Saya jarang membeli makanan yang di jual dijalanan.Bukan kerana memilih,tetapi di rumah yang saya diami,makanan memang jarang dihabiskan.Pada satu hari yang redup saya menemani suami membayar bil,dek kerana lapar,saya singgah membeli pau.
Pau yang saya beli agak besar,berinti ayam.Nampak menyelerakan.Saya memberikan RM 2.00 tanpa bertanya harga."Serial jah dik"...wah!murahnya....Terlintas di fikiran,berapalah keuntungan dengan menjual pau yang besar dengan harga seringgit.Pakcik itu terus menyambung,apabila saya kelihatan tergamam..."Kalu pokcik jual dua yal,,,lamo pokcik leh gi Mekoh ".Rupanya,sekali lagi saya bertemu kisah manusia.Hati saya bagai di siat.Ramai insan marhaen yang hidup dengan bermacam mimpi.Bukan semua mereka perolehi.Terdetik dalam hati,sekiranya Allah mengurnia rezeki kepada saya ,ingin saya sedekahkan pakej umrah pada pakcik itu.
Suami sering mengingatkan saya pada insan-insan seperti pakcik yang menjual pau itu.Saban tahun suami saya akan mencari jalan bagi membawa insan-insan yang tidak bernasib baik ke Mekah.Dua tahun lepas kami menghantar hampir 4 orang yang bertuah ke tanah haram.Pada tahun ini,mungkin 2-3 lagi insan bertuah yang akan kami bantu kesana.Mudah-mudahan saya boleh membantu pakcik menjual pau itu menunaikan impiannya.Tiada apa yang mustahil....
No comments:
Post a Comment