Sunday, February 27, 2011

Bunga Zapin...

----Beberapa detik menjelang Mac,seorang lagi adik saya akan melangsungkan perkahwinan.Ikatan dua hati membawa keikatan dua jasad menjadi satu.Saya tumpang gembira tanpa sempat menzahirkan rasa.Hanya doa dari kejauhan.Naluri saya seolah-olah menjerit sesuatu,namun hanya mati di sukma,tidak semat diluluh,tidak bisa menyentuh.Bak kata suami,semua perjalanan adalah ketentuan.biarlah ditelan pahit,mana tahu bisa menjadi ubat.Ilmu manusia sering terhijab.Biarlah Allah menjadi pengadil untuk semua.yang penting,doakan dan bantu yang mana perlu.
lumrah manusia itu beda nya mungkin sehasta,mungkin serelung.Mana nak dicari hati kita berbicara,sama seperti hati mereka....

Hidup

-Hampir sepagi saya tidak langsung meninggalkan bilik dipejabat.Ini merupakan perkara yang jarang-jarang berlaku.Pastinya setiap pagi saya sering "kesana "atau ke sini",namun bukan hari ini.Pelan asal untuk cuba makan pada 11 pagi,hanya menjadi mimpi.Tiba-tiba dikejutkan dengan masalah pendaftaran peperiksaan.Akhirnya satu hari yang pendek kembali menjadi skrip yang panjang.Jadual makan teruskan saya lupus.Pendaftaran peperiksaan bukan perkara mainan.Masa depan anak-anak orang lain.Ke pejabat pos,ke kedai disket(JPN masih menggunakan disket ya,,) lantas Ke JPN.Pukul 3,barulah semuanya selesai.

..Beberapa hari lagi saya akan ke Yik perlu menyelesaikan sebahagian lagi cerita yang tak kesudahan ini.Kemudian ke KDN Putrajaya,LHDn Kota BAhru,temujanji KWSP bulan 3,report rasmi Imigresen. dan pelbagai agensi,,

....Bab sekolah ,seperti selalu,program,tugasan ,report,kertas kerja,dana,Masjid,komen,komplen dan seribu satu perkara.Semuanya amat mengujakan.Memberi kehidupan saya penuh pengertian.

---Perniagaan pula,saya tepiskan kesisi dahulu.Rezeki semakin murah,tetapi saya juga kesibukkan untuk merencana program suku tahun kehidupan.Jika dikejar didunia,manakan habis dengan kisah sehari...

Saturday, February 26, 2011

-Buat sementara waktu ini,Allah menghadiahkan saya dua cahayamata.Untuk org lain jumlah ini mungkin sedikit.Bagi saya pula,syukur yang terhingga.Bagaimana kalau saya ditakdirkan tanpa cahayamata ?Oleh yang demikian,saya hanya tersenyum jika ada yang bergurau senda ttg jumlah anak.Walaupun jumlah dua kelihatan sikit,saya rasa seperti memikul beban 2 gunung.tidak semudah yang terzahir dipendangan mata kasar.Mendidik anak-anak bukan perkara mudah. .Hampir setiap hari terpacul jua keluhan dan kesalan kerana terasa sukar,untuk melaksanakan amanah sebagai ibubapa.
Anak-anak saya tergolong kanak-kanak aktif.Amat sensitif dengan persekitaran.Dalam kata lain,sebagaimana anak org lain,mudah terikut-ikut.Masing-masing mempunyai kisah sendiri.


anak-anak juga salah satu ujian Allah....

Monday, February 21, 2011

Berhentilah menekan diri sendiri..

...Kadangkala saya sering tersenyum apabila mendengar rungutan org lain ttg sibuk,banyak kerja,letih dan sebagainya.Sebagai insan biasa saya juga terasa juga ingin merungut sedemikian.Tetapi apabila saya memulakan sebarang kerja,semua penat akan hilang dengan sendiri.Saya juga percaya,jika saya sibuk,ada orang lain yang lebih sibuk.jika saya penat,adalagi insan lain yang lebih penat.Mendiami rumah yang dikelilingi insan-insan yang penuh dengan jadual,dan masa yang sentiasa dipenuhi dengan kerja,amat menginsafkan saya.Saya hanya ingin menyatakan,apa jua kesibukkan yang kita alami,itu adalah lumrah hidup.Sibuk ialah relatif.Jika sibuk ,tapi masih boleh berfacebook,itu tandanya,kita tidaklah sesibuk mana.Sebab itu dalam meniti usia 30 -an ini,saya tidak berapa memikirkan sangat dengan"keinginan"diri yang bersimpang -siur.Dalam sibuk saya sentiasa ada masa untuk membaca buku hampir setiap hari.dalam sibuk,saya masih mampu untuk melihat bahawa,nyawa ini hanya milik tuhan yang nyata.Apa yang ingin disibukkan ,jika esok kita terbangun di dalam kubur....

Saturday, February 12, 2011

Al Jazeera...

---Suami saya merupakan penterjemah di siaran Al-Jazeera AStro pada beberapa tahun yang lepas.Semasa saya diberi kertas kerja bagi menubuhkan MTAq An Nur,saya memohon kepada en Suami untuk menetap sepenuh masa di Kota Bahru.Ini disebabkan faktor kekurangan tenaga dan kudrat untuk menguruskan dua buah sekolah dalam satu masa.Walaupun en suami bersetuju untuk menguruskan MTAq,beliau masih saban minggu terbang ke Kuala Lumpur menguruskan kerja-kerja berkaitan mahupun urusan peribadi.Ini tidak termasuk 3-4 bulan dalam setahun berada di luar negara bagi urusan rasmi dan tak rasmi.Pada pemahaman mudah,walaupun menetap di Kelantan,untuk berjumpanya dengannya bukannya mudah.

Setelah beberapa ketika rutin "kehilangan"suami menjadi sesuatu yang biasa.Tetapi beberapa hari yang lepas,wakil dari pihak Astro menghubungi semula en suami bagi menawarkan kontrak kerja.Walaupun corak kerja agak fleksi,ini membawa beberapa kesimpulan.Pertama,dia akan menjadi lebih sibuk.Kedua,Kuala Lumpur menjadi "base"setelah hampir 3 tahun cuba menetap di Kota Bahru.
Saya sendiri selain dari pengurusan sekolah,dan juga perniagaan,saya juga akan kembali melibatkan diri dalam pertubuhan NGo yang saya lupakan hampir 10 tahun.Saya juga ingin membantu pelajar -pelajar Malaysia yang memerlukan dana bagi melanjutkan pengajian mereka.
Tiada apa yang saa doakan,semoga saya boleh menghulur sedikit bantuan kepada yang memerlukan..Ameen.

Saturday, February 5, 2011

Pendidikan

...Dalam tak sedar dek urusan seharian,Februari kembali menjelma.Pada 14 hari setiap tahun,saya akan meraikan ulangtahun anakanda Misha'al.Pada tahun ini,Misha'al akan berusia lima tahun.Alhamdulilah banyak perkara yang berlaku mahupun yang akan berlaku.Misha'al semakin membesar,lebih mudah diurus dan makin banyak pula kemahuan serta keinginan.Papa kesayangan sudah merencana untuk membawa anakanda ke Mekah tahun hadapan.Ini semua hanya impian.Jika diizin Allah,semuanya akan berlaku.Pada awal Januari juga ,anakanda sudah mula ke sekolah.Walaupun saya pernah bercita-cita untuk menggunapakai konsep"home-schooling"paling kurang saya boleh tersenyum.Saya boleh menarik nafas lega,kerana kedua-dua anakanda akan bersekolah dengan silibus yang dibina oleh mak ayah nya sendiri.Tadika yang diikuti juga ,tadika yang dibuka oleh ayahanda mertua.Sekolah rendah dibawa seliaan saya.Sekolah menengah pula di bawah seliaan Papa mereka.Kalau boleh saya ingin membuka kolej.Mungkin cita -cita setahun dua lagi..moga-moga rezeki di Permudahkan....

Thursday, February 3, 2011

kisah baju

-Sepanjang perkahwinan saya dan en suami,dia jarang-jarang sekali mengenakan persalinan baju Melayu,hatta pada Hari Raya.Dek malas mendengar rungutan saya,en suami bersetuju membeli sepersalinan baju Melayu.Baju berkenaan kami beli hampir 4 tahun yang lepas.Namun hanya dipakai sekali dua sahaja.Untuk memilih fabrik tersebut,jenuh juga kaki saya melangkah dari satu kedai ke kedai lain.Akhirnya Baju Melayu berwarna kelabu lembut (sebenarnya saya tidak pasti warna baju tersebut ,kerana warnanya agak unik aka..berbaloi la saya membeli kain itu).Itu tidak termasuk cerita baju itu dijahit dua kali ,kerana tidak berpuas hati dengan hasil kali pertama.Pendek kata mengingati kisah baju itu cukup membuat saya berfikir dua,tiga mungkin seratus kali sebelum menyuruh en suami berbaju Melayu.Saya juga merasakan noktah baju itu akan menjadi kenyataan.Namun,tanpa saya sangka,2 minggu lepas baju itu hilang di kedai dobi.Pada kebiasaannya ,saya yg menguruskan urusan dobi mendobi,bila en suami mengatakan baju hilang,saya mulai tak berapa nak berasa selesa.Saya pasti jodoh kami dengan kedai dobi selama 3 tahun ini akan berakhir.bukan talak satu,mungkin 3.Lebih-lebih lagi dengan kurang profesionalnya pengurusan menguruskan permasalahan ini.Saya amat memahami en suami yang cukup menghargai nilai sentimental.Setiap barang mempunyai cerita nya yang tersendiri.sekiranya pihak dobi mengambil langkah segera,pasti perkara ini tidak menjadi besar.Mujur sahaja tidak diadadukan dengan Tribunal.untuk tauke kedai dobi,belajarlah menghargai pelanggan.