bapa saudara ingin suami menguruskan"calling visa"ke Riyadh untuk mereka.Dua hari di Kota Bharu,terbang pula ke Kuala Lumpur dan seterusnya Singapura untuk menghadiri satu lagi seminar.Saya pula telah mempunyai jadual temujanji yang padat sehingga hujung Disember.

Pada pertengahan Disember pula,suami akan terbang jauh sekali lagi . Visa ziarah ke Mekah juga sudah diperolehi.Maksudnya,banyak cerita pengembaraan sepanjang 2012 yang bakal menjelma.

Semoga di beri kesihatan yang baik untuk meneruskan sisa kehidupan.Sesungguhnya maut itu sentiasa menjengah kita.

Tuesday, December 6, 2011

Topeng mukabuku

Laman muka buku atau "facebook"telah menjadi sebahagian dari kehidupan.Hampir semua pengguna komputer mempunyai laman muka buku mereka yang tersendiri.Laman muka buku merupakan satu fenomena yang tidak diketahui sehingga bila.Satu masa dahulu pernah muncul Yahoo Mesengger,MIRc dan beberapa aplikasi yang sekarang mungkin tidak dikenali generasi baru milinieum.

Menyelusuri kisah manusia lewat muka buku atau "facebook" amat mengujakan . Ramai yang ingin berkongsi kisah.Ada yang mencari perhatian dengan berbagai rencam kiriman di dinding laman.Ayat -ayat seperti
"serabut","bosan" dan pelbagai kiriman cerminan jiwa kacau sedikit sebanyak membuka "wajah" kita kepada orang lain.Sekiranya kita seorang wanita,kita menunjukkan wajah kelemahan jiwa.Kekosongan hati dan mungkin satu dari seribu satu ciri kegagalan untuk menjadi calon isteri solehah.Jika kita semudah ABC bercerita masalah di laman muka buku,beerti kita seorang yang kurang "nilai' untuk di letak kepercayaan.Bukan semua masalah boleh di kongsi diruang seluas "facebook".

Facebook boleh memberi manfaat ,dan juga boleh memberi mudarat.Tidak perlu memuat turun beribu keping gambar sendiri.Wajah kita bukan gambar kalender yang boleh ditatap oleh setiap manusia.Terutama wanita.Tidak ada keperluan untuk "memuncung" ke kiri atau kekanan semata-mata ingin menunjuk betapa cantik kita di mata kamera.Simpanlah gambar-gambar hanya untuk tatapan peribadi,bukan dilacurkan sesuka hati di mata orang lain.

Wanita solehah untuk lelaki yang soleh.Sekiranya kita hanya menjadi
'ustazah" lewat laman facebook,tetapi tindakan dan pemikiran kita jauh dari apa yang kita katakan,tiada siapa yang akan menghormati diri kita.Selesaikan masalah peribadi,diruangan peribadi.Komen hanya yang perlu.Tidak perlu komen "ketawa sopan" atau "ketawa jahat".Ini hanya menunjukkan sikap kebudak-budakkan yang terserlah.Tidak perlu membiasakan diri beramah -mesra hatta lewat laman muka buku.

Jadilah wanita solehah yang mukminah.Jangan jadikan facebook sebagai dosa yang berterusan sehingga ke dalam kubur.Masih belum terlewat bagi memadam gambar-gambar yang tidak ada keperluan.Masih juga belum terlewat membetulkan niat bersosial di laman muka buku.Jadilah orang yang matang di dalam dan di luar laman muka buku.

Tuesday, November 29, 2011

Jika kaya itu satu pilihan

Antara perkara yang saya separuh suka apabila berjalan dengan en suami ialah;temujanji.Tidak kira samada di Malaysia atau luar negara,jadual beliau pasti penuh dengan pertemuan demi pertemuan.Semasa saya berada di Haram,hampir saban siang dan malam saya berjumpa berbagai lapisan manusia kenalan en suami.Bertemu rakan dari Gemilang Travel,Ash Har travel,Zahafiz,Smiley dari Singapura,jemaah Tabung Haji,Yaskin Travel,bertemu doktor dan jururawat di Shisha,bertemu mualad mualad Mekkad di Ajyad,Sulamaniyeh.Itu tidak termasuk pelajar universiti Madinah,dan muslimin muslimat yang dikenali di sepanjang perjalanan.Dua minggu di Mekah,saya lelah dan hampir-hampir ingin rebah.Berjalan kaki hampir kesemua tempat.
Itu tidak termasuk lagi menunggu suami bagi urusan imigresen di Airport haji.Belum lagi mencari pasport yang hilang di maktab 73.tidak juga cerita "disoalsiasat" di airport komersial sewaktu pulang.
Pokoknya,banyak peluang untuk mengembangkan kerjaya di Mekah.Namun saya cukup yakin,walau di tawar ribuan ringgit,kehidupan yang tenang masih menjadi pilihan.Rezeki terbentang di hadapan mata.tawaran demi tawaran di Mekah pasti bukan kerana wang.Menetap di Malaysia masih satu keutamaan.

Monday, November 28, 2011

JIwa hamba

Alhamdulilah,masih bernafas di bumi tuhan,masih ada sisa-sisa keletihan jiwa sekembali dari Tanah Haram.Pemergian kali ini pelik sekali,terasa diri diawang-awang.masih tidak menjejak bumi sepenuh hati.Hati masih sebal dengan beribu rasa dan perisa.Saya ke Mekah awal sehari dari jadual,asalnya via Singapore,kemudian di tukar dengan Etihad.Kembali ke Malaysia pula,asalnya,Etihad,ditukar pula dengan Singapore.Jiwa sesak melihat semiskin di setiap tempat yang saya jejaki.Disaat warga Malaysia selesa dibawah hotel 3.4 atau lima bintang,beratus ribu warga haji seluruh dunia hanya tidur di bawah bintang.Mereka masih beribadat seperti kami.Mereka lebih utuh melebihi kami.

Sewaktu di Mina,saya melalui tempat si kulit hitam yang berkelana.Bermabit seada.Makan seadanya.Semua jauh dari apa yang saya ada.Masih ada si kaya dan si miskin di mana-mana.Hatta semasa ibadat untuk menyatukan semua. Watak manusia sehingga kiamat pasti begitu,dan kekal begitu.

Terasa rugi melihat ramai jemaah Malaysia.masih ralit di buai mimpi.Menginginkan keselesaan sehingga tidak dapat melihat keperitan orang lain.Masih leka,seolah-olah dalam percutian yang panjang.

Di Arafah,di Mina dan dimana-mana ,manusia khusyuk mengadap tuhan-Sehingga sanggup melupakan kesusahan orang lain.Kita ingin haji yang mabrur-bukan kehidupan yang berhasil untuk dunia dan akhirat.Kita ingin ke Syurga hanya dengan diri sendiri,tanpa melihat di kiri dan kanan masih ramai yang memerlu sedikit simpati.

Sesungguhnya saya orang yang kerugian-Ampuni lah ya ALlah.

Thursday, November 17, 2011

Chicken Mandy

Insyaallah akan cuba dimasak...:)))Kalau tidak rugi mendaki tangga bukit Ajyad yang mengalahkan Batu Caves.Resepi "authentic"ini diharap dapat dijamu kepada yang tersayang.:))


Saturday, October 22, 2011

Tips-Prosedur urusan Haji bagi Jemaah haji Malaysia

Secara amnya ada 4 cara bagi memudahkan urusan Haji bagi Jemaah Haji Malaysia.

Kuota Haji bagi jemaah Malaysia yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun 2011 ialah seramai 28,000 jemaah.Dibawah diberikan prosedur haji yang boleh dipilih jemaah bagi urusan haji.

1) Muasassah-Merupakan cara yang paling popular.Bakal Hujjaj diminta mendaftar haji dengan Tabung haji dengan simpanan minima sebanyak RM 1,300.Apabila mendaftar dengan wang berkenaan,para hujjaj akan diberikan tahun bagi mengerjakan haji.Sebagai contoh ,pendaftaran bagi tahun 2011,akan diberi tahun 2040,sebagai tahun menunaikan haji.Tahun ini adalah anggaran sahaja.Ia boleh dipercepatkan sekiranya ada kuota tambahan ,atau ada bakal hujjaj lain yang menolak.etc.

2) Pakej Haji-Ini merupakan cara yang semakin popular bagi jemaah yang berkemampuan .Bagi tahun 2011 , pakej terendah bagi mengerjakan haji ialah sebanyak RM 18,000. Syarikat pengendali perlu membayar sebanyak RM9000 tt bagi wang haji kepada Tabung Haji,dan selebihnya untuk syarikat pengendali.Setengah-setengah syarikat seperti Andalusia,Yaskin Travel memerlukan pendaftaran awal seperti 2-3 tahun.Tabung haji juga menyediakan pakej haji melalui anak syarikat.Pakej-pakej ini boleh mencecah sehinga ratusan ribu ringgit,bergantung kepada jenis hotel,kemudahan,jenis penerbangan dan sebagainya.Semua pakej diatas berdaftar dengan Tabung Haji.

3) Pakej haji swasta - Trend beberapa tahun ini,turut mewujudkan Pakej Haji Swasta.Kebiasaan bagi jemaah pakej-pakej ini akan berangkat 2 minggu sebelum hari wukuf.Visa bagi pakej ini kebiasaannya melalui visa vip atau vvip yang diberikan untuk Menteri,Pejabat Mufti dan sebagainya.Penerbangan Haji biasanya menggunakan pesawat komersil dan mendarat terus ke Mekah.Pakej ini biasanya bermula dari Rm 18,000 dan keatas.Diantara pengendali syarikat bagi pakej haji Swasta ialah MSD Travel,Jom holiday dan beberapa syarikat lain.

4) Kuota Khas - Cara ini ialah dengan mendapat jemputan khas dari Kerajaan Arab Saudi.Ada juga jemaah Malaysia yang menggunakan kouta dari Singapura seperti Smiley Travels etc.Kebanyakkan Jemaah haji Singapura akan menginap di Zam-zam Towers yang menjadi antara salah satu tempat penginapan termahal di Mekah.

Kesimpulannya,banyak alternatif bagi menunaikan Haji yang boleh dipilih oleh warga Malaysia.Anda hanya perlu memilih mengikut kemampuan dan keselesaan anda.Tidak ada lagi alasan untuk tidak menunaikan Haji.

Wednesday, October 12, 2011

--- En suami merupakan antara insan yang paling mempengaruhi hidup saya.Walaupun cara kehidupannya sering di pandang sinis,namun saya lebih tahu dan Allah pula Maha Mengetahui.
Saya banyak belajar tentang ikhlas dari beliau.Ikhlas itu merupakan tangga yang cukup payah di capai oleh insan yang lalai dan lupa bernama manusia.
Menuju tangga keikhlasan kita akan mengenali sifat ujub,riak dan takkabur dan segala sikap yang memang diadun untuk menguji tangga ikhlas seorang manusia.
Manusia,secara lumrah dan adat sentiasa mengharap pujian.Mengharap disayangi ,mengharap seribu macam kebaikan dari Tuhan dan orang lain.Mengharap segala kebaikan,kekayaan,pokoknya yang baik-baik saja.
Bila Allah menguji dengan sakit,kita mohon di sembuhkan.Bila Allah menguji dengan susah,kita mohon dipermudahkan.Kita sentiasa bermohon dengan segala permohonan.Meminta sehingga akhirnya.
----Bila saya berkahwin,saya melihat suami dikeji,disalah erti ,di tuduh dengan segala pertuduhan.DIa hanya diam.Tidak sekali mengeluh ,hatta kepada saya.Walaupun di kata dengan segala nista,diam masih raja.Tidak ada satu yang mengugat kepercayaan-bahawa Allah itu Maha Mengetahui-serahlah jiwa dan raga pada Pencipta-Ayat yang sama diulang,dinyanyi ,dialaun kepada saya-Serahkan jiwa dan raga pada Pencipta-
-Detik demi detik saya belajar sifat redha yang digabung dengan sikap mencari ikhlas kerana Tuhan-sehingga pada satu masa-Ya Allah aku terima segala ketentuan.-Hanya mengharap Redha dan keampunan.Tidak ada lagi yang bisa menggangu gugat jiwa-ingin jiwa ini kembali pada Tuhannya.Di beri kesakitan-alhamdulilah-Diberi ujian-Alhamdulilah.
Untuk suami yang mendidik,segala penghargaan kerana mengajar erti hidup adalah ujian-Kepada Tuhan dipanjat rasa syukur-kerana Dari Allah kita datang,dan kepadanYA kita kembali.

Monday, October 10, 2011

Manusia dan topeng

Sehingga ke hari ini,saya dan suami mempunyai tiga buah kereta yang kami gunakan secara bergilir-gilir.Disebalik jumlah kereta-kereta itu,saya masih tidak punya lesen memandu,dan masih lagi tidak bersungguh untuk mempunyai lesen yang digambar yang dianggap sebagai lambang kebebasan.Suami saya juga,sejak dijengah usia remang tua(tapi muda):)lebih kerap terbang dari memandu ke Kuala Lumpur atau tempat-tempat yang agak jauh.Katanya sudah tidak larat untuk memandu seperti dulu.Bagi saya,kereta hanya setakat kereta.
Beberapa hari yang lalu,suami saya ada bercerita mengenai manusia dan kereta.Manusia memang mudah terpedaya dengan lambang,status dan kekayaan.Jelas diriak muka si penjual,jika pembeli membawa viva,layanan hanya sekadar melepas batuk di tangga.Tidak ada kesunguhan.
Jika Honda pula dibawa,senyuman,hampir-hampir manis.Ada wujud aura jauh tapi mesra.Dan bila Harrier dipandu,semuanya bermanis muka.Muka yang keruh menjadi jernih.Hampir tergelak bila suami mula bercerita.

Membawa Viva,Honda atau Harrier,tidak membawa sebarang makna bagi saya.Semuanya di pinjam Tuhan.Jika kita merasa hebat dengan harta yang tidak beerti ini,mungkin anda salah satu manusia yang mewakili penjual yang melihat nilai insani seperti melihat Viva ,Honda dan Harrier...


...mana tahu tahun depan saya menambah nilai manusiawi dengan BMW x 5 atau x 6....hehehe

Semakin dekat

Beberapa detik yang akan dipinjamkan Tuhan-saya akan berkelana untuk di Pandang oleh Pencipta .Hajat dihati ingin berlama-lamaan mencurah segala dosa yang masih tebal.Namun yang saya ada ,hanya masa dan detik itu,itu pun saya syukuri.Lebih dari apa yang dipohon,lebih dari apa yang dipinta-semua itu rahmat.
Pada tika ini,jika saya adalah orang lain.Ini adalah masa tenang.Masa mengucup sejadah,masa mengalirkan air mata,memohon rahmat dan keampunan.
Saya,di kejauhan,dalam kesibukkan dengan kisah-kisah manusia.Saya masih dikunjung tetamu yang meminjam sirna di hati.Saya masih mendengar cerita-cerita yang saya akui----inilah kisah manusia.Tidak habis dengan cerita.
HAri terakhir saya bekerja,saya masih dan akan bekerja.Pergi dan pulang jika di benar Tuhan.Ingin saya serahkan semuanya.Kehidupan adalah penyerahan.Baik ,buruk ,pahit ,manis jika dihadiahkan Tuhan-terima sebagai hamba.Kita siapa untuk bertanya?

Sunday, October 9, 2011

Saya Takut...

Setiap hari saya berhadapan dengan banyak sikap takut,baik dari diri saya sendiri atau orang lain.Paling kerap saya dengari ialah rasa takut untuk mencuba.
Sikap dan sifat takut adalah lumrah.Mengatasi rasa takut juga bukan sesuatu yang mustahil.Kita takut untuk mati,tetapi kita pasti mati.Disini kesan ketakutan ada yang bersifat positif dan ada yang negatif.Sesetengah perkara,setakut mana kita untuk menghadapinya,kita pasti akan melaluinya,contohnya ,mati.

Dikalangan pekerja,ketakutan yang paling banyak ialah,ketakutan mengubah tabiat diri.Takut menjadi insan yang lebih baik dari semalam.Takut dikatakan rajin.Takut dikatakan memandai-mandai.Takut serba-serbi.Yang paling menakutkan,takut memberikan peluang untuk diri sendiri.Sekiranya miskin,miskin dulu,kini dan selamanya.Sekiranya jahil,ingin dalam kejahilan selama-lamanya.
Sebagai ketua,saya sedaya-upaya memupuk sifat berani dikalangan rakan sekerja.Saya juga amat menyokong sekiranya mereka ingin mencuba sesuatu yang baru.Saya menggalakkan mereka berkunjung di tempat yang baru.Saya menyokong sekiranya mereka ingin mencari pendapatan tambahan.Saya cuba memberi luang dan peluang.Malangnya ramai yang masih takut untuk mencuba jauh sekali ingin membuat sesuatu yang lebih bermakna.


Bagi meneutralkan ketakutan,kita mungkin tidak takut duit berkurang dengan sedekah,kerana sedekah menambah akaun pahala,dan tidak susut nilai kerana itu janji Allah
Kita juga tidak takut untuk mendoakan org lain,kerana itu tanda kasih sayang sesama insan.
Kita tidak takut membantu orang memerlukan,kerana satu masa kita memerlukan orang lain,untuk memandi,mengkafan,menyembahyang dan menguburkan kita.
Kita tidak takut untuk berusaha untuk mengubah nasib diri ,keluarga dan agama,kerana Allah tidak mengubah nasib sesebuah kaum,sehingga kita sendiri mengubahnya.

Larilah dari ketakutan.Dunia terlalu indah untuk diteroka.Hidup yang hanya memikirkan masalah diri hanya kehidupan sia-sia.

Thursday, October 6, 2011

Cinta kasih sayang









HAji

Haji merupakan satu ibadat yang wajib kepada setiap individu Muslim.Ibadat yang agung ini sering dirangkai bersama istilah mampu.Mampu boleh mempunyai definasi luas mengikut tafsiran.
Dalam adat Melayu Islam di Malaysia mampu sering dikatkan,apabila sudah memiliki rumah,kereta,anak-anak yang sudah besar dan segala urusan kerja selesai.Kadangkala saya sering tersenyum melihat"ketidakmampuan"mengikut takrifan Melayu di Malaysia.
Sebenarnya kemampuan yang paling utama ialah kemampuan untuk mengali ilmu mengenai haji.Kemampuan untuk memahami makna pengorbanan.Kemampuan tenaga untuk melakukan rukun dan wajib haji.
Signifasi haji ialah pengorbanan.Pengorbanan mendahulukan ibadat dari keperluan.Rumah ialah keperluan.Tapi membeli rumah sehingga melewatkan wajib haji bukan satu kewajipan.Kereta ialah keperluan,tetapi ,jika kereta disabitkan alasan lewat menunaikan haji juga adalah satu kerugian.
Menggali ilmu pelaburan,kos lepas boleh membantu kita menimbangtara waktu yang paling sesuai untuk haji.Jika kita boleh mengumpul"downpayment" untuk rumah atau kereta,kita juga boleh menyimpan untuk haji.Dalam konteks ekonomi,semakin lewat kita berhaji,semakin tinggi kos yang akan kita tanggung.Dari sudut inflasi,nilai duit yang di simpan didalam bank,akan menyusut disebabkan inflasi dan faktor lain.
Dari sudut fisiologi manusia,usia yang meningkat menambah risiko kesihatan yang semakin menyusut.Tawaf,saie,wukuf merupakan perjalanan haji yang memenatkan.Usia yang uzur akan memperlahan momentum haji individu.Usiaa berkait rapat dengan tenaga dan kesihatan.Tanpa kesihatan yang baik dan tenaga yang mencukupi,perjalanan haji amat memeritkan.Jika kita melengahkan haji kerana anak yang kecil,fikirkanlah,sekira hadir malaikat maut,boleh atau tidak anak itu menjadi alasan?Sekiranya boleh,maka tangguhlah haji untuk anak kalian.
Oleh itu,tanamlah niat untuk berhaji secepat yang mungkin.Belajar untuk melaksanakan haji seawal mungkin.Haji yang wajib hanya sekali.Sesungguhnya niat yang baik,telah mengalirkan pahala,walaupun masih tidak terlaksana.

Tuesday, September 13, 2011

Peluang menambah rezeki

Tips murah rezeki

1.Banyakkan berdoa
2.Banyakkan sadaqah
3.Berbuat baik kepada haiwan-haiwan dan makhluk Allah yang lain
4,Berkongsi dengan org lain
5.Jangan tamak dan mementingkan diri
6.Berbudi pada ayah bonda,suami atau isteri dan kaum kerabat
7.Tidak menunggu org meminta,beri sebelum dipinta
8.Jangan menghina org miskin ,anak yatim
9.Amalkan sikap pemurah,menjamu tetamu

dan tak lupa,amalan sunat Dhuha dll....

Percaya dan yaqin rezeki adalah ketentuan Allah.Tips-tips diatas adalah apa yg telah kami suami-isteri amalkan.ALhamdamdulilah rezeki sentiasa murah.Suami saya sering menasihati supaya membesarkan sedekah.Jika mampu sebahagian gaji diperuntukkan untuk tujuan amal kebajikan.ALhamdulilah rezeki saya semakin bertambah bila berbuat demikian.

khuda hafidz

Alhamdulilah hari ini saya melihat anak-anak didik kesayangan menduduki UPSR.Satu kelegaan apabila satu lagi tugas dapat di selesaikan. Bulan September bermaksud:-

1.Saya sudah merangka perbelanjaan dan Pendapatan sekolah bagi 2012
2.Saya sudah siap merangka pengiklanan,pengambilan Murid-murid dan Pelajar Baru
3.Saya sudah menyiapkan blueprint 2012-2015
4.Saya sudah menyiapkan program /belanjawan bagi Kompleks
5.Saya sudah menyiapkan perancangan Dua sekolah baru untuk sesi 2012
6.Saya sudah bersedia bagi perancangan menghantar pelajar ke luar negara Mekah,Turki dan Syria
7.Saya sudah bersedia dengan rancangan kerja,mengembangkan perniagaan bagi Salina's Resources
8.Saya dalam usaha menambah peluang perniagaan
9.Saya dalam usaha menambah amal sadaqah ,waqf
10.Saya menambah persediaan untuk mati


dan bagi suami saya,jadual ,lawatan,bussiness trip,kerja-kerja amal pasti akan berganda.

Ya ALlah limpahi hambaMu dengan kesihatan yang baik,agar dapat pula kami gandakan amalan kami.Agar dapat kami bantu pula org lain..AMeen.

Monday, September 12, 2011

Apa erti rendang pada saya..

Dahulu saya cukup terkilan kalau Aidilfitri tanpa rendang atau ketupat.Bertahun-tahun saya sering percaya ,bahawa saya amat memerlukan rendang setiap kali raya menjelang.Sehinggalah Hari Raya 2011 tahun ini.Saya hampir-hampir tidak menjamah rasa rendang yang saya gilai selama ini.Rendang tidak lagi menjadi pilihan hati saya.
Selepas beberapa ketika,selepas beberapa kali,saya mulai tersedar,saya tidak pernah menziarahi kuburan org yang paling sayangi.Sebenarnya,rendang hanya lambang satu pelarian.Satu pelarian saya ingin melupakan insan yang paling saya sayangi.Saya sayangi sehingga kuburanya sendiri saya tidak pernah jejaki.Saya sudah lama berhenti menyambut hari raya.Hari Raya terakhir yang saya ingati hanya pada tahun 1998.Selepas itu dunia sudah lama berhenti.
Pada 1998,ketika saya menduduki peperiksaan semester,Nenek yang mengasuh saya sejak kecil dipanggil TuhanNya.Saya hanya di maklumkan selepas dua hari.Sebenarnya,dua hari sebelum itu,saya sudah mengetahuinya.ALlah itu Maha Besar.

Apabila saya pulang,melihat rumahnya cukup meruntun jiwa.Bertahun-tahun saya tidak menyebut namanya,Saya masih tidak mampu merenung batu nisan,tempat persinggahan seorang insan yang saya kasihi.Itulah raya saya yang terakhir yang pernah saya ingat.

Tahun ini,saya sudah menerima hakikat,bahawa ,saya juga akan ke sana.InshaAllah,masa yang ada,akan saya gunakan sebaik mungkin.Saya tidak lagi memerlukan rendang pada Hari Raya.

Saturday, September 10, 2011

Kisah yang biasa-biasa

Pada satu malam atau lebih tepat 12.38 tgh malam,sang suami mengejutkan sang isteri dari beradu yang tak berapa nak lena.Sang isteri pula,sudah biasa dibangunkan diwaktu-waktu org lain nyenyak menyulam mimpi.Itu rutin sedekad ,yg mana mungkin diubah.
Seawal lima pagi sang suami dan si isteri yg dipamit tidur tak berkesudahan sudah sampai ke pejabat.Tidak lama kemudian sang suami membawa dirinya ke bibir kapal terbang,menuju ke Kuala Lumpur.Ini juga biasa.Sekiranya sang suami berkata ingin Ke Turki atau ke Syria pada hari itu juga,tiada yang dipelikkan.Semuanya sudah biasa.Jadual yang ada-ada bagi kami,mungkin dirancang bertahun oleh org lain.
Kehidupan saya sebagai sang isteri penuh dengan "thrill"yang hanya org lain boleh rasa di dalam filem.Banyak keputusan bagi kami,mungkin gila bagi org lain.

Jangan bercakap tentang duit atau wang,kami berdua cukup pasrah pada ketentuan.Kadangkala tertanya-tanya apa maksud rezeki itu.Kerana Allah memberikan lebih dari org lain.Lupakan kerisauan,akaun atau belanjawan,kami sudah melalui jauh dari semuanya.Sehingga satu masa saya pernah percaya,mungkin malaikat menghulur wang dari langit.:))
Beberapa sebelum itu,sang suami sudah berbunyi-bunyi dengan cerita 2012 yang bermacam warna.Memang kami berjodoh dengan insan yang sama,tidak pernah percaya tiada yang mustahil-Dengan izin NYA
Dan bersyukurlah anda tidak melalui apa yang telah atau akan lalui,sebab ini kisah yang biasa-biasa

Oh ye,sebulan lagi kami akan berdua-dua bermusafir untuk kisah biasa-biasa...org lain pasti tidak berapa percaya....:))

Friday, September 9, 2011

Ini Kisah Bonda untuk anakanda Mishaal Musa-Jika masa tiada antara kita

Anakanda Mishaal dilahirkan pada 15 Muharram atau 14 Februari.Anakanda lahir ketika kami menyediakan nama Maryam,tetapi Allah melimpahkan rahmat bagi kami seorang anak lelaki.Misha'al nama yang dipilih ayahanda.Musa pula tanda kasih dari seorang datuk.Misha'al Musa dilahirkan pada waktu pagi di Hospital Kohilal Melawati.

Mishaal itu bukan setakat cahaya atau lampu,Mishaal itu obor yang menyala.Nyalaan itu bonda doakan menerangi dunia yang semakin kelam ini.
sedari kecil Mishaal dilatih untuk menjadi seorang yang kuat.Seawal usia 2 tahun,bonda melihat semangat Mishaal.Seawal 3 tahun bonda amat yakin,sekira dilibas kiri dan kanan,Mishaal mampu bangun untuk berjuang.Dibahu Mishaal kami galaskan amanah yang kami pikul sekian lama.
Di bahu Mishaal kami lepaskan sedikit dari seribu cerita,yang hanya kami mengetahuinya.

Allah itu Maha Mendengar

Setiap tahun saya akan melalui bulan September yang menyesakkan.Bagi tahun 2011 ini,September bermaksud segala kerja untuk Oktober dan November,saya perlu langsaikan sebelum menjelang 30 haribulan ini.Diari bulan Disember juga sudah hampir penuh diisi.Setiap saat menuju 2012 amat bernilai untuk saya.Setiap ralit dan setiap mimpi saya perlu jelmakan menjadi realiti.
Jika Allah memberi rahmatNya saya akan bermusafir seketika,melarikan diri sendiri dari kisah manusia.Berlari menuju tuhan-mungkin.Atau mungkin hanya episod lari-larian dalam kehidupan seorang hamba.
Jika Allah memanjangkan rahmatNya juga,pada tahun 2011 ini,satu dari jutaan taklifan tuhan ,boleh saya sempurnakan.Jika tidak,itu juga rahmat Tuhan.

Thursday, August 11, 2011

Masjid Kompleks Tarbiyyah An Nur

Assalamualaikum

Sepanjang Ramadan yang mulia ini,saya banyak menyiarkan jumlah kutipan derma di wall facebook.Ramai juga yang ingin mengetahui maklumat lanjut program yang saya anjurkan.Dibawah saya lampirkan beberapa maklumat untuk perkongsian bersama.

Nama Projek: Menyiapkan Masjid dua tingkat di Kompleks Tarbiyyah An Nur
Kos Anggaran projek: RM 3 Juta
Modal sedia Ada: RM 200 ribu

Latarbelakang projek:

Perancangan pembinaan Masjid merupakan pelan asal yang telah lama di rancang.Masjid yang bakal dibina ini akan digunakan sebagai pusat pengajian tahfiz,kegunaan solat dan pusat aktiviti murid SRI dan Pelajar tahfiz.Setelah dua bangunan bilik darjah yang menelan kos hampir 2,5 jutatelah siap ,pihak pengurusan Kompleks ini sedang bertungkus-lumus untuk mencari dana bagi merealisasikan pembinaan masjid ini.


Kompleks TArbiyyah An Nur merupakan pusat pengajian yang menempatkan Sekolah Rendah dan Maahad Tahfiz AL Quran.KAmi merupakan sekolah swasta yang tidak mendapat pembiayaan mana -mana pihak.Kompleks ini mempunyai lebih dari 300 orang murid dan pelajar,termasuk golongan asnaf yang mendapat tajaan sekolah.Ini termasuk anak yatim dan miskin yang diberi peluang mengikuti pengajian secara percuma.

Semua kos pembelian tanah,mendirikan bangunan kelas 5 tingkat dan asrama 4 tingkat,menggunakan wang yang dicari oleh pihak Lembaga Pengelola yang ingin melihat ilmu sebagai wadah penting dalam membentuk masyarakat.Pihak kami juga telah menyediakan hampir 50 peluang kerja kepada kakitangan Kompleks ini.

Sebagai Setiausaha projek saya bertanggungjawab dalam koordinasi projek dan mencari dana bersama ahli Lembaga yang lain.Bagi Muslimin ,Muslimat yang berminat ingin membantu,ahlan wasahlan....mana tahu amal yang sedikit ini dapat membantu anda di sana.

Maklumat akaun MTAQ AN Nur 03018010145485
Maklumat akaun pembangunan Sri An Nur 03018010047320


Kedua-duanya merupakan Akaun Bank Islam cawangan Kubang Kerian,Kelantan


Tuesday, August 2, 2011

Jamuan Amal

Assalamualaikum...
Alhamdulilah Ogos menjengah bersama keberkatan Ramadhan.Hampir seminggu berperang dengan persediaan Jamuan Amal,semuanya diberi kesudahan yang baik.Hampir 600 tetamu termasuk murid-murid,ibubapa dan masyarakat setempat.Tok guru juga turut sama memeriahkan majlis.Tidak lupa Dato Timbalan dan Dato Husam.Terima kasih Juga kepada Dato Nik Amar yang mengirim derma.

Penderma-derma juga tidak dilupakan.semoga segala kebaikan menambah keberkatan anda semua.

Thursday, July 28, 2011

Turkish → English Sensizlik lyrics - Candan Erçetin lyrics translations

Turkish → English Sensizlik lyrics - Candan Erçetin lyrics translations

CaNdAn ErÇeTiN & SENSİZLİK



Sensizlik

Bir Garip huzun coker insana
el ayak cekilince
tek basina kalirsin duryada
etraf sesizlesince
inan bu ev alisamadi
hicbir zaman sensilige

simdi sensizlik otoruyur
kalkip gitigin yerde

yalnizlige elbel alisir bedenim
yalnilziklikla belki di basa ckabilirim
cok zor gelse bila yasar ogrenirim
sensizlik benim canimi acitan

bil derin korku duser ruhuma
duvarlar seslenince
karanlik oyun oynar aklima
golgeler dans edince

inan bana alisamadin
hicbir zaman sensilige
simdi sensizlik dolasiyor
cikip gittigin bu evde

Sunday, July 17, 2011

Saya

Pengalaman menetap di tempat orang,merupakan satu pengalaman yang cukup berharga.Sewaktu saya menyuarakan hasrat berkahwin dengan jejaka dari Pantai Timur,ramai saudara -mara yang risau.Risau jika saya akan dipinggirkan kerana status negeri yang berlainan.Begitu juga dengan suami tersayang.Namun kami berdua amat nekad.Kebetulan kedua-dua kami amat tersohor dengan sifat kepala batu,keras kepala,dan macam macam kanotasi melibatkan sikap degil.
Semasa menetap di Kuala Lumpur,semuanya lebih mudah.Kami hidup dengan cara kami.Di sebabkan saya masih kurang mahir dengan ilmu perikanan,kami membeli lauk pauk di Jusco.Paling tidak pakcik yang menjaga laut dalam boleh menolong menyiang ikan yang saya beli.Dan hampir setiap masa,saya biarkan suami saya yang tolong pilih.
.....begitu juga pakaian,hampir bertahun-tahun saya meletakkan kepercayaan kepada tokey dobi.Risau jika perniagaan mereka tidak laku.Mujur ada org yang tak berapa rajin menyokong bisness mereka.Pendek kata,suami yang saya kasihi,cukup banyak berkrompomi,memberi saya masa untuk belajar.

Saya belajar tanpa tekanan,malah kadangkala,suami pula yang tolong menyiapkan hidangan untuk kami.Betapa saya insan bertuah.Mujur juga kami berdua tidak menjadikan makan sebagai perkara paling besar dalam hidup.

...Setelah mendapat anak sulung,saya berpindah ke Kelantan.Kali ini menetap bersama ibu mertua.Dari anak manja,isteri terlebih gula,saya belajar adaptasi diri.Belajar bangun seawal 5 pagi,kemudia tertidur pula.Belajar mengurus masa.Belajar dengan adik ipar cara nak guna mesin basuh.Belajar menggunakan pemanas air.Pendek kata lebih kurang maid indon datang kursus.Semuanya tidak saya tahu.

Di rumah ini juga,saya belajar-belajar mengguna vakum.Hanya oven belum saya sentuh.Syukur ibubapa mertua hanya merepek dalam hati melihat gelagat saya.Kalau org lain,mungkin disumpah seranah..:))

Kesimpulannya,kita semua dibesarkan dalam cara hidup yang berbeza.Saya banyak di didik oleh nenek yang suka membuat segala kerja.Bila balik kerumah ibu bapa,adik-adik yang menyempurnakan segala kerja.

Tetapi bila sudah bergelar isteri,kenalah belajar semuanya..kalau penat,biarkan sahaja,,,hehe

Resepi lagi

Sup tulang dan oat

1.Sila beli daging rusuk yang bertulang,rebus sehingga empuk,jgn lupa sup bunjut .
2.Panaskan sedikit sup dalam periuk kecil,masukkan oat dan tomato,hidang bersama bawang goreng.

Saya suka makan sup tulang beroat ini.


Resepi Harirah..

Harirah merupakan mee yang comel seakan meehoon yang boleh dibeli di negara arab ye tuan puan,

.1.Resepi sebenar tak sempat di curi dari adik ipar,cuma rasanya,bwg merah dipotong dadu,kentang di potong dadu,tomato di potong dadu.Bahan ini di tumis sehingga ke merahan.Ditambah serbuk jintan dan lada hitam.Ditambah air,dan harirah.Kemudian silakan makan.Letakkan daging atau ayam kisar ye.

Singgang..

Sesungguhnya,jika ada anak-anak gadis yang teringin menyunting pemuda serambi Mekah,anda wajib,saya ulang,anda wajib belajar sampai pandai memasak singgang.Malangnya,singgang saya masak masih kurang sedap.Masih tewas,dengan singgang ayahanda mertua,,,

Bahan-bahan...
Ikan ayo...ikan tongkol kalau kat luar negeri
asam gelugor,asam keping
nise,org luar panggil gula melaka,tapi tak sama
lengkuas ,bawang putih,garam gula..

rebus semuanya,,,
masalahnya,singgang saya masih tak sedap...mungkin sebab saya selalu tak ikhlas nak masak...

Resepi kedua

Saya jarang berkomunikasi secara verbal hampir dengan semua orang.Satu cara saya belajar memasak,ialah dengan pemerhatian.Saya tidak suka bertanya,maklumlah,masih ada sifat bodoh sombong.:)

Resepi kedua yang sering saya masak pula ialah kuzi ayam.Orang Johor macam saya ni,memang tak kenal resepi-resipi tradisional Kelantan.Di sebabkan suami asyik suruh belajar,saya pun ambil kesempatan mencuri resepi ibu mertua.Jadi di bawah panduan,sebab hampir 6 tahun saya tak memasak kuzi.Hehe

Bahan-bahan
..seekor ayam,potong 18 pun boleh
...hati ayam dipotong kecil
...rempah kuzi,kalau nak suh saya belikan
..badam,kismis
..tomato puri
..bawang besar,dihiris,dikisar
...sedikit halia..
..bwg putih
...air,,garam,,,,susu cair...
tu je..kot...saya pun macam tak berapa nak ingat

Cara memasak..
1.Goreng ayam,hati separuh masak
2.goreng badam kismis,dan asingkan
3.Tumis bawang besar yang dikisar ,tumbuk bwg putih,halia dan gaulkan dengan rempah kuzi ,bila dah wangi masukkan tomato puri,dan ayam
4.Masukkan air ,kismis dan badam,Gula dan garam.

Masakkan kuzi dimakan dengan roti atau nasi.Selamat mencuba,kalau tak sedap tanya org lain.

Jom Masak

Menurut en suami,ingatan saya semakin merosot jika ingin dibandingkan sebelum ini.seperti biasa"denial process"sememangnya menjadi tabiat saya,mana boleh nak mengaku,:)tetapi bila difikir-fikir,asam garam bila umur semakin tua...mesti ada yang kurang atau beransur-ansur hilang.
Oleh itu,saya dengan penuh dedikasi ingin meletakkan resepi yang di khuatiri kian hilang.Takut juga"kemasinan"mulut en suami.Memasak sudahlah jarang-jarang,jadi sebelum terlewat,mari kita simpan di blog....


yang pertama,makaroni sup....

Pada awal perkahwinan,suami saya cukup gemar menjemput tetamu berkunjung.isterinya pula,bawang merah dan bawang besar masih tak pasti.Jadi di sebabkan faktor penjimatan kos,saya sering memasak makaroni sup.(resepi org yg tak rajin masuk dapur mcm saya).En suami paksa rela saya belajar dari ibu mertua.Dan saya pula tak pernah simpan dalam bentuk nota,hanya di kepala...

bahan-bahan
Makaroni yang mahal skit
ayam atau daging yg di potong atau di cencang
sup bunjut
daun kucai
tomato buah
daun bawang

..Jadi untuk adik-adik semua,rebuskan ayam dan air,bila mendidih letakkan makaroni,lepas tu bila makaroni lembut masukkan daun kucai dan tomato.jgn lupa garam ye...

Bila di hidang,campur bawang goreng ,dan kalau nak pedas ,letak tomato sos..Senang kan..?

Thursday, July 14, 2011

Indahnya permusafiran..indahnya musafir di hati sendiri

Saya dilahirkan di Johor,tetapi membesar di merata-rata tempat.Pernah tinggal sebentar di Pahang,pernah juga menetap di Melaka.Dan saya memang kategori manusia yang tidak betah berlama-lamaan di rumah.Seawal 17 tahun,menetap di Kuala Lumpur,sepuluh tahun kemudian menetap di Kelantan.Terlintas jua dihati,ke mana saya selepas ini.Masih di dunia,atau dipaksa meninggalkanya.Hajat di hati,teringin sekali menetap di Syams.Teringin juga bermaustautin di Turki.Ada juga terlintas menetap di UK.Namun itu semua mimpi-mimpi yang bukan mustahil.
Jika di lihat dengan cara hidup kami sekeluarga,suami saya agak kerap ke Turki.Sekiranya kami seorang jutawan,saya pasti suami saya tanpa ragu akan menjadikan Turki rumah kedua kami.Angan-angan tidak perlu di bayar.Apa salahnya berangan,mana tahu Allah akan perkenan.
Semua cerita ini,hanya sekadar sebuah cerita.Saya amat sedar tanggungjawah di tanah bumi Serambi Mekah masih lagi banyak.Tidak mudah untuk kami sekeluarga meninggalkan amanah yang kami pikul.Alang-alang menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan.Alang -alang membantu ,biarlah sempurna semuanya.
Walaupun hati,ingin sekali bermusafir jauh,saya amat bersyukur,saya masih di sini.Boleh menetap sekali bersama mentua.Paling kurang boleh menjaga mereka sekadar yang kami mampu.Hakikatnya,walaupun saya jauh beribu batu dari bumi Johor,saya menelefon keluarga saban hari tanpa,meninggalkan lebih dari dua hari.Menelefon mereka sejak 1997 hingga sekarang.

Keluarga masih dekat dihati.

Sunday, July 10, 2011

ŞEHR-İ İSTANBUL .wmv

Paradigma itu satu cas yang di caskan

Alhamdulilah,mensyukuri segala nikmat yang di pinjamkan Allah.Saya masih bernafas dikala Julai 2011.Sebenarnya,saban hari saya sering teringat-ingat seruan kematian.Entah dimana,entah bila,entah bagaimana.Namun,tidaklah saya leka dengan angan-angan,atau termanggu tanpa sebarang pekerjaan.Motivasi kematian membuatkan saya bekerja dengan lebih kuat.Kematian juga membuatkan saya lebih rajin,lebih positif dan lebih suka memberi.Saya ingin menjadi orang cerdik.Orang cerdik tidak memikirkan esok atau lusa,orang cerdik bekerja untuk alam abadi.Sekiranya dua tahun lepas saya hanya melihat orang mengeluarkan zakat,tahun 2011,saya mampu mengeluarkan zakat,biarpun tidak sebanyak zakat Bank Rakyat,saya belajar untuk memberi.Saya amat dengki dengan orang yang rajin bersedekah.Saya dengki kepada orang yang rajin beribadat.Rasa dengki ini saya neutralkan dengan cara,saya ingin melebihi sedekah mereka.Saya ingin menambah ibadat saya.Hanya membetulkan niat,bukan kerana manusia,hanya kerana NYa.

Manusia mampu berubah,kita boleh berubah.Perubahan adalah hidayah Tuhan.Perubahan juga boleh dilakukan dengan usaha ,kesungguhan doa dan tawakal.Hilangkanlah keluh kesah,dendam kesumat.Kejadian manusia itu dari sifat lupa,tidak guna membazir masa dengan mencela orang lain.Tidak guna menghitung dosa hanya kerana org lain.

Kehidupan dunia hanya jambatan kehidupan abadi.Kehidupan abadi pula memerlukan bekal yang bukan sedikit.Diibarat duit di bank,kehidupan abadi mungkin memerlukan jutaan pahala dan rahmat Tuhan.

Tuesday, June 28, 2011

ديانا حداد امانيه 0001




Lagu ini mengenai sebuah kisah cinta.Cinta yang tidak mungkin dilihat oleh orang lain.Kisah seribu ranjau,kisah airmata,kisah duka dan suka.Setiap kali irama dialun,saya akan kembali mengingati pengorbanan seorang lelaki bernama suami.Suami yang sanggup mengorbankan apa sahaja...hanya untuk cinta.

....



Monday, June 27, 2011

Ini adalah mengenai kisah,,,


Ini merupakan album kesayangan saya.Album yang sering mengamit hati saya ke Turki.Album ini memuatkan tiupan "ney" yang sentiasa mengingatkan harga sebuah perjuangan.Instrumental di album ini menceritakan mengenai Fateh,Uthmaniyyah,kesedihan Sultan Abd Hamid....disebabkan album ini juga saya sering bangun selepas terduduk di rembas angin....

Mishaal Musa



Wednesday, June 15, 2011

Catatan tentang Mishaal

....Misha'al merupakan anakanda sulung yang amat saya sayangi. Kelahirannya merupakan satu anugerah yang amat saya syukuri.Setelah beberapa ketika melahirkan Misha'al saya menerima anugerah kedua.Kiranya,Misha'al kehilangan perhatian seawal usianya 5 bulan.Mengandung kali kedua memberikan saya bermacam risiko.4 Kali pindahan darah,jantung yang tidak stabil dan bermacam ujian yang sebenarnya terlalu "kecil" berbanding nikmat Tuhan.

Sewaktu kandungan memcecah 7 bulan,suami saya nekad menghantar saya dan Misha'al pulang ke Kelantan.PUlang dengan memikul tanggungjawab yang maha berat.Mengambil alih sebuah sekolah yang dananya bernilai negatif.

Suami di KUala Lumpur,saya dengan kandungan yang tidak mengizinkan untuk bergerak lasak,memasuki satu dunia baru,bersama Misha'al yang masih kecil.Saya byk terleka dengan adik yang bakal lahir.Saya terleka dengan urusan kerja yang maha banyak ketika itu.Mencari dana,mengurus sekolah,menyesuaikan diri,masalah pentadbiran,kewangan,suami yg jauh...semuanya menghilang Misha'al yang saya kasihi.

Beberapa selepas kelahiran kedua, saya membuka langkah seterusnya.Menubuhkan pula sekolah kedua.Bermula dengan kosong,hampir seluruh jiwa raga saya di curah untuk memikul amanah.Saya bekerja siang dan malam.


Setelah 4 tahun,saya terasa kehilangan Misha'al.Saya terlepas banyak keindahan bersama seorang bayi yang membesar.Saya kehilangan jejak -jejak senyum seorang budak kecil.Kesibukkan saya membuatkan Misha'al lebih matang dari usia.Kesibukkan saya menjadikan Misha'al suka mencari perhatian.

Pada 201i,pertama kalinya,saya enggan ke mana-mana.Saya tidak ke Singapura,tidak juga, ke Jakarta, Tidak Ke China...atau saban bulan ke KUala Lumpur.Saya ingin menebus masa yang hilang.Walaupun ayahanda masih sibuk,saya rela korbankan semata-mata untuk anakanda yang saya kasihi...

Saya cuba tidak bekerja pada malam hari,saya cuba tidak bekerja pada hujung minggu,walaupun mustahil.Saya cuba kurangkan kerja-kerja luar,saya cuba kurangkan urusan Bisness dan mengembangkan Kompleks.Saya cuba tangguhkan perancangan -perancangan yang penuh di buku.. SEmuanya sanggup saya korbankan,hanya untuk melihat MIsha'al tersenyum.

Bila Takdir itu di jalan NYa

Apakah perasaan anda bila kehilangan sesuatu? Saya baru sahaja mengulangi episod kehilangan barangan peribadi seperti beg,dokumen ,kad bank,kredit kad dan bermacam harta pusaka yang amat sentimental nilainya.Sebenarnya,saya tidak berapa kisah atau memikirkan sangat dengan beg yang di ragut.Semua yang terjadi sudah menjadi takdir.Tiada apa yang perlu di gusar,di fikir atau di tangis.Duit yang hilang boleh di cari.Ic yang hilang boleh di buat baru.Kredit kad dan yang lain-lain hanya sekadar kad.Jauh dari kehilangan yang "kecil" kejadian ini banyak membuatlan saya tersedar, bagaimana kalau yang diragut itu nyawa saya sendiri? Bagaimana kalau yang datang meragut itu malaikat maut? Boleh kah saya meminta sedikit masa untuk bertaubat.Bolehkah saya menangguh masa itu?
Dalam kehidupan,kita sering alpa.Kita sering lupa,bukan dunia hentian terakhir.Dunia hanya tempat menyemai benih.Banyak liku-liku yang lebih tajam daripada kesakitan kehilangan harta benda.Mungkin peragut yang memgambil barangan saya insan yang terdesak.Mungkin dia teramat memerlukan duit.Duit bukan perkara penting dalam kehidupan saya.Duit boleh datang dan pergi bila-bila masa.

Alhamdulilah Allah masih meminjamkan nyawa ini kepada saya.Walaupun saya amat menyayangi dompet yang dihadiahkan suami,saya juga bersyukur telefon dan jam kesayangan saya yang suami hadiahkan masih ada di sisi.

Bila terjadi sesuatu musibah,redha dan terima.Inshallah semuanya akan jadi lebih baik.

Nikmat Allah yang mana ingin kita Dustakan...

Sunday, June 12, 2011

Bila cinta mulai sirna

......
Sedikit masa yang lalu,suami ada bercerita mengenai isteri -isteri yang suka menjadi "queen control" ke atas suaminya sendiri.Isteri-isteri yang suami yang saya maksudkan ini,saya amat kenali.Mereka ada cerita sendiri,mengapa dari kelembutan seorang kekasih ,bertukar menjadi isteri yang serba serbi mengawal setiap pergerakkan suami.Sehingga ke satu ketika,suami-suami yang bergelar sahabat kami ini terasa seperti tiada maruah diri.Tidak boleh keluar berjumpa kawan.Tidak boleh berbual di kedai kopi.Tidak boleh itu.Tidak boleh ini.Saya yang mendengar cerita hanya terangguk-angguk tanda tidak faham.Sang suami dan sang isteri sahabat kami.

....Kisah cinta mereka kami lewati,perkahwinan mereka jua,kami saksi sendiri,cerita kelahiran,cerita kesusahan,seribu macam cerita,akhirnya yang tinggal hanya sisa manis rumahtangga.


---Sekiranya dalam hati ada curiga,kenapa memilih meneruskan perkahwinan.Sekiranya merasakan suami seorang pendusta,kenapa tidak saja dikhabarkan kepada si Pemunya Kuasa.Kehidupan penuh lakonan,sememang perit.Saya ada bertanyakan en suami,apa yang sang -sang suami itu tanyakan...suami saya menjawab " eh! memang semua perempuan ini kah?isteri kau meen macam tu juga ke..?" .Suami saya lantas menjawab,bagi menjaga air muka,bagi mengelak lebih luka..."adelah sikit -sikit"...

Hakikatnya,sepanjang perkahwinan,saya tidak suka mencampuri sesuatu yang bukan urusan saya. Saya meletakkan sepenuh percaya.Andai hadir insan lain,senang sahaja...sekiranya sesuatu itu diizikan Tuhan,dihalang dengan konkrit,ia masih terjadi...

Sahabat sahabat yang mungkin membaca coretan ini,bangunlah,bangkitlah...hargai cinta suami dengan sedikit rasa percaya dan cinta

Thursday, June 2, 2011

Amin ya ,,,,amin ya,,,,,

Jun sudah datang.Lebih awal dari biasa.Semalam baru Disember ditinggalkan,hari ini sudah pertengahan tahun.Dua tiga menjak ini,kesihatan yang di kurnia tuhan ditarik hampir 67 %.Mujur,opsss alhamdulilah masih lagi bernyawa.Tidak kesana,tidak ke situ,tidak ke mana-mana.Memang Jun kali ini amat bersejarah,kami suami isteri yang kerjanya membuat peta,terkesima melewati Jun yang ghairah berjalan tanpa susur.Seronok rupanya,menambah waktu tidur,seronok rupanya terpaksa menidurkan diri.Dahulu,dikisah di canang,sibuk tidak peghujung,bila Tuhan memberi cuti.....tidak tahu apa rasa di hati....sungguh manusia itu tamak sifatnya...

Sunday, May 15, 2011

Isu yang bukan satu atau dua...



Mempercayai merupakan subjek yang agak subjektif.Setiap tahap kepercayaan tidak sama antara kita atau mereka.Namun bagi saya,kepercayaan kepada org tersayang,melebihi kepercayaan kepada manusia lain.subjek kepercayaan pada tuhan atau lain,merupakan satu ruang yang lain.Sekiranya kita seorang pencinta,semaikan rasa percaya dengan cinta yang kita berikan.sekiranya satu hari nanti,ada rasa percaya yang hilang,ingati yang lebih indah dari itu,paling kurang kita mempunyai rasa percaya,pada diri dan pada org yang ada di sekelilng kita.

Wednesday, May 11, 2011

Saturday, May 7, 2011

faizalr.com: Uthmaniyah letak asas perkembangan Islam di Cyprus...






"TENTERA Uthmaniyah digeruni kerana semangat jihad menjulang panji Islam. Mereka mempunyai kemampuan tempur yang tinggi, perancangan bijak da..."

Tuesday, May 3, 2011

Al kindi esembles

Salah satu watak en suami yang paling saya "sukai" ialah mengajar ilmu logik dan mantiq kepada cikpuan isteri yang amat terkenal tahap "kurang kepatuhan". Walaupun hakikatnya saya menikahi seorang dalam aliran SYariah,suami saya bukanlah tipikal"ustaz" seperti yang anda bayangkan seperti Ustaz Amirul atau ustaz -ustaz glamer di kaca tv.Meminati butik Aigner,jenama guess dan segala jenama,en suami sememangnya jauh dari jangkauan org lain.Hobi DSlr,menggunakan galaxy tab,blacberry dan segala teknologi terkini.Beliau boleh disebabkan ultra moden,baik dari segi maklumat,gadget,kewangan dan ilmu ilmu dunia yang setanding para CEO syarikat antarabangsa.

Itu tidak termasuk hobi nya yang suka mengembara di serata dunia.Jadi anda mungkin boleh meneka-neka keperibadian yang dianggap ustaz ini.Namun dalam kemodenan cara hidup yang kami pilih,en suami merupakan salah seorang dari 20 penterjemah siaran langsung bahasa Arab yang wujud di Malaysia.Beliau juga salah seorang dari org yg tidak berapa ramai,yg boleh menghurai manuskrip yg bernilai jutaan ringgit milik keluarga Tuan Tabal.

Jadi sekiranya anda adalah saya,anda akan berhadapan saat konflik bila dididik dengan cara ultra moden mendekati agama.Saya sering"pening" memahami beberapa perkara.Antara nya tuntutan haji.Menurut suami saya,,haji adalah mengikut kemampuan individu,bukan bergantung hatta pada kekayaan suami.Sebaik-baiknya saya kena mencari duit perjalanan haji itu sendiri.Yang kedua segala sedekah sedekah sunat yang melibatkan duit, mestilah dikurangkan.Fokus haji yang wajib .Segala saluran duit mestilah ditumpukan pada haji.Jadi,lupakanlah Turki,Singapura,China ,Indonesia.PUan Salina,haji itu wajib untuk anda sekarang !aduh.....bukankah saya katakan saya perlukan suami ultra moden sebab bsekiranya yang bercakap itu seperti "Ustaz Amirul " pasti saya cantas sebelum habis syarahnya....

Friday, April 29, 2011

Syria-Dimasq













lain kali jgn beli tiket dengan expedia

En suami dijangka berangkat ke dimasq pada 5/4 bersama-sama pelajar praktikal dari UKM dan pelajar yg ingin menyambung ijazah pertama di Uni Abu Nour.Bagi perjalanan kali ini,en suami menempah penerbangan Emirates menggunakan perkhidmatan EXpedia..
Bagi pelanggan di Malaysia,perkhidmatan syarikat seperti Expedia dan Kayak dot com,adalah agak asing.Syarikat ini merupakan third party dalam industri penerbangan dan pelancongan Antarabangsa.

Hendak dijadikan cerita,pada lewat Selasa,suami menerima panggilan dari dataran Syams,keadaan di Dimasq sudah menghampiri yellow zone,langkah berjaga-jaga sudah diambil bagi mengekang penunjuk perasaan . Bagi mengelakkan kerugian berbelas ribu ringgit,en suami segera berurusan dgn
Emirate untuk menukar haluan penerbangan dan menukar tarikh baru.

Pelbagai masalah mulai timbul kerana ia melibatkan beberapa syarat dari sykt penerbangan,dan juga expedia sebagai pihak ketiga.Sekiranya tidak dibatalkan,kemungkinan polisi "not refundable'akan digunapakai.Nama diatas tiket juga tidak boleh di tukar kepada pihak lain.
Hampir 48 jam buntu dengan berbagai pilihan,akhirnya tiga tiket ke Damsyik ditukar haluan ke Madinatul Munawarrah.Dua tiga ditangguh sehingga September,dan satu tiket lagi di ubah haluan.

Natijahnya,pelbagai penalti penerbangan dibayar,duit berterbangan ,alhamdulilah,Allah merencana yg terbaik.Pelajar-pelajar UKM dihantar praktikal mengikut syarikat pengurusan Umrah,dan dapat menunaikan ibadah Umrah.


Urusan pembelian tiket antarabangsa merupakan urusan yang perlu diperhalusi syarat dan polisinya.bagi kami yang banyak mengembara tanpa menggunakan agen syarikat pelancongan,byk perkara baru dipelajari untuk setiap destinasi.Peluang menambah maklumat...

bloop

saya seorang menjengkelkan bila...:

1....tak pernah ingat jadual makan ubat-en suami suh publish kat wall facebook supaya saya boleh baca setiap hari jadual makan ubat
2....suka buat mode silent kat tepon,bila org tepon jarang sangat angkat,yg paling teruk suami tepon pun tak angkat
3....bawa tepon yg tak pernah ingat nak charge....
4....cerewet tahap dewa..bab makan makan
5.....suka sapu rumah berkali kali sehariiii
6.....bila nampak buku tak ingat budget...

jad,saya hanya seorang insan yg lemah...menjengkelkan bila sokmo buat perkara sama yg berulang kali...bak kata suami "macam saya tak kenal perangai awak".....

Wednesday, April 20, 2011

Doa Taubat

سورة الناس Al-nas

KELana

Saya mula menetap di Kuala Lumpur seawal usia 17 tahun.Usia yang bercelaru,usia diambang remaja yang jauh dari menuju dewasa.Seawal usia 18 tahun juga saya mula mengenali kehidupan -kehidupan diluar lingkungan .Di samping belajar,saya memulakan langkah berkerja.Walaupun hanya bergelar"part-timer"banyak yang saya belajar mengenai manusia.Kehidupan ditengah pusat bandar di Lembah Pantai dan bekerja di kejiranan Bangsar Baru,bukanlah satu suasana yang seorang remaja naif seperti saya pernah bayangkan.Namun di sebalik metropolitan itu,saya amat suka berada di Masjid Abu Bakar as Siddiq.Di Masjid ini saya menyembunyikan diri,dari kelemahan diri saya sebagai manusia.Dikelilingi org -org yang tidak mengenal tuhan,saya bersyukur hikmah seluas lautan.
Beberapa tahun selepas itu,saya melangkah ke Gombak,dari pencinta dunia manusia,saya banyak membawa diri ke Pantai Timur.Saya juga kerapkali ke Kedah.Semua daerah-daerah yang pernah saya pijak membawa banyak kisah.Semuanya kisah manusia.

Pendek kata di usia awal 20 an,banyak tempat kembara yang saya jejaki.Banyak manusia yang saya kenali.Setelah puas dengan kehidupan permusafiran,saya nekad untuk menamatkan zaman bujang.Lebih awal dari org lain.Lebih awal kerana saya ingin menerjah alam baru.Alam musafir bersama suami.

Bersama suami tercinta,kami jejaki hampir seluruh pelusok Semenanjung.Dari daerah yang biasa di bibir,sehingga ke peta-peta asing,yang tidak pernah kami dengar.Kembara ini,banyak mematangkan saya.Banyak membentuk jiwa.Dan yang paling penting,mengikis keegoaan setinggi gunung.

Bila jiwa meronta dan terpenjara di KUala Lumpur,sekali lagi kami mulakan musafir baru.Kali ini ,kami pulang Ke Kelantan.Dari sini kami ingin tawan dunia.


Bermula dari Singapura,melangkah ke jalan dan denai Arab Saudi, melangkah de perlembahan SYAms,menatap bukti cinta Fateh di TUrki.

Ada musafir yang kami jejaki bersama,ada yang saya ditinggalkan dahulu.Selepas ini,ke CYprus,Greece dan seterusnya menatap wajah CORDOVA.


Perjalanan musafir kami masih jauh.Banyak manusia asing yang belum kami kenali,banyak tembok yang menghalang kami.Tembok mengenal nikmat ISLam.Ya ALlah,dunia ini adalah permusafiran,hanya akhirat yang abadi.

Friday, April 15, 2011

Katak puru

Ramai sahabat saya sewaktu di usia 20-an amat taksub mengejar cinta.Mencari bakal suami yang bermacam -macam ciri dan kategori.Ingin seperti si fulan.Ingin kerja begini,ingin begitu.Ketika saya diaju soalan yang sama,saya tiada jawapan-jawapan itu.Sukar sungguh ingin tertarik dengan cinta.Apatah lagi bercinta.Orang lain berebut mencari teman seuniversiti berjubah dan berkopiah.Saya pula ingin lari dari mereka ini.Bukan jubah atau kopiah yang saya benci,tetapi sikap yang amat melemaskan diri ini.Layangan surat,madah berhelah saya lontar jauh-jauh.Hampir saya dijodohkan dengan pilihan ibubapa.Rupanya,cinta yg mudah untuk org lain itu,saya tidak faham apa ertinya. Sehingga sampai ketikanya,saya yakin saya sudah memilih yang terbaik untuk diri sendiri.Diukur pada manusia lain,mungkin lain pula hujah mereka.Perkahwinan adalah rahsia Tuhan.Kita boleh memilih segala pilihan,namun semua itu ada ujian yang mmg ditentukan sejak azali lagi.Perkahwinan yang saya pilih juga tidak mempunyai rutin seperti pasangan lain.Alhamdulilah saya di berkati dengan insan yang paling sabar.Insan yang paling zuhud,di sebalik seluar jeans lusuh,t-shirt dan selipar seperti mana yang saya temui kali pertama. Suami yang saya pilih tidak terkejar-kejar dengan pangkat dan dunia,tidak pula tertawan dengan harta benda.Walaupun hakikatnya,dia mempunyai lebih dari semua.Lebih sedekad bersamanya,kekayaan pada kami,hanya diguna sekadar mungkin. Untuk adik -adik ,memang betul kita digalakkan mencari org yang beragama,tetapi zaman ini ramai org yang menjual diri atas nama agama.Kita juga disaran mencari keturunan yang baik,namun hari ini,ramai yg hanya menumpang"alim" datuk dan nenek.Zaman ini zaman keliru.Zaman ini zaman tiada barat ,atau tiada timur,semuanya mungkin.Tiada pengharapan hanya kepada Allah,bukan pada insan bergelar suami.

Wednesday, April 13, 2011

Allah itu pemilik segalanya

Beberapa hari yg lepas,seorang sahabat berkongsi sesuatu mengenai perjalanan sebuah kehidupan.Setelah berjumpanya,saya memahatkan ketetapan untuk menambah redha ,walau diserang tsunami.Dua hari setelah itu,berita yang ingin dikongsi sahabat berkenaan berlaku secara langsung dalam kehidupan saya.Sebuah lagi coretan ujian untuk hamba tuhan.Allah yang lebih mengetahui.Allah juga menambahkan kelapangan jiwa bagi untuk berdiri.Saya masih berdiri,saya masih saya.Hidup dan mati hanya untuk NYa.Bagi semua pelajar MTAQ,amanah yg saya pegang,saya akan laksanakan sebaik mungkin.Saya komited melahirkan pelajar terbaik untuk dunia dan akhirat.Mehnah,fitnah,hanya rempah ratus.Kepada yang ingin pergi,silakan.Satu hari juga nanti,jangan anda di Tinggalkan tuhan.

Friday, April 1, 2011

Alhamdulilah :) Rezeki melimpah ruah

Syukur,semuanya milik Allah.Kesenangan maupun kesusahan.Rezeki,duit harta,pangkat ,kedudukan,semuanya miliknya.Alhamdulilah.

Wednesday, March 23, 2011

StigmaOr

Drama Melayu sering menayangkan cerita konflik mertua-menantu.Sekiranya kita kerap menonton drama-drama ini,pasti terlekat stigma bahawa,ibu mertua tidak akan menerima menantu seperti anak sendiri.Pada satu ketika,perasaan saya juga terpengaruh dengan adegan drama atau jalan cerita di novel-novel.Namun setelah 4 tahun tinggal bersama mertua,persepsi saya banyak berubah.Setiap manusia mempunyai kelemahan.Sekiranya kita sering impikan kesempurnaan,kegembiraan akan pudar.Terimalah org lain seadanya.Jika kita punya hati,begitu juga org lain.Orang tua mestilah dihormati.Jangan cepat menyimpan rasa kecil hati.Perkara yg remeh tidak perlu diperbesarkan.Yang paling penting belajar menyayangi org lain sebagaimana kita ingin disayangi.Mertua juga ahli keluarga kita sendiri,tidak perlu membina jurang ......kehidupan dunia terlalu singkat untuk disia-siakan

Tuesday, March 22, 2011

Mac sering mengembirakan...

...Alhamdulilah En suami selesai mengerjakan umrah,dan hinggap ke Istanbul.Sempat meraikan pernikahan adinda tersayang.Dapat juga menjenguk ayah bonda di Johor.Walaupun sebentar,rasanya ,semua nikmat harus di syukuri.Tiada yang menggembirakan dapat menunaikan janji kepada anakanda Maryam dan Mishaal menaiki kapal terbang.Walaupun terkejar-kejar,semua urusan di permudahkan Tuhan.Kadangkala yang sedikit itu lebih bermakna,

Saturday, March 12, 2011

DiMAsq

Diantara rutin kerja saya ialah menyediakan kertas kerja.Sering saya diterjah oleh suami mahupun rakan yang memerlukan bantuan untuk rutin ini.Beberapa bulan lepas membantu salah seorang teman kurang mesra en suami untuk memohon dana Kerajaan Negeri sebanyak Rm 10.000.Seawal pagi saya dikejut untuk menyediakan kertas dalam 30 minit.OIsh hampir saya saya menjerit.....terma kerja kontraktor mana saya hadam....alhamdulilah berjaya,tumpang gembira,lebih gembira kalau en teman kurang mesra itu nak belanja makan ayam penyet.Sebelum itu beberapa MOu,kertas pembukaan sekolah ,dana Masjid ,saya sendiri kehilangan hitung.Projek terbaru penghantaran pelajar UKM untuk menyelesaikan praktikal di Bumi Syria.kertas kerja bernilai puluhan ribu.Begitu juga MOU penghantaran pelajar ke Masjidil Haram.Tidak termasuk beberapa siri rundingan yang masih belum boleh dikongsi di sini.Memeriksa detail,mngkaji prospek,menyediakan Belanjawan,memikir alternatif,semuanya dalam petak yang akan di bentang secara secara rasmi.Membuat kertas kerja pun boleh jadi satu kerjaya...kerjaya tambahan .Hehe

Wednesday, March 2, 2011

Cinta

Cinta kami tiada madah,tiada bunga ,tiada yang ada-ada
Cinta kami sering berjauhan,sering juga menjauh,sering hilang,sering pula datang,
Cinta kami tiada kiasan,tiada pujuk rayu,
Cinta kami untuk org lain,
Cinta kami untuk ibu dan bapa,
Cinta kami untuk agama kami.
Bagi pencari cinta,cinta kami tidak seperti mereka,
Tiada cinta seperti mereka.Cinta yang hanya kami mengerti

idea....dgn kucin


Mishaal asyik merenung.Anak sulung saya sudah berusia lima tahun.Alhamdulilah sudah mahu ke sekolah di depan rumah.Turun tangga,5 saat lepas tu sampai la ke sekolah.Bangun pagi seawal pukul 6 pagi.Saya amat simpati,budak seusianya terpaksa melalui keletihan seawal 5 tahun.

Sunday, February 27, 2011

Bunga Zapin...

----Beberapa detik menjelang Mac,seorang lagi adik saya akan melangsungkan perkahwinan.Ikatan dua hati membawa keikatan dua jasad menjadi satu.Saya tumpang gembira tanpa sempat menzahirkan rasa.Hanya doa dari kejauhan.Naluri saya seolah-olah menjerit sesuatu,namun hanya mati di sukma,tidak semat diluluh,tidak bisa menyentuh.Bak kata suami,semua perjalanan adalah ketentuan.biarlah ditelan pahit,mana tahu bisa menjadi ubat.Ilmu manusia sering terhijab.Biarlah Allah menjadi pengadil untuk semua.yang penting,doakan dan bantu yang mana perlu.
lumrah manusia itu beda nya mungkin sehasta,mungkin serelung.Mana nak dicari hati kita berbicara,sama seperti hati mereka....

Hidup

-Hampir sepagi saya tidak langsung meninggalkan bilik dipejabat.Ini merupakan perkara yang jarang-jarang berlaku.Pastinya setiap pagi saya sering "kesana "atau ke sini",namun bukan hari ini.Pelan asal untuk cuba makan pada 11 pagi,hanya menjadi mimpi.Tiba-tiba dikejutkan dengan masalah pendaftaran peperiksaan.Akhirnya satu hari yang pendek kembali menjadi skrip yang panjang.Jadual makan teruskan saya lupus.Pendaftaran peperiksaan bukan perkara mainan.Masa depan anak-anak orang lain.Ke pejabat pos,ke kedai disket(JPN masih menggunakan disket ya,,) lantas Ke JPN.Pukul 3,barulah semuanya selesai.

..Beberapa hari lagi saya akan ke Yik perlu menyelesaikan sebahagian lagi cerita yang tak kesudahan ini.Kemudian ke KDN Putrajaya,LHDn Kota BAhru,temujanji KWSP bulan 3,report rasmi Imigresen. dan pelbagai agensi,,

....Bab sekolah ,seperti selalu,program,tugasan ,report,kertas kerja,dana,Masjid,komen,komplen dan seribu satu perkara.Semuanya amat mengujakan.Memberi kehidupan saya penuh pengertian.

---Perniagaan pula,saya tepiskan kesisi dahulu.Rezeki semakin murah,tetapi saya juga kesibukkan untuk merencana program suku tahun kehidupan.Jika dikejar didunia,manakan habis dengan kisah sehari...

Saturday, February 26, 2011

-Buat sementara waktu ini,Allah menghadiahkan saya dua cahayamata.Untuk org lain jumlah ini mungkin sedikit.Bagi saya pula,syukur yang terhingga.Bagaimana kalau saya ditakdirkan tanpa cahayamata ?Oleh yang demikian,saya hanya tersenyum jika ada yang bergurau senda ttg jumlah anak.Walaupun jumlah dua kelihatan sikit,saya rasa seperti memikul beban 2 gunung.tidak semudah yang terzahir dipendangan mata kasar.Mendidik anak-anak bukan perkara mudah. .Hampir setiap hari terpacul jua keluhan dan kesalan kerana terasa sukar,untuk melaksanakan amanah sebagai ibubapa.
Anak-anak saya tergolong kanak-kanak aktif.Amat sensitif dengan persekitaran.Dalam kata lain,sebagaimana anak org lain,mudah terikut-ikut.Masing-masing mempunyai kisah sendiri.


anak-anak juga salah satu ujian Allah....

Monday, February 21, 2011

Berhentilah menekan diri sendiri..

...Kadangkala saya sering tersenyum apabila mendengar rungutan org lain ttg sibuk,banyak kerja,letih dan sebagainya.Sebagai insan biasa saya juga terasa juga ingin merungut sedemikian.Tetapi apabila saya memulakan sebarang kerja,semua penat akan hilang dengan sendiri.Saya juga percaya,jika saya sibuk,ada orang lain yang lebih sibuk.jika saya penat,adalagi insan lain yang lebih penat.Mendiami rumah yang dikelilingi insan-insan yang penuh dengan jadual,dan masa yang sentiasa dipenuhi dengan kerja,amat menginsafkan saya.Saya hanya ingin menyatakan,apa jua kesibukkan yang kita alami,itu adalah lumrah hidup.Sibuk ialah relatif.Jika sibuk ,tapi masih boleh berfacebook,itu tandanya,kita tidaklah sesibuk mana.Sebab itu dalam meniti usia 30 -an ini,saya tidak berapa memikirkan sangat dengan"keinginan"diri yang bersimpang -siur.Dalam sibuk saya sentiasa ada masa untuk membaca buku hampir setiap hari.dalam sibuk,saya masih mampu untuk melihat bahawa,nyawa ini hanya milik tuhan yang nyata.Apa yang ingin disibukkan ,jika esok kita terbangun di dalam kubur....

Saturday, February 12, 2011

Al Jazeera...

---Suami saya merupakan penterjemah di siaran Al-Jazeera AStro pada beberapa tahun yang lepas.Semasa saya diberi kertas kerja bagi menubuhkan MTAq An Nur,saya memohon kepada en Suami untuk menetap sepenuh masa di Kota Bahru.Ini disebabkan faktor kekurangan tenaga dan kudrat untuk menguruskan dua buah sekolah dalam satu masa.Walaupun en suami bersetuju untuk menguruskan MTAq,beliau masih saban minggu terbang ke Kuala Lumpur menguruskan kerja-kerja berkaitan mahupun urusan peribadi.Ini tidak termasuk 3-4 bulan dalam setahun berada di luar negara bagi urusan rasmi dan tak rasmi.Pada pemahaman mudah,walaupun menetap di Kelantan,untuk berjumpanya dengannya bukannya mudah.

Setelah beberapa ketika rutin "kehilangan"suami menjadi sesuatu yang biasa.Tetapi beberapa hari yang lepas,wakil dari pihak Astro menghubungi semula en suami bagi menawarkan kontrak kerja.Walaupun corak kerja agak fleksi,ini membawa beberapa kesimpulan.Pertama,dia akan menjadi lebih sibuk.Kedua,Kuala Lumpur menjadi "base"setelah hampir 3 tahun cuba menetap di Kota Bahru.
Saya sendiri selain dari pengurusan sekolah,dan juga perniagaan,saya juga akan kembali melibatkan diri dalam pertubuhan NGo yang saya lupakan hampir 10 tahun.Saya juga ingin membantu pelajar -pelajar Malaysia yang memerlukan dana bagi melanjutkan pengajian mereka.
Tiada apa yang saa doakan,semoga saya boleh menghulur sedikit bantuan kepada yang memerlukan..Ameen.

Saturday, February 5, 2011

Pendidikan

...Dalam tak sedar dek urusan seharian,Februari kembali menjelma.Pada 14 hari setiap tahun,saya akan meraikan ulangtahun anakanda Misha'al.Pada tahun ini,Misha'al akan berusia lima tahun.Alhamdulilah banyak perkara yang berlaku mahupun yang akan berlaku.Misha'al semakin membesar,lebih mudah diurus dan makin banyak pula kemahuan serta keinginan.Papa kesayangan sudah merencana untuk membawa anakanda ke Mekah tahun hadapan.Ini semua hanya impian.Jika diizin Allah,semuanya akan berlaku.Pada awal Januari juga ,anakanda sudah mula ke sekolah.Walaupun saya pernah bercita-cita untuk menggunapakai konsep"home-schooling"paling kurang saya boleh tersenyum.Saya boleh menarik nafas lega,kerana kedua-dua anakanda akan bersekolah dengan silibus yang dibina oleh mak ayah nya sendiri.Tadika yang diikuti juga ,tadika yang dibuka oleh ayahanda mertua.Sekolah rendah dibawa seliaan saya.Sekolah menengah pula di bawah seliaan Papa mereka.Kalau boleh saya ingin membuka kolej.Mungkin cita -cita setahun dua lagi..moga-moga rezeki di Permudahkan....

Thursday, February 3, 2011

kisah baju

-Sepanjang perkahwinan saya dan en suami,dia jarang-jarang sekali mengenakan persalinan baju Melayu,hatta pada Hari Raya.Dek malas mendengar rungutan saya,en suami bersetuju membeli sepersalinan baju Melayu.Baju berkenaan kami beli hampir 4 tahun yang lepas.Namun hanya dipakai sekali dua sahaja.Untuk memilih fabrik tersebut,jenuh juga kaki saya melangkah dari satu kedai ke kedai lain.Akhirnya Baju Melayu berwarna kelabu lembut (sebenarnya saya tidak pasti warna baju tersebut ,kerana warnanya agak unik aka..berbaloi la saya membeli kain itu).Itu tidak termasuk cerita baju itu dijahit dua kali ,kerana tidak berpuas hati dengan hasil kali pertama.Pendek kata mengingati kisah baju itu cukup membuat saya berfikir dua,tiga mungkin seratus kali sebelum menyuruh en suami berbaju Melayu.Saya juga merasakan noktah baju itu akan menjadi kenyataan.Namun,tanpa saya sangka,2 minggu lepas baju itu hilang di kedai dobi.Pada kebiasaannya ,saya yg menguruskan urusan dobi mendobi,bila en suami mengatakan baju hilang,saya mulai tak berapa nak berasa selesa.Saya pasti jodoh kami dengan kedai dobi selama 3 tahun ini akan berakhir.bukan talak satu,mungkin 3.Lebih-lebih lagi dengan kurang profesionalnya pengurusan menguruskan permasalahan ini.Saya amat memahami en suami yang cukup menghargai nilai sentimental.Setiap barang mempunyai cerita nya yang tersendiri.sekiranya pihak dobi mengambil langkah segera,pasti perkara ini tidak menjadi besar.Mujur sahaja tidak diadadukan dengan Tribunal.untuk tauke kedai dobi,belajarlah menghargai pelanggan.

Wednesday, January 19, 2011

-Sedikit perkongsian ilmu

-Sekolah Rendah Islam Atau SRI
...Ramai rakan dan taulan sering bertanyakan soalan perbezaan konsep sekolah agama dan Sekolah Rendah Islam.Dibawah disenaraikan beberapa fakta bagi perkongsian bersama.

1.Konsep SRI adalah integrasi KBSR dan Pensijilan matapelajaran Agama yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.Bermaksud mata pelajaran spt Bm,Bi dsb adalah wajib diajar ditambah beberapa subjek seperti AL -Quran,JAwi,Bahasa Arab dll,
2.SRI berdaftar dengan Kementerian bagi mendapatkan lesen sekolah.Justeru itu SRI berdaftar akan dipantau dengan PAT-IPS dan SkIP bagi memastikan mutu dan kualiti terjamin,.Pemantauan yang dijalankan dilaksanakan peringkat Jabatan,dan mempunyai standard yang agak tinggi.
3.SRI juga berdaftar dengan KWSP,SOCSO dan teringkat dengan LHDN.Oleh itu pentadbiran SRI amat Kompleks.Kami juga diwajibkan dengan pemeriksaan dari bomba,Kementerian Kesihatan dan badan badan berkaitan.
4.Proses mempembaharui lesen juga agak ketat.Pelan bangunan,audit merupakan pra syarat yang cukup memeningkan.
5.Pihak SRi perlu berebut mendapatkan bukuteks KBSR di pasaran terbuka.Dan kami mengeluarkan belanja yang cukup besar bagi mentadbir urus sekolah.
6.Bagi peperiksaan,pihak pentadbiran perlu mengikut garis panduan Lembaga Peperiksaan.

Sekolah agama pula,merupakansekolah yang hanya fokus dengan Fardhu Ain dsbnya.Pengurusannya juga tidak kompleks dan tidak memakan belanja yang besar.Kebanyakkan sekolah agama dibawah pentadbiran kerajaan negeri.

Kos bagi pentadbiran SRi An Nur pada 2010 mengjangkau RM 300 ribu ringgit tidak termasuk kos pembinaaan prasarana yang menelan hampir Rm 400 ribu.

Secara mudah,kami yang menguruskan sebuah sekolah integrasi swasta,perlu memikirkan dana dan kecairan ditahap maksimum.


Maklumat dan perkongsian diatas hanya bagi sekolah rendah,tidak termasuk pengurusan sekolah menengah,