Friday, April 20, 2012

Istanbul


    Sejak usia belasan tahun,dan sejak dari saya menetap di Matrik Lembah Pantai,saya paling tidak suka membawa beg untuk ke mana-mana.Malam ini saya dan keluarga akan bermusafir lagi.Beg masih belum dikemas.Kalau diturut  hati,rasanya ingin membawa diri sahaja.Pada bulan November lepas saya ke Mekah dengan bekalan tiga helai baju.Dan hampir tidak membeli apa-apa barangan dek kerana saya memang tidak suka membawa barang.Rasanya untuk malam ini,mungkin 3-4 helai sahaja.Silap-silap mungkin en Suami yang tolong kemaskan beg...:))

Wednesday, April 18, 2012

Ka Lan Tan

              Catatan hari ini akan bertarikh 18 April .Saya sudah ditinggalkan  hampir tiga purnama di tahun 2012.Masa telah di curi dan tidak akan berganti.Adinda Marhamah sudah melahirkan putera kesayangan di usia kandungan enam bulan.Semoga Wan Muhammad dapat terus berjuang untuk hidup.Rezeki itu ketentuan.
              Dalam diam masa berlalu,hampir lima tahun saya berada di bumi indah ini.Udara yang saya sedut memberi banyak inspirasi.Negeri ini mengajar saya mengenal sikap sabar,menuntun sifat redha.Negeri ini lebih indah dari rupa-rupa yang dikhabarkan.
            Walau tiada pencakar langit,walau tanpa kesibukan tanpa penghujung,disini lebih bernyawa.Sukar dibayangkan sekiranya saya melangkah pergi ketempat lain.Mungkin kesunyiaan akan melanda.Badai juga akan menghempas.

Tuesday, April 17, 2012

Kenapa Sekolah Rendah Islam itu penting...

     Hampir 10 tahun yang lepas,rumah kediaman kami di Ukay Perdana sering menjadi tumpuan bagi golongan dewasa menghadiri usrah dan pengajian Al-Quran.Kebanyakkan mereka berumur dalam lingkungan 40 tahun dan keatas.Berjawatan besar,dan berlatarbelakang dari Universiti luar negara.Kelas-kelas ini diadakan percuma dan mengikut jadual suami saya ,kerana pada masa itu suami terikat dengan AL-Jazeera dan urusan-urusan melibatkan perniagaandan sebagainya.
    Dari pemerhatian secara rambang,ramai golongan dewasa di Kuala Lumpur mula mendekati agama setelah berusia 40 tahun.Berbeza dengan suami,dia dilatih dalam persekitaran agama sejak dari usia dua atau tiga tahun.Di kala usia meremang senja,golongan-golongan urban ini baru ingin mengenal dan memperbaiki Al Quran.Saya sering terfikir,jika berumur 40 tahun baru mempembetul bacaan,bagaimanana status solat yang telah dilakukan bertahun-tahun sebelum itu? Adakah kejahilan bleh menjadi faktor pemboleh ubah.
    Setelah beberapa tahun,saya bersetuju untuk meneraju sebuah organisasi pendidikan dan tarbiyah.Dari hasil pemerhatian semasa berusia 20-an,saya  percaya masyarakat perlu kembali kepada sistem pendidikan dari sumber autentik.Mengubah keadaan yang rosak adalah lebih sukar.Cara yang lebih baik,anak-anak perlu dihantar ke sekolah integrasi penuh pendidikan Islam.Konsep Sekolah Sri cukup praktikal.

Akan bersambung

Monday, April 16, 2012

Kongsi Ilmu

Tajuk Buku:: Tundukkkan Hati,Rahsia Keikhlasan Hidup di dunia Fana
                     Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz


 Buku ini sering saya ulang disaat kelapangan.Antara mutiara kata di dalam buku ini,
 Memasang niat baik ketika mencari harta:
   #Dengan tujuan supaya tidak meminta-minta dari orang lain
   #Dengan tujuan menyara keluarga
   #Dengan tujuan membantu mereka yang memerlukan

" Sekiranya bagi anak Adam itu memiliki satu wadi emas,pasti dia akan mahu satu wadi emas lagi,sedangkan semua tidak memenuhi mulutnya melainkan tanah."

                                       SAHIH MUSLIM:1738
"Apabila manusia-manusia mati,terputus segala amalanya melainkan tiga perkara 1.sedekah jariah  2.ilmu yang bermanfaat,3anak soleh yang mendoakanya"
                                                                            Sunan at-Tirmidzi
Mafhum hadis di atas kita akan menyedari hakikat harta yang kita miliki adalah:
1. Apa yang dimakan akan habis
2.Apa yang dipakai akan lusuh
3.Apa yang disedekahkan sahaja yang akan tersimpan untuk bekalan akhirat

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya supaya bersedekah berbanding menyimpan harta yang kita ada untuk kegunaan sendiri.Jika kita merasa sayang untuk bersedekah,ini bermakna kita lebih menyayangi harta orang lain berbanding harta milik sendiri.Harta sendiri yang dimaksudkan dalam hadis ialah harta yang kita sedekahkan kepada fakir miskin,anak yatim,serta orang-orang yang berjuang ke jalan Allah SWT.Dan sedekah itu seumpama"tabungan"kita untuk keperluan akhirat.semakin banyak sedekah kita keluarkan,semakin banyak harta yang kita tabungkan.

Wednesday, April 11, 2012

P.A

Puan Salina....

Encik suami suka makan apa ? ....ishhh tak ingat,sebab dia tak suka makan,hehe..nope,dia suka makanan arab dan makanan Thai,tapi sekarang kurang makan sebab jaga kesihatan.Still waiting for nasi Mandy,yang wife dia tak masak lagi...

Hobi?
Banyak sangat,sampai tak boleh dikategorikan hobi,cuma yang biasa,naik kapal turun kapal,guna galaxy note untuk main game,shopping and shopping,make up kereta,blabla..banyak sangat.

Kerja?
Nak kata Manager  tak macam manager,nak kata  berniaga  tak macam peniaga,nak kata Ceo  tak macam Ceo,so kerja terpulang apa  orang kata.Nak kata  tak kerja pun boleh,sebab semua kerja via online,Telefon ,etc,yang pasti every week terbang,dan setiap bulan oversea.

Suka  marah?
Ekceli,dia sangat"cool",so  his wife jadi  kaduk naik junjung.Very nice person indeed,except towards his students.Siapa  yang kena rotan tu,,,,inshallah ingat sampai  ke liang lahad.

Apa perancangan terbaru...

So many...yang paling best  nak upah driver..bu t i'm really sure,takde siapa yang dibenarkan  driving his car,especially Honda kesayangan.

Tempat yang dia  nak pergi sangat..
Spain

Bila  waktu yang paling sesuai untuk telefon?
After 11 am,not a minute before,better kalau call after 12pm..sebab dia memang tak tido.

Tuesday, April 10, 2012

Insan....na si ya

      Sekiranya kita belajar dan belajar,akhirnya gagal jua,adakah itu ketentuan?Sekiranya kita menyimpan dan terus mebuat simpanan,namun masih di balut kemiskinan,adakah itu ketentuan?Sekiranya kita menjaga kesihatan dengan penuh kesungguhan,namun masih sakit,masihkah boleh menerima ketentuan?

    Mengapa dia masih tidak bertudung,walaupun tahu itu dosa?Mengapa masih menggilai harta,walaupun tahu,manusia pasti akan mati?
   
  Itulah insan.Fitrah dari kejadian yang mudah lupa.Ini juga dinamakan makna di sebalik Qadha dan Qadhar.Nabi Nuh seorang penyeru umat,tetapi tidak kepada anak dan isteri.Begitu juga Asiah,seorang ahli syurga,tetapi gagal untuk membawa suaminya.

   Ini adalah hakikat dan ibrah yang perlu didukung oleh pembawa Jalan Allah dan Rasul.Bukan semua perkara kita mampu ubah.Bukan semua kuasa tertakluk pada kehendak manusia.Manusia adalah pembolehubah.Faktor ketentuan,faktor ujian merupakan sains yang perlu di pelajari oleh Daie.

   Ramai pendakwah hanya mendekati golongan yang memang sudah dekat.Mengajar agama kepada jemaah masjid.Tapi tidak kepada penjual ikan ,ayam di pasar.Ramai orang menghukum orang yang tidak bertudung.Namun tidak bertanya,samaada mereka itu tahu atau tidak cara bertudung yang sebenarnya.Kita ,manusia yang suka solusi.2 t 1 itu tiga.

                  Manusia yang tidak ke surau itu tidak boleh jadi pemimpin,di sebabkan hadis mengatakan itu dan ini.Hakikatnya tanyalah diri berapa jam seminggu kita hidup untuk mereka yang memerlukan.Kita membaca Al Quran saban hari,sedangkan di sebelah rumah,ada yang terkeluar dari hidayah Pencipta.Kita menghitung sunat sunat untuk ke Syurga,sedangkan ada tetangga yang sedang berantakkan.Kita menghukum tanpa prejudis,tanpa memahami,manusia itu tertakluk pada hidayah ALLah.


 Berdoalah semoga ibadah kita tidak menjadi debuan pasir.

Bagaimana menjimatkan perbelanjaan semasa melancong.

                   Suami saya kerap ke luar negara bersendirian.Beliau jarang memilih pakej atau pergi melalui syarikat pelancongan.Kebanyakkan perjalanan bersifat "ad-hoc"kerana sukar untuk membuat jadual dengan masa yang terhad.
                 Perbelanjaan ke Mekah melalaui pakej pada kadar semasa hampir mencecah RM 6000.Perbelanjaan yang di keluarkan oleh suami pula  sekitar RM 3400 atau kurang.Kadangkala perberlanjaan ini lebih murah.
                Bagi perbelanjaan ke Turki,beliau hanya menggunakan tram,bus awam atau berjalan kaki bagi jarak yang dekat.Corak perbelanjaan  juga sama sekiranya  Ke Syria,Jordan ,Singapura dan negara-negara lain.
         Tips bagi yang baru berminat melancong,sila cari maklumat yang tepat sebelum ke mana-mana,

Sunday, April 8, 2012

Cerita Kehidupan

   Salah seorang adik ,telah selamat melahirkan permata hati lewat Februari,seorang lagi sedang menanggung debar menanti kelahiran lewat April.Di balik kisah-kisah senyuman,seorang pula sedang pasrah dengan ketentuan..Di beri ujian seberat gunung.Anak di dalam kandungan semakin lemah dari sehari ke sehari.Menunggu keajaiban.Saya seorang pemerhati .Mendengar dari kejauhan,menitip doa dan harapan.Sepuluh tahun lepas saya pernah pasrah,diuji kesukaran menikmati peluang menjadi bonda.Di beri kekuatan,di sebalik keyakinan manusia.Saya juga pernah pasrah bila diberi pilihan antara dua nyawa.Semuanya pernah saya rasai.Bila melihat kedukaan mahupun kegembiraan orang lain,cerita-cerita itu kembali melayarkan ceritanya .Untuk semua,semoga Allah menitipkan kekuatan.Kekuatan menghadapi kehidupan yang baru baru,mahupun hakikat melihat satu kematian.Kita juga hidup,dan kita akan mati.

Thursday, April 5, 2012

Target Simpanan

    Ramai dikalangan rakan sebaya mempunyai pelbagai akaun bagi tujuan simpanan atau perbelanjaan.Ada tabung A,Tabung b ,Tabung C  dan bermacam tabung bagi kegunaan biasa atau kecemasan.Mengikut teori simpanan,adalah penting menyimpan sedikit bahagian bagi kegunaan masa susah.Malah ada yang lebih banyak menyimpan dari menggunakannya.

   Pola belajar,bekerja,membeli kereta,membeli rumah,melancong menjadi satu budaya yang rutin.Semuanya dijadualkan secara teratur,hatta membelanjakan nilai duit lima sen dari poket.Dunia seolah-olah berputar mengikut perancangan kita.Kita adalah pemilik masa depan.

   Selepas berumahtangga segala ilmu pengurusan mahupun kewangan yang pernah saya pelajari,menjadi terlalu asing.Harta yang dibelanjakan kearah kebaikan merupakan  harta yang menjadi milik kita.Harta yang di simpan pula tiada nilai dari sudut ilmu kewangan atau di sisi agama.Segala duit yang diderma,disedekah akan berganda nilainya.Duit yang kita gunakan untuk diri sendiri,mungkin tiada manfaat langsung,malah mungkin memudaratkan.

   Membantu atau memberi hutang itu merupakan satu akhlak yang sangat di tuntut.Berjihad dengan harta juga boleh membantu kita  dari di bakar dari api neraka.Saya belajar ilmu ekonomi yang dicatat dari Al Quran dari suami yang sudi memberikan sedikit ilmu tentang kehidupan.
     
   Saya disaran merancang ,menambah derma,bersedekah dan berazam untuk membayar nilai zakat yang bertambah nilai kepada masyarakat.Saya diberi sepenuh galakan menambah pendapatan,membantu saudara sesama Muslim.Dari seorang peniaga berskala suka-suka,saya mulai serius dengan perniagaan yang lebih kearah membantu usahawan lain.Semuanya dengan kefahaman ilmu bahawa,segala usaha yang kita lakukan,kita perlu memandang keperluan dan kemashalatan masyarakat.Ekonomi,sosial adalah perkaitan yang jelas.Dakwah juga mencakupi semuanya.Islam itu cara hidup.

Wednesday, April 4, 2012

Janji Allah

HADIS PILIHAN

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.”

(HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)

HADIS 26


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah."

(Riwayat al-Bukhari no.2827 dan Muslim no. 1007 dan 1009)
"Orang yang pemurah itu dekat dari Allah, dekat dari manusia, dekat dari surga dan jauh dari neraka. Adapun orang yang kikir, maka jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari surga dan dekat kepada neraka (siksaan Allah). " (H.R. Tirmidzi clan Baihaqi"Orang yang pemurah itu dekat dari Allah, dekat dari manusia, dekat dari surga dan jauh dari neraka. Adapun orang yang kikir, maka jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari surga dan dekat kepada neraka (siksaan Allah). " (H.R. Tirmidzi clan Baihaqi)
 
 
 
 

Tuesday, April 3, 2012

Filsofuf

     Maryam dan Misha'al mempunyai sepupu yang hampir sebaya dengan mereka berdua.Berbeza dengan mereka,Damia dididik dengan sistem pendidikan yang teratur.Membaca,menulis ,mengira,menghafal doa dan pelbagai silibus yang menjadi pilihan ibubapa pada masakini.
     Saya pula,hampir-hampir tidak mendedahkan langsung kemahiran yang dianggap penting bagi ibubapa lain.Pada pandangan sesetengah orang ,ini merupakan satu kerugian kerana tidak melaksanakan proses pendidikan dari awal.Belajar ABC itu penting,menjadi hafiz  pada usia muda juga penting.Semuanya yang dikatakan sistem itu penting.
          Bagi saya,mendedahkan anak-anak bagi tujuan pengenalan boleh membantu perkembangan mereka.Namun tidak perlu memaksa.Sekiranya mereka  lambat membaca,akan ada deria lain akan menyerlah.Bagi saya,pendidikan adalah proses,bukan matlamat.Naluri kanak-kanak adalah bermain.Bermain ialah cara fitrah bagi mereka belajar.Walaupun Misha'al tidak diajar solat secara  rasmi,namun dia sudah boleh solat,malah sudah mengetahui banyak perkara walaupun tidak diajar secara "bersistem".Mereka dilatih tanpa paksaan memerhati keadaan sekeliling.Sebab itu,perkara yang paling berkesan dalam pendidikan ialah dengan memastikan persekitan yang betul dalam mendidik anak.
        Maryam juga "di ajar"sesuatu yang berbeza dari kanak-kanak lain.Dia tidak dipaksa ke sekolah.Minatnya ialah melukis,bertanya tanpa henti,dan seorang pemerhati yang cukup tajam.Disebabkan dia tidak di fokuskan dengan sistem pendidikan yang "keras" dia lebih terbuka dan mudah  bertoleransi dengan rakan sebaya.
        Saya berpendapat,pendidikan di Malaysia terlalu jauh kearah melahirkan insan kamil.Pendidikan yang ada hanya meletakkan sasaran demi sasaran.Proses menjadi serba kalut,kanak-kanak menjadi tertekan.Ibubapa pula secara membuta tuli mengambil bermacam konsep tanpa melihat kemandarian anak mereka secara individu.
      Pendidikan bukan untuk melahirkan doktor,pensyarah atau peguam,Pendidikan ialah bagi menghubungkan dunia  dan akhirat.Ibubapa yang meletak setinggi gunung harapan,belajarlah makna dan definisi keberkatan dalam  menuntut ilmu.Jangan jadikan anak anda robot baik dalam akhlak atau pemikiran.Beri mereka sedikit ruang.

Sunday, April 1, 2012

Jom melancong



        Kelantan.....apa yang anda perlu tahu

       1.Bukan semua makanan yang di hidangkan manis,pilihannya berbagai ,terpulang pada selera masing -masing.Ada nasi ulam,nasi kerabu,nasi tumpang,nasi dagang,nasi berlauk,nasi seratus.Makanan seperti tomyam,sup perut ,sup gear box,dan ratusan pilahan.Antara resoran popular sekitar Kota  bharu,Kedai Nasi Ulam Cikgu,Yati Ayam Percik,Restoran Syam,Restoran Mak Su Nab,Selera cik Siti,dan ribuan kedai.Masyarakat di sini amat menghargai seni makanan.Wujud juga Murtabak Raja,Jala Emas,Akok.Kuih kuih ini menjadi pilihan untuk di bawa balik sebagai ole-ole.
           
      2.Istilah duit  jarang kedengaran.Hanya pitih,Riyal,Samah dan beberapa istilah setempat.Berapa rial bersamaan berapa RM.Samah pula merujuk lima puluh sen.Tiga amah,1.50 sen.Gori,pula merujuk kepada pelanggan pertama yang membeli,atau antara pelanggan  yang awal datang untung membeli.Budaya tawar menawar menjadi adat setempt.Sila maniskan senyuman,pasti harga  di kurangkan.
    
     3.Menjamu nasi kepada tetamu adalah adat yang biasa bagi masyarakat setempat.Sila raikan tuan rumah,dengan menambah hidangan yang di sediakan.Laksa bagi setengah-setengah tempat,menggunakan tangan bagi mengantikan sudu.Sila bawa cenderamata sebelum berkunjung sebagai tetamu.

    4.Kereta mewah,rumah banglo,jutawan di Kelantan adalah fenomena biasa.Masyarakat di sini tidak di didik mengelaskan masyarakat mengikut status.Jarang protokol di patuhi,hatta mengundang Menteri Besar ke rumah.Semuanya di layan mengikut syariat yang di gariskan  di dalam Al Quran.

  5.Nikah kahwin.kenduri -kendara,kematian ,kelahiran,sakit demam ialah ziarah yang hampir menjadi wajib di negeri  ini.Pemberian wang tunai untuk acara-acara dia atas juga  lumrah.Gula,susu  dan biskut seringkali di jadikan buah tangan untuk acara kenduri dan perkahwinan.


bersambung