Thursday, October 10, 2013

Makanan Kembara


  Saya bukan seorang peminat makanan,namun semasa dalam kembara,saya jarang membawa bekal.Lebih suka mencuba resepi di tempat baru.

Hidangan di bawah,merupakan hidangan kebiasaan yang mudah didapati sekitar Turki.Hidangan nasi Pilav ,kacang panggang dan aneka lauk.Ia murah,mengenyangkan.Menurut suami,hidangan ini juga biasa diambil ketika belajar di bumi Mesir.

Nasi Pilav

  Di samping ,nasi,saya juga sering menikmati Roti Simit di jalanan.Ia murah.Agak keras ,tetapi menepati selera yang sering lapar.Saya mengenali makanan ini ketika berada di Madinah.

Simit
Pide

  Pide sejenis makanan yang kerap dijumpai di restoran-restoran.Pide Dan LAhmacun bukanlah makanan pilihan saya.Sepertimana di Malysia,saya tidak berminat dengan makanan yang seakan-akan pizza ini.


Roti,Telur dan Cheese
    Ini sarapan yang di buat khas untuk sayaoleh rakan di Istanbul. Roti di buat segar dan di salut dengan keju yang banyak.


Green Steak
    Ini ialah makanan kegemaran saya di Istanbul.Daging berkeju bersama cendawan.Rasanya sangat lazat.Harganya mencecah 25-30 lira sepinggan.

Kebab Campuran
   Makanan rutin saya di Kuala Lumpur,Istanbul ,hatta di Singapura dan Jakarta.Agak jemu.

Kunefa


  Kuih manis ini memang menjadi pilihan.Selain Qatayef dan baklava,saya jarang melepaskan peluang menikmati manisan yang teramat manis ini.

Kahvalti
   Makanan standard sarapan pagi.Keju,buah zaiton,dadih,sayuran segar...memang melaparkan.

Wednesday, October 9, 2013

Mekah

     Gaji saya semasa memulakan tugas di An Nur adalah sebanyak RM 350 sebulan.Dengan gaya hidup yang agak tinggi,jumlah tersebut jauh dari cukup.Apabila saya menguruskan sekolah pula,saya memerlukan hampir RM 7000-RM 10,000 bagi mentadbir urus.Dalam diam saya mengeluarkan semua simpanan Haji,elaun dari ibubapa,wang pemberian suami untuk memastikan urusan berjalan lancar.Setiap hari,wang yang keluar semakin banyak,sehingga akhirnya semua simpanan saya menjadi kosong.Begitu juga suami.Semua duit yang kami ada,semua harta ,semua pendapatan  kami cairkan untuk kegunaan sekolah.
     Bagi menjimatkan perberlanjaan,saya membeli kereta yang lebih kecil.Minyak lebih jimat,perbelanjaan boleh di kurangkan.
     Hasil dari pengurusan kewangan yang berhati,hati,defisit perbelanjaan sekolah berjaya diatasi.Daripada keadaan berhutang,di penghujung 2009,sekolah mempunyai wang di bnk hampir RM 200,000.00.
     Menjelang Mac 2009,secara tiba-tiba suami saya ingin ke Mekah.Semasa itu urusan visa,perjalanan umrah bukan semudah pada hari ini.Dengan pertolongan syarikat Andalusia,suami saya berjaya mendapatkan visa ziarah,dan pergi seorang diri Ke Mekah.
     Saya dapat merasakan suami saya akan lebih kerap keluar selepas ini.Dia seorang pengembara,tidak mungkin jiwanya bertahan tanpa kembara.....
  Pembinaan Masjid juga bakal di mulakan,termasuk pembinaan bangunan tambahan sekolah.Walaupun wang ada,namun ia jauh  dari cukup.

Bagaimana saya terus bangun?...bagaimana kami bergerak selepas semua pendapatan habis...?

Tuesday, October 1, 2013

2008 dan Pengembaraan.

    Dana untuk mengurus An Nur semasa pengambilalihan adalah negatif.Tiada sebarang sumber kewangan yang wujud untuk perlaksanaan gerak kerja.Pada tahun yang sama juga saya di hantar ke JCORP Johor Bharu untuk memohon dana pembinaan masjid yang sudah lama di rancang.Saya tidak pasti perancangan ayah mertua.Cuma hajatnya cukup besar.Hajat untuk saya menemui sendiri ahli lembaga WAQF Johor dan memebentangkan harapan kami.
    Melalui bantuan rakan-rakan satu temujanji berjaya diatur bersama lembaga pengurusan di Johor Bharu.Saya memohon suami menemani.Menurut beliau ,saya membawa hajat yang besar,lebih baik saya terus ke Singapura untuk meneroka sesuatu yang baru.
     Dari Johor Bharu ,saya bertolak ke Singapura. Mencuba walaupun harapan pudar ,ia adalah satu usaha.Natijah adalah ketentuan.Galakan dari suami,harapan ayah mertua mebuatkan saya meninggalkan ketakutan.Melangkah walaupun tidak pernah pasti.
     Di Singapura,Allah memberi sesuatu yang jauh lebih baik.Kami berkenalan dengan Presiden persatuan Ulama atau Asatizah di Singapura.Kami berkenalan dengan ramai saudara-saudara seagama,yang menghadapi cabaran lebih getir.Apa yang saya lalui,hanya kecil.Kami juga berjumpa dengan pegawai-pegawai di Majlis Agama Islam Singapura..Semuanya tanpa perancangan,tapi persahabatan terjalin sehingga hari ini.
     Saya di dedahkan dengan suasana pembelajaran yang amat kondusif.Dari Singapura,saya mengambil "isi-isi penting" madrasah yang melahirkan pelajar agama yang cemerlang.
     Hubungan bersama Singapura berterusan dengan lawatan timbal-balas.Saya menerima ramai tetamu dari SIngapura sejak dari itu.Kami juga bersahabat baik dengan pemilik Smiley Travel yang menguruskan Haji dan umrah di Singapura,dan beberapa Ahli Lembaga Ma.sjid Al Kaff.Semua kenalan- kenalan ini banyak  mematangkan saya bagi menetapkan halatuju Kompleks Tarbiyyah An Nur.
      Ketika ini kedua-dua anak saya masih kecil.Mereka tidak mengerti jalan yang dilalui oleh kedua ibu bapa mereka amat sukar.Suami saya juga boleh melebarkan langkah ke negara-negara lain.
    Pada tahun ini...saya merasakan kerdilnya kehebatan seorang manusia...semuanya pinjaman.

Monday, September 30, 2013

2008 yang mendidik hati

   Hari-hari saya di Sri An Nur seringkali diwarnai dengai ugutan provokasi ,pemboikotan secara terang-terangkan .Ada kalanya cercaan secara kasar yang di sengajakan.Namun saya tidak pernah bercerita apa yang saya lalui di sekolah.Sumpah seranah dan cacian menjadi makanan membersihkan kesombongan jiwa.Mereka mempunyai misi besar.Misi untuk melihat saya berundur.
   Dengan izin Allah di sebalik'kisah-kisah perit' saya di berikan semangat untuk bertahan.Sekali sahaja saya menangis,hari yang lain saya melangkah dan terus bangun.
    Penghujung tahun 2007,sekumpulan profesional berjaya di Kelantan merancang untuk membina Maahad Tahfiz di Kompleks yang sama.Saya yang hadir secara kebetulan,hanya mendengar dari jauh.
    Menjelang Januari 2008,para pendukung idea untuk membuka sekolah,terus menyepikan diri.Semasa itu terpancar wajah terkilan ayahanda mertua.Sahabat-sahabat yang di harap membantu terus membatu.
    Pada Penghujung Januari 2008,di saat saya masih kelam -kabut menyelesaikan berbagai masalah sekolah rendah,saya di hadiahkan sekeping kertas. Arahan untuk membuka sekolah tahfiz pada Mac.Secara mudah saya mempunyai kurang dari 30 hari memulakan sesuatu yang di tolak oleh orang lain.
      Bagi menguruskan sekolah rendah saya menghadapi defisit perbelanjaan yang cukup besar.Membuka sebuah lagi sekolah,tanpa bantuan logistik dan kemahiran,makin menambahkan pening mencari wang.Mengadu dan mengeluh bukan sifat yang saya miliki.Saya tidak sampai hati untuk mengecewakan orang yang berharap...

Kepada Allah saya berserah

Tuesday, September 24, 2013

Kenangan.


Catatan Kenangan 2

       


 Kisah tentang Cinta dan Kenangan

       Saya tidak mengambil banyak masa untuk keliru dan mengelirukan diri.Saya memegang amanah yang amat besar.Misi menyelamatkan sebuah sekolah,misi menyelamatkan harta Waqf yang bukan bernilai seribu malah jutaan RM.
      Tentangan dari berbagai pihak.PIBG menentang perlantikan saya.Guru-guru juga sama.Mereka menghantar mesej jelas. Agresif dan menekan.

   Di Sri An Nur ,saya menghadam sifat politik yang sering ingin menguasai.Guru-guru di sokong oleh PIBG yang dikuasai oleh elit-elit ahli politik negeri Kelantan.Ada Setiausaha Dewan Ulama,setiuasaha Pemuda.Pendek kata yang saya hadapi musuh-musuh yang mempunyai nama dalam masyarakat.

     Menurut mereka,jarang pemimpin di  Sri An Nur akan bertahan. Mereka akan memastikan golongan yang menentang mereka akan kecundang.Bila ia menyentuh tentang parti,saya sangat terkilan.Pendidikan ialah satu bidang yang tidak boleh di letakkan di bawah politik.Ia perlu berdiri sebagai badan yang bebas.

     Pemboikotan,di malukan,khabar angin di sebarkan.Ibu bapa murid di heret sekali bagi memastikan saya gagal.Rupa-rupanya dalam 10 tahun PIBG dan  para guru bersengkokol memastikan setiap guru yang tidak sealiran dengan mereka akan terbuang.Mereka sedang menunggu untuk memastikan Pengerusi Jemaah Pengelola melepaskan jawatan.Sebelum saya hadir,perancangan ini nampak lancar.Mereka hampir berjaya.



Adakah saya sanggup meneruskan? Apa langkah seterusnya?


Catatan Kenangan !

  

Catatan untuk mengingatkan tentang cinta dan hati


      Pada satu petang sebelum saya kembali ke Kuala Lumpur,ayah mertua menyebut tentang kekosongan jawatan di Sri An Nur.Sebaik sahaja melabuhkan badan ke dalam kereta,saya memaklumkan suami mengenai ajakan mertua agar saya pulang bekerja di Kota Bharu,

       Beberapa bulan selepas itu,saya di hantar pulang bersama Misha'al dan kandungan yang masih dibulan ke 5.Suami kekal di Al Jazeera.Pertama kali kami berjauhan.Suami sangat akur kepada permintaan ibubapa,dan saya tidak akan mungkir permintaan suami.

      Menghadapi suasana baru ketika anak masih kecil,suami yang jauh,kandungan yang semakin membonyot sedikit sebanyak"mengusik" emosi.Duduk bersama mertua bukan sesuatu yang mudah.Ia memerlukan sifat redha yang cukup tinggi.

     Sri An Nur bukanlah seperti yang saya bayangkan.Ia mempunyai 1001 macam masalah yang tidak terjangkau.Keadaaan sekolah ini semasa 2007 boleh  dikata seperti dilanggar Garuda.Guru-guru yang berpuak-puak,pergaduhan dan pergeseran hampir setiap hari,kelas-kelas terbiar kosong,Guru Besar yang tidak diendahkan,pendek kata encik suami telah memasukkan saya ke sebuah tempat yang sangat menakutkan.

       Saya bercuti bersalin pada bulan MAC 2007.Apabila kembali pada Jun 2007 saya mendengar desas-desus mendaftarkan An Nur akan di letakkan di bawah YIK dek kerana masalah kewangan yang kritikal.An Nur juga mendapat campurtangan dari PIBG sekolah yang sering menekan pihak pentadbiran.Khabar angin juga umpama makanan jiwa yang sering berlagu.

      Secara tiba-tiba,satu mesyuarat tergempar diadakan di antara Lembaga Pengelola dan guru-guru.Saya dilantik sebagai PK 1 dan Setiausaha Jemaah Pengelola dalam masa yang sama.Dua jawatan yang maha berat,yang saya cukup kabur tanggungjawab dan peranannya.


      Bagaimana saya perlu mentadbir? Siapa yang boleh membantu?.......memikirkan sahaja boleh menyebabkan saya pening...