Tuesday, April 30, 2013

HIjau

   

            Sewaktu saya kecil,saya sering kehairanan melihat seorang jiran yang tegar memasang bendera Hijau setiap kali musim pilihanraya menjelang.Di Kampung yang UMNO Nya sangat kuat,bendera hijau itu kelihatan asing dan menakutkan.Ramai jiran-jiran kami memulaukan si bendera hijau ini.Dia kolot,dia sesat,dia patut dihalau dan pelbagai versi.Ini pengalaman seawal usia 8 tahun.Saya hanya mengenal warna.
           Memasuki sekolah menengah,politik menjadi semakin menarik.Tidak semena-mena saya "terbaca" banyak makalah yang bercorak kepolitikan dan nasionalisme.Faktor negeri Johor sebagai kubu UMNO sering berdegar-degar pemikiran.Berkali-kali keluarga saya  "menakutkan" kemiskinan yang menanti sekiranya saya memilih calon suami dari Kelantan.
         Di fasa Lembah Pantai,3/4  rakan serumah,rakan sekuliah dari negeri yang mata dan hatinya  tegar Hijau.Banyak program asmilasi politik di Universiti.Saya kagum dan terus memerhati  dengan penuh azam.Saya ada di program Pkp,JIm atau Hizbi.Program Kristian,program inter agama.Waktu muda menjadi medan mempelajari dan memerhati.
          Era Pasca Reformasi,terdetik di hati mengenal si Hijau dengan lebih rapat.Berseluar jeans,berbaju agak "trendy" saya mendaftar program di Bukit Lada,Kedah.Teman seprogram saya cantik bertudung labuh dan berjubah kelam.Ramai melihat saya seakan alien.Saya nekad tinggal di Kedah bermingggu-minggu.Mujur ada rakan yang sudi meminjamkan jubah.Kalau tidak ,pasti saya di cela oleh orang kampung.
        Saya melihat rakyat yang miskin,hidup yang sederhana,namun semuanya membuatkan hati saya gembira.Saya mengenali UPU,DUN,saya mengenal banyak perkara yang tiada di bukuteks Universiti.Saya juga sering berulang ke Darul Ulum.Di situ pertama kali saya mempelajari tentang hakikat si pendukung Hijau.Mereka jujur tanpa mengenal lelah.

       Tugas saya sebagai si mentah ,memastikan Dun aktif dan bersedia untuk pilihanraya.Bekerja dengan watak berpangkat pakcik hampir membuatkan saya  hilang kewajaran.

     Selepas Kedah,saya di hantar ke Batu Pahat.Sebagai anak JOhor,Hijau dan Biru umpama si Kaya dan Si miskin.Pendukung Hijau amat takut dengan pelbagai sekatan dan cercaan.Ini cerita hampir 14 tahun yang lepas.Di sini saya mengenal undang-undang pilihanraya.Saya belajar mengenal perang saraf.Sehingga saya mengambil keputusan menarik diri.Tawaran untuk bekerja di Johor saya tolak secara baik.

    Kini Hijau dan Biru dalam peperangan yang setara.Tidak berat sebelah seperti di zaman saya merangkak mengenal hitam dan putih.
  

Thursday, April 18, 2013

Second Home: Istanbul

     Suami dan saya merupakan pengumpul senjata,buku,kitab-kitab lama,tanduk,lembing dan berbagai barangan yang mungkin tidak mempunyai nilai bagi sesetengah orang.Sewaktu kunjungan beliau ke Istanbul pada awal 2013,saya telah di hadiahkan duplikasi peta Piri Reis.
Peta Piri Reis





     Selain itu,saya dihadiahkan set comel pedang Al Fateh....
Saiz yang kecil tidak membayangkan harga  sebenar...harganya agak tinggi namun berbaloi di miliki.


 Pada  kunjungan bulan April,kami  amat tertarik melihat duplikasi pedang diatas pada saiz sebenar.
Keterujaan yang tidak dapat digambarkan...
    Pedang diatas mempunyai sijil pengiktirafan dan di tempa seperti pedang sebenar .Ia menggunakan material menghampiri 100% pedang Al Fateh.Ia kelihatan amat sempurna.,hanya harganya yang ditawarkan amat tinggi.Ia mencecah RM 85,000.00.Semoga kami dimurahkan rezeki untuk memiliki pedang ini.
Berjalan diatas Bukit,Istanbul sebelah Asia
Melepak Di Dongyang,sambil menunggu beg yang tertinggal di dalam van ...pic kredit Tuan  Hj Azlan.
Tulip lagi....
Green Steak

Aktiviti berjalan sambil menguatkan jantung.

Wednesday, April 17, 2013

Kenali Kelantan.

      Kelantan adalah negeri yang cukup indah lagi cantik.Budayanya pula  halus nan berseni.Tuturkata sedikit asing,namun merakam sejarah yang cukup panjang.
      Islam dan Kelantan umpama benang yang menjadi kain.Sudah bersatu dalam perlakuan,dalam metafora seni bina,makanan,cara hidup mahupun dalam amalan seharian.
      Mendalami susur galur negeri ini,akan menghambat letih yang berkait-kait.Disini terakam  titih-titih silam yang masih belum mempunyai jawapan.Ia umpama teka-teki yang cukup sukar disatukan,tanpa memhamai Kelantan sebagai satu bentuk kebudayaan kuno.


Jata Negeri Kelantan.

     Jata Negeri Kelantan,merungkai sedikit misteri si Kijang.Kijang haiwan kesayangan Cik Siti Wan Kembang.Raja perempuan yang menjadi Sultan. Jata itu juga menyembunyikan misteri sejarah penemuan Al Julus Kelantan.Wang syiling di tapak Kota Kubang Labu,dan beberapa tempat lain di Negeri ini.Wang syiling ini,merekodkan Kelantan menerima Islam jauh lebih lama dari Melaka.Wujud perdagangan antarabangsa disini,wujud penciptaan matawang. Al  Julus mencatat tarikh 577 H/1181 M.Ia  bukan sebarang syiling,ia adalah dinar emas.Lambang kemewahan dan peradaban.Jata diatas meminjam cogan kata Al Julus"Berserah kapada Tuhan Kerajaan Kelantan " atau al-Mutawakkil 'Ala Allah.

     Di negeri ini juga wujud Masjid Tertua,iaitu Masjid Kampung Laut.Pembinaan Masjid ini,mencatat satu lagi kaitan antara Islam di Kepuauan Melayu dan Kelantan.Masjid ini  juga merakam hubungan kerajaan Kelantan dan Champa.Ia juga mencatat persamaan dengan berpuluh-puluh Masjid yang dibina di seluruh pelusuk Kepulauan Melayu.Ada titih-titih secara tidak langsung yang belum terungkai.

Masjid Kampung Laut
Masjid Kuno Champa
      Berabad-abad yang silam,Islam di Kelantan di dukung oleh pemerintah atau Para Sultan.Pada satu ketika ,Sultan mengeluarkan arahan mendenda kepada rakyat yang tidak  berpakaian yang menutup aurat.Melalui pengaruh  Sultan dalam pentadbiran,Islam menjadi darah daging dan sistem yang teratur.

      Pondok-pondok menyebarkan agama juga banyak wujud di negeri Serendah Sekebun Bunga.Agama di sebarkan sehingga Kelantan bergelar negeri Serambi Mekah.Individu yang mencadangkan  sekolah agama di institusikan seperti sekolah-sekolah SMKA  berasal dari jalur-jalur Tok Guru Kelantan.

         Jika ingin disenaraikan tokoh-tokoh revolusi Agama,Kelantan akan mencatat senarai cukup panjang.Disaat Melayu -Islam  dinegeri lain masih jauh dari pembangunan rohani dan fizikal,masyarakat di Kelantan banyak membudayakan agama dan pembangunan fizikal.Kelantan dulu dan kini,masih di cemburui musuh dan dihormati lawan.

Tuesday, April 16, 2013

Gambar:TUlopoMANia

  
         April ialah musim Tulip atau Lale di Istanbul.Musim bunga yang berwarna-warni.Hajat hati untuk ke Petra ,Jordan,terpaksa ditangguhkan.Haluan terus menuju bungaan yang mengamit hati.

Siang hari yang masih berhawa sejuk di Istanbul.









Medusa,di Basilica Cistern.Sistem pengairan dan penyimpanan air dari zaman  Rom.

Binaan Sejarah yang masih kukuh dan dipelihara dengan baik.

Tulip 
         
Tulip
             
Tulip

Monday, April 8, 2013

Rosak Jiwa

   Adat dan agama mempunyai perkaitan yang amat akrab.Kehidupan beragama,tanpa sedar sering juga menjadi adat.Agama mempunyai pengertian yang lebih luas.Dalam realiti sebenar,masyarakat memandang tinggi" kerajinan anak muda bersolat,berjemaah ,mengikut sunnah.Ia satu permulaan yang cukup baik.
   Di sebalik kerajinan membaca Al Quran,Bersembahyang berjemaah,anak muda itu mempunyai satu persepsi mengenai agama.Ia satu ritual.Bermasyarakat hanya dengan kehadiran ke surau atau masjid.Masyarakat itu berakhir di tangga-tangga surau .
       Produk anak muda sebegini amat menyukai status-status "mekar agama".Memperlihat individu yang sempurna.Rakan-rakan yang"sesat" dijauhi.Berkawan hanya dengan calon ahli syurga.Berpuasa,membaca dan terus membaca Al Quran,tanpa menjulang isi kandunganya.Insan-insan yang tidak setara,dianggap rendah iman,menghukum umpama malaikat pencatat dosa dan pahala.
      Jika mereka seorang pekerja,majikan adalah segalanya.Mata pencarian ia nikmat hidup yang paling dipelihara.Jika dahulu mendokong aspirasi pembangkang,menikus kerana memelihara "awaliyyat" kehidupan.Munafiq atau fasik?Alasan hanya untuk diri sendiri.
      Apa yang penting,kehidupan mesti dilihat "sempurna".Lupakan akibat ujub atau riak,yang penting,ini adalah agama.
        Sandiwara sebegini merupakan skrip dunia yang bermula sejak tamadun manusia.Skrip menjaga kepentingan diri. Kehidupan tanpa risiko.
     Namun natijah yang pahit,generasi sebegini merupakan generasi pengecut.Mereka akan menjadi topeng di sebalik kehidupan yang sebenar.Jiwa sendiri tidak mampu dipupuk,apatah lagi ingin mengubati jiwa orang lain.Wahn,penyakit mencintai dunia akan bercambah.
      Ini adalah cerita mengenai anak muda yang sakit.Namun di luar kesedaran,mereka hanya melihat penyakit orang lain.