setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Saturday, January 23, 2010
anjung budaya
Bagaimana Budaya Cina membentuk perwatakan saya?Sekiranya anda berbahasa Kantonis dihadapan saya,saya boleh memahaminya,walaupun bukan semua.Begitu juga dengan Mandarin dan Hokkien,saya juga boleh memahaminya,walaupun bukan semua.Sebahagian keluarga saya berasimilasi dengan kaum cina.Hasil dari perkahwinan,budaya mereka tidak berapa asing lagi.Ditambah pula,sejak usia 7 tahun,saya dihantar ke sekolah yang masih ramai dengan murid-murid cina.Semasa itu,tidak ramai lagi yang menghantar anak-anak ke sekolah Cina.Saya hanya terpisah dengan kebudayaan Cina,setalah membawa diri ke KUala Lumpur.Disini,saya bertemu dengan majoriti Melayu.Kelantan mendominasi senarai ini.Saya dilanda kekeliruan yang teramat,mereka amat berbeza..Sekiranya anda seorang Melayu yang tidak pernah bergaul dengan kaum lain,anda akan mendapati saya seorang yang payah didekati.Tapi,dengan laluan masa,saya cuma memahami tuntutan budaya saya,dan cara orang lain.Kini saya berada di anjung budaya yang baru..Saya ingin belajar..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment