Thursday, January 21, 2010

Apa yang saya baca semasa kecil

Meniti usia remaja,masa pembacaan saya banyak dihabiskan dengan membaca karya-karya sastera dari Arenawati,Shahnon Ahmad,Azizi Hj Abdullah dan ramai lagi pengarang-pengarang yang banyak membantu saya mengenal dunia tanpa sempadan.Saya juga banyak membaca karya-karya terjemahan dari Negara China mahupun Jepun.Natijah dari itu,saya amatmeminati budaya penulisan pelbagai.Sebelum dari itu,diusia seawal 8 tahun sya meminati karya tradisional Melayu seperti Malin Dewa,Malin DEman ,Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya.Disebabkan kegilaan dengan buku ,saya sanggup bertugas sebagai pustakawan,semata-mata ingin memastikan saya membaca hampir semua buku diperpustakakan.Kini saya merasakan kegilaan saya dengan buku membantu saya megolah fasa kehidupan saya telah mahupun yang akan saya lalui.

No comments:

Post a Comment