Monday, September 30, 2013

2008 yang mendidik hati

   Hari-hari saya di Sri An Nur seringkali diwarnai dengai ugutan provokasi ,pemboikotan secara terang-terangkan .Ada kalanya cercaan secara kasar yang di sengajakan.Namun saya tidak pernah bercerita apa yang saya lalui di sekolah.Sumpah seranah dan cacian menjadi makanan membersihkan kesombongan jiwa.Mereka mempunyai misi besar.Misi untuk melihat saya berundur.
   Dengan izin Allah di sebalik'kisah-kisah perit' saya di berikan semangat untuk bertahan.Sekali sahaja saya menangis,hari yang lain saya melangkah dan terus bangun.
    Penghujung tahun 2007,sekumpulan profesional berjaya di Kelantan merancang untuk membina Maahad Tahfiz di Kompleks yang sama.Saya yang hadir secara kebetulan,hanya mendengar dari jauh.
    Menjelang Januari 2008,para pendukung idea untuk membuka sekolah,terus menyepikan diri.Semasa itu terpancar wajah terkilan ayahanda mertua.Sahabat-sahabat yang di harap membantu terus membatu.
    Pada Penghujung Januari 2008,di saat saya masih kelam -kabut menyelesaikan berbagai masalah sekolah rendah,saya di hadiahkan sekeping kertas. Arahan untuk membuka sekolah tahfiz pada Mac.Secara mudah saya mempunyai kurang dari 30 hari memulakan sesuatu yang di tolak oleh orang lain.
      Bagi menguruskan sekolah rendah saya menghadapi defisit perbelanjaan yang cukup besar.Membuka sebuah lagi sekolah,tanpa bantuan logistik dan kemahiran,makin menambahkan pening mencari wang.Mengadu dan mengeluh bukan sifat yang saya miliki.Saya tidak sampai hati untuk mengecewakan orang yang berharap...

Kepada Allah saya berserah

Tuesday, September 24, 2013

Kenangan.


Catatan Kenangan 2

       


 Kisah tentang Cinta dan Kenangan

       Saya tidak mengambil banyak masa untuk keliru dan mengelirukan diri.Saya memegang amanah yang amat besar.Misi menyelamatkan sebuah sekolah,misi menyelamatkan harta Waqf yang bukan bernilai seribu malah jutaan RM.
      Tentangan dari berbagai pihak.PIBG menentang perlantikan saya.Guru-guru juga sama.Mereka menghantar mesej jelas. Agresif dan menekan.

   Di Sri An Nur ,saya menghadam sifat politik yang sering ingin menguasai.Guru-guru di sokong oleh PIBG yang dikuasai oleh elit-elit ahli politik negeri Kelantan.Ada Setiausaha Dewan Ulama,setiuasaha Pemuda.Pendek kata yang saya hadapi musuh-musuh yang mempunyai nama dalam masyarakat.

     Menurut mereka,jarang pemimpin di  Sri An Nur akan bertahan. Mereka akan memastikan golongan yang menentang mereka akan kecundang.Bila ia menyentuh tentang parti,saya sangat terkilan.Pendidikan ialah satu bidang yang tidak boleh di letakkan di bawah politik.Ia perlu berdiri sebagai badan yang bebas.

     Pemboikotan,di malukan,khabar angin di sebarkan.Ibu bapa murid di heret sekali bagi memastikan saya gagal.Rupa-rupanya dalam 10 tahun PIBG dan  para guru bersengkokol memastikan setiap guru yang tidak sealiran dengan mereka akan terbuang.Mereka sedang menunggu untuk memastikan Pengerusi Jemaah Pengelola melepaskan jawatan.Sebelum saya hadir,perancangan ini nampak lancar.Mereka hampir berjaya.



Adakah saya sanggup meneruskan? Apa langkah seterusnya?


Catatan Kenangan !

  

Catatan untuk mengingatkan tentang cinta dan hati


      Pada satu petang sebelum saya kembali ke Kuala Lumpur,ayah mertua menyebut tentang kekosongan jawatan di Sri An Nur.Sebaik sahaja melabuhkan badan ke dalam kereta,saya memaklumkan suami mengenai ajakan mertua agar saya pulang bekerja di Kota Bharu,

       Beberapa bulan selepas itu,saya di hantar pulang bersama Misha'al dan kandungan yang masih dibulan ke 5.Suami kekal di Al Jazeera.Pertama kali kami berjauhan.Suami sangat akur kepada permintaan ibubapa,dan saya tidak akan mungkir permintaan suami.

      Menghadapi suasana baru ketika anak masih kecil,suami yang jauh,kandungan yang semakin membonyot sedikit sebanyak"mengusik" emosi.Duduk bersama mertua bukan sesuatu yang mudah.Ia memerlukan sifat redha yang cukup tinggi.

     Sri An Nur bukanlah seperti yang saya bayangkan.Ia mempunyai 1001 macam masalah yang tidak terjangkau.Keadaaan sekolah ini semasa 2007 boleh  dikata seperti dilanggar Garuda.Guru-guru yang berpuak-puak,pergaduhan dan pergeseran hampir setiap hari,kelas-kelas terbiar kosong,Guru Besar yang tidak diendahkan,pendek kata encik suami telah memasukkan saya ke sebuah tempat yang sangat menakutkan.

       Saya bercuti bersalin pada bulan MAC 2007.Apabila kembali pada Jun 2007 saya mendengar desas-desus mendaftarkan An Nur akan di letakkan di bawah YIK dek kerana masalah kewangan yang kritikal.An Nur juga mendapat campurtangan dari PIBG sekolah yang sering menekan pihak pentadbiran.Khabar angin juga umpama makanan jiwa yang sering berlagu.

      Secara tiba-tiba,satu mesyuarat tergempar diadakan di antara Lembaga Pengelola dan guru-guru.Saya dilantik sebagai PK 1 dan Setiausaha Jemaah Pengelola dalam masa yang sama.Dua jawatan yang maha berat,yang saya cukup kabur tanggungjawab dan peranannya.


      Bagaimana saya perlu mentadbir? Siapa yang boleh membantu?.......memikirkan sahaja boleh menyebabkan saya pening...


Sunday, September 22, 2013

leap

     Sejak pulang dari Istanbul,saya banyak berulang-alik dari KB- Kl -JOhor.Jadual pertemuan juga agak padat.Musafir semasa bulan puasa agak menyeronokkan.Ia lebih menghiburkan hati.Hampir 15 jam berpuasa,dan berbuka diruang udara Mongolia.Dahaga tidak terperi.