Monday, January 18, 2010

rumah

Perkahwinan kadangkala membawa kepada pertembungan atau pemahaman kepada budaya yang mungkin asing,jauh atau terpinggir dari kita.Dalam mengenali dan mengadaptasi cara,pemikiran pasangan yang dibesarkan dalam kelompok berlainan,kita perlu sedikit keterbukaandan saling cuba memahami,mempelajari,malah yang paling utama,menghormati.Perkara semudah menu minum petang,mungkin membawa konflik yang berlarutan.
Sekiranya kita dibudayakan dengan cara hidup di bandar,kita sentiasa dihimpit masa,masa untuk memenuhi ruang diri sendiri.Bayangkan kita berkahwin,dengan insan yang seratus-peratus adalah sebaliknya.Adakah kita kekal dengan morfologi bandar yang distigmakan di pemikiran? Ataupun kita merubah 100% diri kita untuk menjadi seperti dia?Budaya yang mana? Cara yang mana?

No comments:

Post a Comment