Sunday, January 31, 2010


PERKAHWINAN merupakan sebuah impian,harapan dan seribu satu macam cerita.Diari perkahwinan penuh dengan cerita warna-warni.Ada yang berkahwin disebabkan harta.Ada disebabkan paras rupa.Melihat di sekeling,masih ramai yang mengimpikan mimpi perkahwinan mereka sendiri.Alhamdulilah perkahwinan banyak merubah diri dan sikap diri yang serba kekurangan.Dalam tempoh sedekad,tidak ada masalah yang terpikul,tanpa berkongsi suka dan duka.Kurang atau lebih pasangan,itu adalah variasi.

Guess...pierrecardin dAN ISSSEY


Membeli-belah kadangkala terapi yang menyeronokkan.SAYA suka terapi ini.TAPI saya juga rimas dengan aktiviti ini.Hakikatnya saya amat jarang membeli barang untuk diri sendiri.SATU BEG UNTUk setahun,sepasang kasut untuk setahun dan sebotol minyak wangi sekiranya habis.Saya suka fesyen ,tetapi tidak sampai mendewakan.Saya lebih suka fokus dengan apa yang benar-benar saya suka.Makan ,pakaian bukan satu keutamaan.Malah saya sudah lama tidak memakai jam,kerana jika saya memakai seutas jam,saya akan lebih tertekan dengan manusia yang tidak menghormati waktu.

KOMUNIKASI HARIAN

Bidang kerja saya menuntut saya sentiasa berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat.Saya tidak bermasalah untuk mendekati lapisan masyarakat yang berbeza dan bermacam ragam.NAMUN dalam perkara melibatkan peribadi,saya lebih mengurangkan komunikasi lisan.Saya amat menghargai masa yang tenang,percakapan yang tidak melalut dan merapu.Dan kebanyakkan masanya ialah diam.Bukankah diam itu lebih baik?

Sunday, January 24, 2010

Dizaman remaja,saya tidak fokus kepada hubungan antara dua hati.Saya menghabiskan banyak masa dengan memerhati,menikmati kehidupan,menulis sajak,menambah kenalan dan banyak aktiviti yang sering bertukar ganti.Semuanya dilalui dengan tenang.Sekiranya ada yang mengetuk pintu menjalin sedikit hubungan mengatasi persahabatan,saya akan menolak bagai meniup air didaun kering.Saya suka bersahabat bagi berkongsi minat dan kegemaran,tidak berkongsi hati.

Saya mahu anak cerdik?


Walaupun saya terlatih dengan pengajaran awal kanak-kanak,saya tidak suka menerapkan ilmu yang saya ada kepada putera dan puteri tercinta.Bagi saya,biarlah kanak-kanak menikmati zaman mereka.Mereka tidak perlu didedahkan dengan bebanan bersifat akademik semata-mata.Skala cerdik yang diberi oleh masyarakat boleh menjadi hukuman kepada kanak-kanak.Biarlah putera dan puteri saya sayangi menikmati zaman kanak-kanak yang penuh warna -warni...

Saturday, January 23, 2010

Cina dan Pendidikan..satu cerita

Bangsa Cina sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka.sekiranya anda berada di kelas bersama seorang pelajar cina,kebiasaan mereka bukan pendengar yang pasif,mereka sentiasa bersama-sama fakta untuk memantapkan lagi proses pembelajaran yang mereka hadapi.Sekiranya anda memperolehi 85 markah,dan mendapat A,bagi seorang pelajar Melayu,itu sudah cukup baik,tapi untuk ppelajar Cina,itu belum cukup baik.seorang guru berbangsa Cina,akan memberi latihan yan banyak.Dalam kapasiti seorang pelajar Melayu,itu cukup banyak,namun anda akan terkejut,kerana pelajar Cina akan meminta lebih lagi.

anjung budaya

Bagaimana Budaya Cina membentuk perwatakan saya?Sekiranya anda berbahasa Kantonis dihadapan saya,saya boleh memahaminya,walaupun bukan semua.Begitu juga dengan Mandarin dan Hokkien,saya juga boleh memahaminya,walaupun bukan semua.Sebahagian keluarga saya berasimilasi dengan kaum cina.Hasil dari perkahwinan,budaya mereka tidak berapa asing lagi.Ditambah pula,sejak usia 7 tahun,saya dihantar ke sekolah yang masih ramai dengan murid-murid cina.Semasa itu,tidak ramai lagi yang menghantar anak-anak ke sekolah Cina.Saya hanya terpisah dengan kebudayaan Cina,setalah membawa diri ke KUala Lumpur.Disini,saya bertemu dengan majoriti Melayu.Kelantan mendominasi senarai ini.Saya dilanda kekeliruan yang teramat,mereka amat berbeza..Sekiranya anda seorang Melayu yang tidak pernah bergaul dengan kaum lain,anda akan mendapati saya seorang yang payah didekati.Tapi,dengan laluan masa,saya cuma memahami tuntutan budaya saya,dan cara orang lain.Kini saya berada di anjung budaya yang baru..Saya ingin belajar..

adik

Saya mempunyai seorang adik yang rajin.Hasil kerajinannya itu,dia pandai memasak,menjahit,menyulam,buat kek..dan semua kerja-kerja yang patut dibuat oleh seorang perempuan.Kami tidak rapat semasa kecil.Kami hidup dalam dunia masing-masing.Dia lebih berdikari,lebih ringan tulang.Kini,saya tidak pernah lupa ulangtahun ketiga-tiga adik saya.Mereka pun begitu,walaupun kami jauh ,jarak tidak memisahkan saya.Cuma,kini adik saya sudah lebih dari tiga,ipar-duai dan semuanya,mereka semua saya sayangi.

Nasi Berlauk

Sarapan pagi merupakan salah satu jadual pemakanan harian.Nasi Berlauk merupakan sarapan pagi yang amat popular di Pantai Timur.Sekiranya anda berasal dari pantai barat Malaysia,nasi yang akan anda jumpa ialah nasi lemak atau nasi goreng,selain daripada itu,budaya memakan nasi adalah sesuatu yang janggal,terutama di waktu pagi.
Dan yang lebih istimewa,pilihan lauk yang pelbagai sangat menggamit rasa.Itu belum lagi nasi kerabu,dagang dan sebagainya.Tiada ditempat lain,hanya disini.

Thursday, January 21, 2010

cinta

Melayu,Cina dan India

Dizaman remaja ,saya melalui pelbagai transformasi budaya.Bergaul dengan berbagai bangsa disekolah memberikan saya ilmu yang tidak ternilai harganya.Cina,India dan Melayu bersama-sama di kelas,kantin,perpustakaan dan sebagainya.Ia seolah-olah satu perpaduan yang amat mengagumkan.Tapi,saya sering tertanya-tanya sejauh mana perbezaan budaya mahupun agama akan mempengaruhi kami.Sedikit demi sedikit,persahabatan berlainan bangsa membuat hati saya diselubungi berbagai persoalan.Meniti usia 16 tahun,saya diberi kekuatan,untuk melarikan diri dari sahabat yang tidak sebangsa dan seagama,buat pertama kali saya ingin bersama-sama orang yang sama dengan saya.Saya ingin kenal budaya saya sendiri.

Nama Saya?

Saya pernah bertanya dari mana asal-usul nama saya..Abah saya kata..sempena sebuah majalah ...hmmmmm..

BAGAIMANA SAYA BOLEH BELAJAR MEMBACA

Saya tidak belajar membaca di sekolah,kerana saya sudah membaca seawal usia 4 tahun.Saya belajar membaca dari rumah.Sebenarnya tiada siapa saya yang mengajar proses pembacaan kepada saya.Saya boleh membaca kerana ingin mengetahui cerita-cerita didalam suratkhabar.Saya terlalu ingin tahu..akhirnya..saya memaksa diri untuk membaca

Apa yang saya baca semasa kecil

Meniti usia remaja,masa pembacaan saya banyak dihabiskan dengan membaca karya-karya sastera dari Arenawati,Shahnon Ahmad,Azizi Hj Abdullah dan ramai lagi pengarang-pengarang yang banyak membantu saya mengenal dunia tanpa sempadan.Saya juga banyak membaca karya-karya terjemahan dari Negara China mahupun Jepun.Natijah dari itu,saya amatmeminati budaya penulisan pelbagai.Sebelum dari itu,diusia seawal 8 tahun sya meminati karya tradisional Melayu seperti Malin Dewa,Malin DEman ,Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya.Disebabkan kegilaan dengan buku ,saya sanggup bertugas sebagai pustakawan,semata-mata ingin memastikan saya membaca hampir semua buku diperpustakakan.Kini saya merasakan kegilaan saya dengan buku membantu saya megolah fasa kehidupan saya telah mahupun yang akan saya lalui.

MAKANAN KEGEMARAN

Jika anda bertanya makanan kegemaran saya,saya tiada jawapan yang pasti.Bagi saya makanan semuanya sama.Cuma saya tidak makan semua makanan.Dikalangan orang yang cukup rapat,pilihan makanan saya sentiasa memeningkan mereka.Tips,dari saya,jika anda ingin membuatkan saya gembira,jangan jamu saya makan,sebab,saya selalu keliru dengan makanan.

perkara-perkara yang saya sangat suka di KELANTAN


1.SAYA SUKA MELIHAT SUNGAI KELANTAN HAMPIR SETIAP HARI...sebab saya bekerja 7 hari seminggu.
2.SAYA SUKA MELIHAT UKIRAN,RUMAH TRADISIONAL,YANG MASIH BANYAK
3.SAYA SUKA BERGAUL DENGAN MASYARAKAT DISINI.
4.SAYA BOLEH MENDALAMI PELBAGAI ASPEK BUDAYA
5.SAYA MASIH TIDAK PERLU MENGGOSOK BAJU SUAMI;)DIA IZINKAN SAYA KE DOBI..

Perkara-perkara yang membuatkan saya ingin berada di JOHOR..

1.SAYA SUKA MAKAN DURIAN
2.SAYA SUKA ASAM PEDAS
3.SAYA NAK BERCAKAP DALAM LOGHAT JOHOR
4.SAYA INGIN KERAP BERJUMPA SAUDARA-MARA YANG HAMPIR SEMUANYA BERADA DISANA
5.SAYA NAK MAKAN SAMBAL IKAN BILIS
6.SAYA NAK MAKAN RENDANG DAN KETUPAT PADA PAGI HARI RAYA
7.SAYA TAK TERIKAT DENGAN BANYAK ADAT DAN BUDAYA...

P.S sEBENARNYA saya sendiri tidak pasti,sebab-sebab diatas membuatkan saya ingin ke Johor,cuma yang syiok
Saya tak perlu penat-penat nak buat kerja rumah....

Pembaca Tegar atau pembaca kronik?

Sedari dari usia 3 tahun,bahan bacaan yang pelbagai jenis sudah menjadi pandangan biasa dirumahku.Hasil dari pengaruh pemerhatian,sifat fanatik kepada bahan bacaan semakin menjadi-jadi. 30 tahun kemudian,tabiat membaca lebih dari dua suratkhabar harian,sudah menjadi lumrah.Menghabiskan sebahagian besar gaji untuk buku,majalah dan buku sudah hampir menjadi rutin.Jika anda ingin membaca sebarang majalah ,rumah saya adalah destinasi yang betul.Leteran suami,ibubapa mahupun mertua,tidak menjadi kudis.Malah tabiat ini semakin menjadi-jadi.Hanya yang membantu ketiadaan kedai buku MPH mahupun kedai buku popular yang lain di Kota Baru ini.Jika tidak pasti lebih merumitkan.Jika dihitung,duit yang boleh dihabiskan membeli bahan bacaan pasti boleh membeli sebuah kereta MYVI.

Wednesday, January 20, 2010

ISTILAH HARI INI

1. SOKMO = SOKMO MERUJUK PEKARA YANG KERAP,SELALU DILAKUKAN
Ia juga merujuk perlakuan yang sering diulangi

#sekiranya kurang tepat,tolong maafkan

JAMUAN LAKSA


Majlis "JAMUAN lAKSA" merupakan satu kanotasi budaya yang tidak berapa dikenali bagi masyarakat diluar lingkungan Pantan Timur.Dalam terjemahan secara lateral jamuan laksa,lebih kurang menyamai acara "minum teh" bagi masyarakat luar yang khusus untuk mengutip dana.
Bagi masyarakat Kelantan,laksa menjadi salah satu pilihan makanan yang menjadi kegemaran hampir setiap warganya.Laksa antara makanan yang mengenyangkan.Cuma kuah laksa diKelantan tidak sama seperti laksa dari Utara,ataupun Laksa di JoHOr.Disini laksa Kelantan dirujuk sebagai laksa lemak.KUahnya berwarna agak putih.
Disamping itu apa yang lebih istimewa,kebanyakkan masyarakat disini tidak menggunakan sudu,tetapi menggunakan tangan untuk memakannya.Anda ingin mencuba?

Tuesday, January 19, 2010

cina peranakan kelantan

Jalan yang lain


Hidup untuk orang lain,mungkin bukan semestinya hidup untuk kita.

Tiada apa yang pasti,kecuali kematian

Perhubungan antara sesama manusia tidak sentiasa mengikut skala yang sama pada setiap pertemuan.Kita mengenali individu melalui sikap dan sifat umum,dan kadangkala kita juga mengenali diri kita dengan sikap yang sama.Kadangkala kita rasa kita tidak mengenali sesiapun hatta diri kita.Tidak pasti samada soalan mencari diri ini penting bagiku...hidup terlalu singkat untuk dipanjangkan dengan soalan yang pendek.Bukankah khalifah Allah itu ada tugasannya yang tersendiri.Sekiranya kita mampu hidup untuk memperbaiki diri,itu sudah dikatakan baik.Namun,rasanya..jika kita hidup untuk orang lain,bukankah itu yang terbaik?
Namun rausyanfikir adalah sesuatu yang baik.Tidak salah berfikir daripada tidak berfikir langsung...

Monday, January 18, 2010

KISAH

dENGAN JUMLAH WARGA YANG RAMAI,MEMBUAT diriku terasa sangat asing.Makanan,pertuturan,semuanya serba merimaskan.Siapa mereka ini? Dari mana mereka? Tahun demi tahun rasa ingin mengenali semakin kuat.Sikap yang egosentrik cuba ku pecahkan bagi mengenali rumpun budaya yang kuanggap "alien" and Alienated pada asalnya.

KISAH..

WAJAH kELANTAN KUKENALI SEMASA mula melangkah ke Lembah Pantai.Hasil asimilasi budaya Melayu dan Cina di Johor,membuatkan wajah pertama Kelantan ini,nampak begitu suram dan tidak menggiurkan untuk diteroka keindahan mahupun menjejaki tutur bicara yang agak janggal di hawa telinga.

rumah

Perkahwinan kadangkala membawa kepada pertembungan atau pemahaman kepada budaya yang mungkin asing,jauh atau terpinggir dari kita.Dalam mengenali dan mengadaptasi cara,pemikiran pasangan yang dibesarkan dalam kelompok berlainan,kita perlu sedikit keterbukaandan saling cuba memahami,mempelajari,malah yang paling utama,menghormati.Perkara semudah menu minum petang,mungkin membawa konflik yang berlarutan.
Sekiranya kita dibudayakan dengan cara hidup di bandar,kita sentiasa dihimpit masa,masa untuk memenuhi ruang diri sendiri.Bayangkan kita berkahwin,dengan insan yang seratus-peratus adalah sebaliknya.Adakah kita kekal dengan morfologi bandar yang distigmakan di pemikiran? Ataupun kita merubah 100% diri kita untuk menjadi seperti dia?Budaya yang mana? Cara yang mana?

MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT AN NUR..

Menubuhkan sebuah sekolah,secara lateralnya amat mudah,beberapa dokumentasi,perancangan,logistik dan beberapa aspek teknikal yang cukup lazim dan serupa dalam organisasi pengurusan.Hakikatnya,mengisi ruang-ruang yang kita cipta tidak semudah dua atau tiga garis penentu,gagal atau berjaya.Sekolah tidak serupa dengan sektor perniagaaan lain,satu justifikasi mudah,bolehkan ilmu diperdagangankan?Maahad tahfiz wal qiraat An Nur,wujud setelah hampir satu dekad kemunculan sekolah rendah.Sekolah rendah yang tidak disuntik modal baik kerajaan pusat atau kerajaan Negeri melalui laluan sukar untuk mencecah angka 13 tahun..budaya di Kelantan tidak seperti ditempat lain.Di sini masyarakatnya lebih tabah dalam melalui getir mahu ujian.Jadi Tahfiz ini adalah simbol budaya kekuatan masyarakat Kelantan mencari REDHA tuhan.JIKA kami disini boleh menongkah budaya yang menjadi kelaziman orang lain..anda bagaimana?

KELANTAN,DARI PERSEPSI...apa yang anda rasa?

Mendiami bumi penuh keberkatan ini memerlukan stamina lebih dari biasa,masyarakat yang penuh warna-warni,membentuk persekitaran segar dengan pelbagai persoalan.Mengenali Kelantan dalam kosa gambar dan cerita tidak seindah mengalaminya sendiri.Bahasa dan dialek satu seni yang cukup indah,Variasi makanan,adat budaya semuanya cerminan budaya yang digalur berlapis keturunan.Seandainya diberi masa dan luang..kelantan boleh bermula warkah pencarian budaya yang hampir hilang.

DARI PERSEPSI,

Latarbelakang budaya,banyak membentuk keperibadian,kecenderungan malah sifat dan sakhsiah diri kita,namun pernahkah kita terfikir,adakah kita perlu kaku dan kelu dengan satu-satu budaya,atau kita boleh melangkaui sempadan budaya.

KOMPLEKS TARBIYYAH AN NUR

Bermula dengan institut AN NUR.kemudian bertukar kepada SRI AN NUR,dan 2008 tertubuhnya KOMPLEKS TARBIYYAH AN NUR,yg merangkumi SRI dan MTAQ An Nur.