Sunday, July 17, 2011

Saya

Pengalaman menetap di tempat orang,merupakan satu pengalaman yang cukup berharga.Sewaktu saya menyuarakan hasrat berkahwin dengan jejaka dari Pantai Timur,ramai saudara -mara yang risau.Risau jika saya akan dipinggirkan kerana status negeri yang berlainan.Begitu juga dengan suami tersayang.Namun kami berdua amat nekad.Kebetulan kedua-dua kami amat tersohor dengan sifat kepala batu,keras kepala,dan macam macam kanotasi melibatkan sikap degil.
Semasa menetap di Kuala Lumpur,semuanya lebih mudah.Kami hidup dengan cara kami.Di sebabkan saya masih kurang mahir dengan ilmu perikanan,kami membeli lauk pauk di Jusco.Paling tidak pakcik yang menjaga laut dalam boleh menolong menyiang ikan yang saya beli.Dan hampir setiap masa,saya biarkan suami saya yang tolong pilih.
.....begitu juga pakaian,hampir bertahun-tahun saya meletakkan kepercayaan kepada tokey dobi.Risau jika perniagaan mereka tidak laku.Mujur ada org yang tak berapa rajin menyokong bisness mereka.Pendek kata,suami yang saya kasihi,cukup banyak berkrompomi,memberi saya masa untuk belajar.

Saya belajar tanpa tekanan,malah kadangkala,suami pula yang tolong menyiapkan hidangan untuk kami.Betapa saya insan bertuah.Mujur juga kami berdua tidak menjadikan makan sebagai perkara paling besar dalam hidup.

...Setelah mendapat anak sulung,saya berpindah ke Kelantan.Kali ini menetap bersama ibu mertua.Dari anak manja,isteri terlebih gula,saya belajar adaptasi diri.Belajar bangun seawal 5 pagi,kemudia tertidur pula.Belajar mengurus masa.Belajar dengan adik ipar cara nak guna mesin basuh.Belajar menggunakan pemanas air.Pendek kata lebih kurang maid indon datang kursus.Semuanya tidak saya tahu.

Di rumah ini juga,saya belajar-belajar mengguna vakum.Hanya oven belum saya sentuh.Syukur ibubapa mertua hanya merepek dalam hati melihat gelagat saya.Kalau org lain,mungkin disumpah seranah..:))

Kesimpulannya,kita semua dibesarkan dalam cara hidup yang berbeza.Saya banyak di didik oleh nenek yang suka membuat segala kerja.Bila balik kerumah ibu bapa,adik-adik yang menyempurnakan segala kerja.

Tetapi bila sudah bergelar isteri,kenalah belajar semuanya..kalau penat,biarkan sahaja,,,hehe

No comments:

Post a Comment