Hampir 10 tahun yang lepas,rumah kediaman kami di Ukay Perdana sering menjadi tumpuan bagi golongan dewasa menghadiri usrah dan pengajian Al-Quran.Kebanyakkan mereka berumur dalam lingkungan 40 tahun dan keatas.Berjawatan besar,dan berlatarbelakang dari Universiti luar negara.Kelas-kelas ini diadakan percuma dan mengikut jadual suami saya ,kerana pada masa itu suami terikat dengan AL-Jazeera dan urusan-urusan melibatkan perniagaandan sebagainya.
Dari pemerhatian secara rambang,ramai golongan dewasa di Kuala Lumpur mula mendekati agama setelah berusia 40 tahun.Berbeza dengan suami,dia dilatih dalam persekitaran agama sejak dari usia dua atau tiga tahun.Di kala usia meremang senja,golongan-golongan urban ini baru ingin mengenal dan memperbaiki Al Quran.Saya sering terfikir,jika berumur 40 tahun baru mempembetul bacaan,bagaimanana status solat yang telah dilakukan bertahun-tahun sebelum itu? Adakah kejahilan bleh menjadi faktor pemboleh ubah.
Setelah beberapa tahun,saya bersetuju untuk meneraju sebuah organisasi pendidikan dan tarbiyah.Dari hasil pemerhatian semasa berusia 20-an,saya percaya masyarakat perlu kembali kepada sistem pendidikan dari sumber autentik.Mengubah keadaan yang rosak adalah lebih sukar.Cara yang lebih baik,anak-anak perlu dihantar ke sekolah integrasi penuh pendidikan Islam.Konsep Sekolah Sri cukup praktikal.
Akan bersambung
No comments:
Post a Comment