Tuesday, February 28, 2012

Akhir Februari.

       Jam sudah menuju keangka 2.54 pagi.Esok seawal 6.35 pagi,saya akan bekerja seperti biasa.Dan seawal 6.15 pagi akan mengejutkan Mishaal ke sekolah.Suami pula akan"terbang" membelah lautan.Tiket hanya di "confirm"pada 12.00 tgh malam.Tiada perancangan awal,kerana begitu payah untuk menyusun jadual.Musafir itu satu lumrah keluarga kami.Melalui perjalanan kehidupan yang sedikit berbeza,membuat kehidupan saya lebih segar.Saya sering menunggu kejutan-kejutan.Jantung saya juga sudah lama stabil dengan segala kemungkinan.
      Februari juga akan berlari ke Mac yang lebih pantas.Dan di waktu ini saya tidak pasti,bila mata ini ingin lelap,kerana hari-hari saya cukup panjang,melebihi 24 jam yang di beri Tuhan.

Monday, February 20, 2012

Berserah itu hanya setelah berusaha...

                Kerja yang kita lakukan saban hari , memang tidak akan pernah habis.Hakikat hidup,sememangnya perlu melakukan sesuatu.Sesuatu itu sering di kita namakan sebagai kerja.Ada juga orang lain mengelarnya sebagai hobi,ibadah,hakikat yang nyata,hidup ialah dari satu titik menuju ke titik yang lain.Sentiasa bergerak seperti bumi berputar seputar matahari.
               Suami dan saya juga melakukan fasa yang sama.Istilah orang biasa,sibuk.Istilah saya,jika saya sibuk,ada insan yang lebih sibuk.Suami saya saban minggu bermobiliti dari Kelantan-KL.Jarak sudah menjadi infiniti.Sila gunakana segala kemudahan yang ada.
               Seminggu dua lagi,mungkin dari KL ke Mekah.Kemudian ke Istanbul.Mungkin juga ke Syria.Semuanya menjadi begitu biasa.Setiap khalifah di muka bumi,ada tugasan yang tersendiri.Bermusafir mungkin meltihkan ,namun mungkin ia juga memberi nafas dan detik baru dalam kehidupan.Perhubungan yang jauh boleh di dekatkan dengan FB,Twitter BBM,TANgo,Skyppe.Bermacam pilihan.Hanya pilih untuk mendekati atau menjauhi.

       Ditengah lambakan kerja di pejabat,saya juga masih boleh menguruskan stok ,logistik.Masih boleh mencari-cari peluang baru memajukan diri.Berhenti memberi alasan pada kehidupan yang pendek.Jadikan dunia sebagai alat pelaburan.Berhenti berkata tidak mampu kepada diri sendiri.
     Saya juga akan bermusafir,cuma boleh memutuskan.Ada banyak perkiraan,bukan hanya kepuasan diri.Masalah itu satu letusan bagi sel untuk terus hidup.Sel ialah lambang kehidupan.jika kita berhenti berfikir,sila pilih satu tanda di kuburan.

Mari mengenal Gandum

All-purpose flour is a blend of hard and soft wheat; it may be bleached or unbleached. It is usually translated as "plain flour." All-Purpose Flour has 8% to 11% protein (gluten) . All-purpose flour is one of the most commonly used and readily accessible flour in the United States.
Flour that is bleached naturally as it ages is labeled "unbleached," while chemically treated flour is labeled "bleached." Bleached flour has less protein than unbleached. Bleached is best for pie crusts, cookies, quick breads, pancakes and waffles. Use unbleached flour for yeast breads, Danish pastry, puff pastry, strudel, Yorkshire pudding, éclairs, cream puffs and popovers.
Shelf-Life: For cabinet storage, up to 8 months if properly stored in a sealed container or if tightly wrapped, and for refrigerator storage, up to one year.
 
Bread flour is white flour made from hard, high-protein wheat. It has more gluten strength and protein content than all-purpose flour. It is unbleached and sometimes conditioned with ascorbic acid, which increases volume and creates better texture. Bread flour has 12% to 14% protein (gluten). This is the best choice for yeast products.
Shelf Life: Several months in a cool, dry cabinet when stored in a sealed container or if tightly wrapped, and up to one year in the freezer.
 
Cake flour is a fine-textured, soft-wheat flour with a high starch content. It has the lowest protein content of any wheat flour, 8% to 10% protein (gluten). It is chlorinated (a bleaching process which leaves the flour slightly acidic, sets a cake faster and distributes fat more evenly through the batter to improve texture. When you're making baked goods with a high ratio of sugar to flour, this flour will be better able to hold its rise and will be less liable to collapse. This flour is excellent for baking fine-textured cakes with greater volume and is used in some quick breads, muffins and cookies. If you cannot find cake flour, substitute bleached all-purpose flour, but subtract 2 tablespoons of flour for each cup used in the recipe (if using volume measuring).
 

Saturday, February 18, 2012

Prospek

                Membeli makanan online terutama kek dan biskut merupakan salah satu hobi yang sering saya buat.Kek dan kuih-muih ini adalah dari buatan Bumiputera Islam yang baru dalam dunia              
perniagaan.Niat saya,hanya membantu sesama Muslim meluaskan pasaran yang terhad dan kecil,seterusnya membantu mengembangkan perniagaan Muslim.
              Realitinya,saya jarang sekali memakan makanan tersebut.Sebahagian besar saya hanya sedekahkan.Dan yang dibawa pulang,boleh di kira ,hanya beberapa kali.Saya tidak suka dengan makanan yang manis.Selepas balik ke Kelantan saya nekad meninggalkan Kafe-kafe seperti STarbuck,San FRancisco dan sebagainya.Oleh itu saya nekad membantu usahawan Muslim.
            Namun saya dapati,usahawan-usahawan yang baru bertapak ini seringkali lupa dengan beberapa syarat sebagai peniaga.Ramai yang terlepas pandang dengan aspek kualiti.Ada yang tidak sensitif dengan harga.Sebagai contoh,saya biasa dengan kek-kek dari cafe  atau hotel.Jadi saya tidak berapa kisah dengan berapa harganya.Ini disebabkan target pelanggan yang berbeza.Tetapi jika berniaga di sub urban bandar,tanpa kedai,tanpa pekerja  dan meletakkan harga seperti di cafe-cafe,ia sesuatu perhitungan yang silap.
      Banyak lagi perkara-perkara kecil yang sering menjadi persoalan.Kadangkala,saya ingin membantu,tetapi mungkin perlu membantu dengan tidak membantu.

Tuesday, February 14, 2012

VIsa Umrah dan Visa Ziarah

  Bagi kunjungan keTanah Haram di Luar musim Haji,dua visa yang kerap digunakan.Visa yang sering menjadi pilihan ialah visa umrah dan alternatifnya ialah visa ziarah.

Visa Umrah membolehkan pengunjung masuk ke Tanah Haram melaui dua cara,iaitu melalui Jeddah atau Madinah.Visa Ziarah pula membolehkan pengunjung memasuki dari mana-mana Lapangan Terbang Di Arab Saudi.

               Pemegang visa umrah mempunyai banyak sekatan perjalanan.Harganya lebih murah dan lebih senang didapati.Ia sesuai dengan pengunjung awam,yang  kurang mahir dengan imigresen di Arab Saudi.
              Pemegang visa ziarah pula,perlu membayar lebih mahal.Visa ini juga terhad,dan jarang di buka untuk orang awam.Visa ziarah juga  ada beberapa kategori.Sebagai contoh,ziarah kerana pelancongan atau ziarah kerana perniagaan.Visa ziarah juga terbahagi pada "single entry" atau "multiple entry".

     Pemegang "multiple entry" boleh memasuki Arab Saudi berulang kali dengan satu permohanan visa.Namun begitu kedua-dua visa mempunyai tempoh masa dan dipantau mengikut undang-undang imigresen.

Ini bermaksud,sekiranya pemegang visa ingin menunaikan haji,mereka boleh  menggunakan visa  berkenaan tanpa memohon visa haji,

Semoga catatan ini boleh membantu anda semua memahami serba sedikit pengurusan umrah di Malaysia,


Dubai







TURKI




Monday, February 13, 2012

Wednesday, February 8, 2012

Wardah Bookstore

  Encik suami sangat gembira menerima kiriman buku Dari Wardah Bookstore.Buku cetakan dari German.Sangat baik kualitinya.Ditempah oleh sebuah syarikat Muslim yang bertapak di Singapura.Banyak buku yang mempunyai nilai tinggi ada di kedai buku ini.Sekiranya anda peminat buku tegar,mungkin boleh ke  area Masjid Sultan,dan membeli belah di Wardah.

Anak

   Kedua-dua cahaya mata  saya membesar dengan sihat dan kuat.:))  Alhamdulilah,mereka jarang-jarang sakit.Walaupun masih berusia 5 dan 6 tahun,keletah mereka cukup memeningkan.Saban hari,ada sahaja kerenah yang  menggeletek hati.Mungkin dek pengaruh Tv,mungkin dek kerana banyak berjalan,mereka berdua agak terbuka.Istanbul,Pulau Pinang,Kuala Lumpur sering di bibir.Ghairah sekali jika dibawa berjalan-jalan.
    Kami suami isteri bercadang untuk membawa mereka bercuti ke tempat  yang agak jauh.Cuma mereka tidak pernah menaiki Kapal terbang melebihi satu jam perjalanan.Dua tahun lepas,saya pernah membawa mereka menaiki keretapi,hampir 8 jam bermain tanpa tidur.Risau juga memikirkan jika mereka berlari tanpa henti selama berjam-jam di dalam penerbangan.
     Walaupun mereka masih kanak-kanak,banyak "silibus"kemanusiaan ingin saya kongsi.Semoga  mereka  menjadi anak penyejuk mata  ayah bonda.Semoga  satu hari  nanti mereka boleh hidup untuk orang lain melebihi  dari nyawa mereka sendiri.Ameen.

PAu

     Saya jarang membeli makanan yang di jual dijalanan.Bukan kerana memilih,tetapi di rumah yang saya diami,makanan memang jarang dihabiskan.Pada satu hari yang redup saya menemani suami membayar bil,dek kerana lapar,saya singgah membeli pau.
    Pau yang saya beli agak besar,berinti ayam.Nampak menyelerakan.Saya memberikan RM 2.00 tanpa bertanya harga."Serial jah dik"...wah!murahnya....Terlintas di fikiran,berapalah keuntungan dengan menjual pau yang besar dengan harga seringgit.Pakcik itu terus menyambung,apabila saya kelihatan tergamam..."Kalu pokcik jual dua  yal,,,lamo  pokcik leh gi Mekoh ".Rupanya,sekali lagi saya bertemu kisah manusia.Hati saya bagai di siat.Ramai insan marhaen yang hidup dengan bermacam mimpi.Bukan semua mereka perolehi.Terdetik dalam hati,sekiranya Allah mengurnia rezeki kepada  saya ,ingin saya sedekahkan pakej umrah pada pakcik itu.
      Suami sering mengingatkan saya pada insan-insan seperti pakcik yang menjual pau itu.Saban tahun suami saya akan mencari jalan bagi membawa insan-insan yang tidak bernasib baik  ke Mekah.Dua  tahun lepas kami menghantar hampir 4 orang yang bertuah ke tanah haram.Pada tahun ini,mungkin 2-3  lagi insan bertuah yang akan kami bantu  kesana.Mudah-mudahan saya boleh membantu pakcik menjual pau itu menunaikan impiannya.Tiada apa yang mustahil....

Friday, February 3, 2012

JCORP

      Tahun 2008 membawa saya dan suami ke Johor Bharu,bermesyuarat  dengan pengurusWaqf Johor Corporation dan beberapa wakil Johor Corporation.Saya menggalas hajat yang amat berat,memohon  dan mencuba nasib bagi "melobi" dana waqf untuk menyiapkan masjid Tarbiyyah An Nur.Walaupun saya tahu tugas ini sukar,saya nekad untuk mencuba.Hasilnya,saya mendapat satu kekuatan yang luarbiasa.Walau tidak mendapat semua,saya masih mendapat tajaan JCORP dan beberapa yang hanya saya  yang boleh merasainya.

       Selepas tamat mesyuarat di  Jcorp saya dan suami bergegas ke Singapura.Kami membawa misi yang mustahil.Saya tidak tahu apa sebenarnya yang menanti kami di kota Singa,tapi saya cukup yakin dengan setiap keputusan suami,Kami pasti menyokong diantara satu sama lain.Sebaik sampai di Rochor,kami keliru.Singapura bukanlah tempat yang kami sering kunjungi.Kami datang hanya kerana kami yakin Allah bersama dengan orang yang yakin dengan takdirnya.Natijahnya pada tahun itu,Singapura membuka banyak jalan yang tidak dilihat di mata kasar orang lain.

            Saya menukar hampir 40 % cara kerja di Kompleks Tarbiyyah An Nur setelah mengkaji silibus dan perjalanan madrasah-madrasah di Kota Singa.Saya juga lebih proaktif dalam menjana kewangan bagi mengerakkan Kompleks.Bagi suami,Singapura mencetus perubahan yang lebih besar.Dari Singapura ,beliau bergerak ke Syria, Turki dan banyak negara lain yang didalam peta perancangan.

           Kami mempunyai hubungan langsung dengan persatuan guru-guru agama Singapura atau Pergas.Kani juga berjaya mendapatkan kerjasama Majlis Agama Islam bagi beberapa kerjasama strategik.Lawatan balas hampir setiap tahun diadakan antara Kelantan -Singapura.Kemuncaknya,suami saya menjadi tetamu rasmi semasa Persidangan antarabangsa The Sacred PAth Of Love yang menghubungkan Islam di segenap ceruk rantau.

             Namun,kami masih memilih hidup dalam keadaan biasa.Hidup dengan penuh pengembaraan.Pangkat dan darjat bukan satu impian.Manusia yang bekerja kerana ingin dipandang...mungkin hanya hidup dalam mimpi yang bukan realiti.

Thursday, February 2, 2012

Bomoh-

     Orang Melayu dan khurafat menjadi sesuatu yang sangat intim.jika tidak,masakkan lambakan cerita hantu sering sahaja"meletup" di sempadan.Bercakap mengenai hantu dan perkara tahyul,saya sering menyaksikan berbagai wajah masyarakat dalam menangani isu-isu melibatkan hantu,jin dan perkara-perkara yang seumpama.
     Disebabkan penyakit ini berkait rapat dengan aqidah,suami saya secara tidak langsung banyak terlibat dengan dunia pengubatan sejak dari awal 2001  atau mungkin beberapa ketika sebelum itu.Saban hari,kediaman kami di Ampang sering menerima tetamu,tidak kira waktu atau masa.
   Kebanyakkan tetamu yang hadir,sering terkeliru dengan berbagai falsafah  pengubatan yang sebenar.Penyakit yang paling rutin,penyakit berburuk sangka.sentiasa mengaitkan penyakit dengan sihir.Sering melihat orang lain sebagai punca masalah.Dan yang paling kronik,penyakit melupakan Allah.        
       Walaupun begitu,semua kerenah tetamu yang datang kami layan sewajarnya.Ramai diantara mereka berakhir menjadi anak murid,belajar memperbaiki diri.Belajar mengenal agama dan mengubah cara hidup.Ramai juga diantara mereka,hanya menyangka penyakit sekadar penyakit.Bukan satu tanda kebesaran Allah.
     Saya banyak belajar dengan tetamu-tetamu yang hadir ini.Dengan melihat mereka,saya percaya,hidayah Allah itu dalam bermacam bentuk.Saya di beri mengenal pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.Tapi yang lebih penting saya banyak mengenal kekuasaan Allah.
      Suami saya sebagai orang yang merawat,tidak pernah mengambil sebarang bayaran untuk mengubati orang lain.Dia menggangap tugas ini adalah amanah ilmu.Amanah mengembalikan masyarakat bahawa segala yang terjadi itu,hanya dengan izin Allah..
      Kebanyakkan yang datang untuk mendapatkan penawar sering terperanjat kerana mereka tidak dikenakan sebarang bayaran.TIada permintaan yang pelik-tiada sebarang ramalan atau kenapa dan mengapa.Yang ada,Allah itu penyembuh,mohon sahaja padaNYa.
     Setelah kami kembali ke Kelantan,ramai yang mencari.Kami hanya boleh membantu seadanya.Kami diberi amanah yang lebih besar,membetulkan Aqidah umat dengan menyebarkan kalam Allah.