Tuesday, April 30, 2013

HIjau

   

            Sewaktu saya kecil,saya sering kehairanan melihat seorang jiran yang tegar memasang bendera Hijau setiap kali musim pilihanraya menjelang.Di Kampung yang UMNO Nya sangat kuat,bendera hijau itu kelihatan asing dan menakutkan.Ramai jiran-jiran kami memulaukan si bendera hijau ini.Dia kolot,dia sesat,dia patut dihalau dan pelbagai versi.Ini pengalaman seawal usia 8 tahun.Saya hanya mengenal warna.
           Memasuki sekolah menengah,politik menjadi semakin menarik.Tidak semena-mena saya "terbaca" banyak makalah yang bercorak kepolitikan dan nasionalisme.Faktor negeri Johor sebagai kubu UMNO sering berdegar-degar pemikiran.Berkali-kali keluarga saya  "menakutkan" kemiskinan yang menanti sekiranya saya memilih calon suami dari Kelantan.
         Di fasa Lembah Pantai,3/4  rakan serumah,rakan sekuliah dari negeri yang mata dan hatinya  tegar Hijau.Banyak program asmilasi politik di Universiti.Saya kagum dan terus memerhati  dengan penuh azam.Saya ada di program Pkp,JIm atau Hizbi.Program Kristian,program inter agama.Waktu muda menjadi medan mempelajari dan memerhati.
          Era Pasca Reformasi,terdetik di hati mengenal si Hijau dengan lebih rapat.Berseluar jeans,berbaju agak "trendy" saya mendaftar program di Bukit Lada,Kedah.Teman seprogram saya cantik bertudung labuh dan berjubah kelam.Ramai melihat saya seakan alien.Saya nekad tinggal di Kedah bermingggu-minggu.Mujur ada rakan yang sudi meminjamkan jubah.Kalau tidak ,pasti saya di cela oleh orang kampung.
        Saya melihat rakyat yang miskin,hidup yang sederhana,namun semuanya membuatkan hati saya gembira.Saya mengenali UPU,DUN,saya mengenal banyak perkara yang tiada di bukuteks Universiti.Saya juga sering berulang ke Darul Ulum.Di situ pertama kali saya mempelajari tentang hakikat si pendukung Hijau.Mereka jujur tanpa mengenal lelah.

       Tugas saya sebagai si mentah ,memastikan Dun aktif dan bersedia untuk pilihanraya.Bekerja dengan watak berpangkat pakcik hampir membuatkan saya  hilang kewajaran.

     Selepas Kedah,saya di hantar ke Batu Pahat.Sebagai anak JOhor,Hijau dan Biru umpama si Kaya dan Si miskin.Pendukung Hijau amat takut dengan pelbagai sekatan dan cercaan.Ini cerita hampir 14 tahun yang lepas.Di sini saya mengenal undang-undang pilihanraya.Saya belajar mengenal perang saraf.Sehingga saya mengambil keputusan menarik diri.Tawaran untuk bekerja di Johor saya tolak secara baik.

    Kini Hijau dan Biru dalam peperangan yang setara.Tidak berat sebelah seperti di zaman saya merangkak mengenal hitam dan putih.
  

No comments:

Post a Comment