setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Monday, January 18, 2010
MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT AN NUR..
Menubuhkan sebuah sekolah,secara lateralnya amat mudah,beberapa dokumentasi,perancangan,logistik dan beberapa aspek teknikal yang cukup lazim dan serupa dalam organisasi pengurusan.Hakikatnya,mengisi ruang-ruang yang kita cipta tidak semudah dua atau tiga garis penentu,gagal atau berjaya.Sekolah tidak serupa dengan sektor perniagaaan lain,satu justifikasi mudah,bolehkan ilmu diperdagangankan?Maahad tahfiz wal qiraat An Nur,wujud setelah hampir satu dekad kemunculan sekolah rendah.Sekolah rendah yang tidak disuntik modal baik kerajaan pusat atau kerajaan Negeri melalui laluan sukar untuk mencecah angka 13 tahun..budaya di Kelantan tidak seperti ditempat lain.Di sini masyarakatnya lebih tabah dalam melalui getir mahu ujian.Jadi Tahfiz ini adalah simbol budaya kekuatan masyarakat Kelantan mencari REDHA tuhan.JIKA kami disini boleh menongkah budaya yang menjadi kelaziman orang lain..anda bagaimana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment