Thursday, August 11, 2011

Masjid Kompleks Tarbiyyah An Nur

Assalamualaikum

Sepanjang Ramadan yang mulia ini,saya banyak menyiarkan jumlah kutipan derma di wall facebook.Ramai juga yang ingin mengetahui maklumat lanjut program yang saya anjurkan.Dibawah saya lampirkan beberapa maklumat untuk perkongsian bersama.

Nama Projek: Menyiapkan Masjid dua tingkat di Kompleks Tarbiyyah An Nur
Kos Anggaran projek: RM 3 Juta
Modal sedia Ada: RM 200 ribu

Latarbelakang projek:

Perancangan pembinaan Masjid merupakan pelan asal yang telah lama di rancang.Masjid yang bakal dibina ini akan digunakan sebagai pusat pengajian tahfiz,kegunaan solat dan pusat aktiviti murid SRI dan Pelajar tahfiz.Setelah dua bangunan bilik darjah yang menelan kos hampir 2,5 jutatelah siap ,pihak pengurusan Kompleks ini sedang bertungkus-lumus untuk mencari dana bagi merealisasikan pembinaan masjid ini.


Kompleks TArbiyyah An Nur merupakan pusat pengajian yang menempatkan Sekolah Rendah dan Maahad Tahfiz AL Quran.KAmi merupakan sekolah swasta yang tidak mendapat pembiayaan mana -mana pihak.Kompleks ini mempunyai lebih dari 300 orang murid dan pelajar,termasuk golongan asnaf yang mendapat tajaan sekolah.Ini termasuk anak yatim dan miskin yang diberi peluang mengikuti pengajian secara percuma.

Semua kos pembelian tanah,mendirikan bangunan kelas 5 tingkat dan asrama 4 tingkat,menggunakan wang yang dicari oleh pihak Lembaga Pengelola yang ingin melihat ilmu sebagai wadah penting dalam membentuk masyarakat.Pihak kami juga telah menyediakan hampir 50 peluang kerja kepada kakitangan Kompleks ini.

Sebagai Setiausaha projek saya bertanggungjawab dalam koordinasi projek dan mencari dana bersama ahli Lembaga yang lain.Bagi Muslimin ,Muslimat yang berminat ingin membantu,ahlan wasahlan....mana tahu amal yang sedikit ini dapat membantu anda di sana.

Maklumat akaun MTAQ AN Nur 03018010145485
Maklumat akaun pembangunan Sri An Nur 03018010047320


Kedua-duanya merupakan Akaun Bank Islam cawangan Kubang Kerian,Kelantan


Tuesday, August 2, 2011

Jamuan Amal

Assalamualaikum...
Alhamdulilah Ogos menjengah bersama keberkatan Ramadhan.Hampir seminggu berperang dengan persediaan Jamuan Amal,semuanya diberi kesudahan yang baik.Hampir 600 tetamu termasuk murid-murid,ibubapa dan masyarakat setempat.Tok guru juga turut sama memeriahkan majlis.Tidak lupa Dato Timbalan dan Dato Husam.Terima kasih Juga kepada Dato Nik Amar yang mengirim derma.

Penderma-derma juga tidak dilupakan.semoga segala kebaikan menambah keberkatan anda semua.