Catatan hari ini akan bertarikh 18 April .Saya sudah ditinggalkan hampir tiga purnama di tahun 2012.Masa telah di curi dan tidak akan berganti.Adinda Marhamah sudah melahirkan putera kesayangan di usia kandungan enam bulan.Semoga Wan Muhammad dapat terus berjuang untuk hidup.Rezeki itu ketentuan.
Dalam diam masa berlalu,hampir lima tahun saya berada di bumi indah ini.Udara yang saya sedut memberi banyak inspirasi.Negeri ini mengajar saya mengenal sikap sabar,menuntun sifat redha.Negeri ini lebih indah dari rupa-rupa yang dikhabarkan.
Walau tiada pencakar langit,walau tanpa kesibukan tanpa penghujung,disini lebih bernyawa.Sukar dibayangkan sekiranya saya melangkah pergi ketempat lain.Mungkin kesunyiaan akan melanda.Badai juga akan menghempas.
No comments:
Post a Comment