Monday, November 29, 2010

Kekayaan bukan hak mutlak manusia..

Ramai manusia mengimpikan untuk menjadi kaya.Bagi sesetengah manusia,menjadi kaya adalah impian teratas berbanding dengan impian-impian lain.Lantas ,kita terus dan terus bekerja,dengan harapan,duit yang kita ada itu akan bertambah.Kita terus menghimpun segala emas,bon,amanah saham,dengan harapan,jika tidak hari ini,mungkin esok atau tahun depan kekayaan akan datang bergolek.Setelah tahun demi tahun,yang tinggal hanya masa yang makin berkurangan.Setelah beberapa ketika,kenyataan sebenarnya,sebahagian besar hidup kita hanya untuk bekerja.Jika bersedekah hanya mencukupkan budaya,seringgit dua mungkin juga lebih sedikit.Sesungguhnya kekayaan itu rezeki dari Allah.Yang paling penting kekayaan yang sebenarnya satu alat untuk menambah kekayaan di akhirat.Kekayaan dunia yang kita himpun,hanya menjadi milik org lain setelah kita mati.Dimana hendak diletak wang yang bertebaran,sekiranya di hujung kehidupan,hanya kubur yang menanti...Jadilah kaya dengan niat yang betul...

Sunday, November 28, 2010

RIYADHUS SOLIHIN

Beriman Kepada Allah

"Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya diketahui oleh org lain,nescaya Allah akan membuat org lain mengetahuinya(dan hanya itulah balasannya).Sesiapa yang berbuat kebaikan dengan niat supaya dilihat oleh org lain,nescaya Allah akan membuat org lain melihatnya (dan hanya itulah balasannya)


(Riwayat al-Bukhari no 6134 dan Muslim no 2986)

Thursday, November 25, 2010

Sehari bersama en Suami

Agak lama saya tidak menemani suami sementelahan ,kami sibuk dengan urusan sendiri,seharian bersamanya cukup membuat saya terfikir,adakah semua kesibukan ini bisa menjauhkan saya dengan cinta....
.....tanpa bersarapan,hampir pukul 11 kami menuju ke Perodua,bagi urusan insurans dsb..
.........ke Bank untuk menunaikan cek-cek pembayaran gaji..
.........membayar gaji di..baung ,pengkalan chepa
......ke Airport memdapatkan tafsir Al quran...
....pembuat pembayaran ...
ke Expo Cheng Ho
...bergegas ke Skynet
.....membayar gaji di Pasir Pekan
.......membayar gaji di Kok pasir
..akhirnya kami pulang tanpa menjamah sebutir nasi...
...di rumah di sambung dengan urusan yang tak pernah habis...
..malamnya...keluar untuk temujanji..
..mujur musim cuti sekolah..kalau tidak,..urusan akan berganda...


..dan esok awal pagi kami akan ke airport...kemudian ada sedikit jamuan di Rumah..
..tulat dan seterusnya mungkin suami out-station lagi...

...mungkin dekat...mungkin ke Mekah...





sebenarnya...rutin ini bukan baru...dari dulu...sehingga kini
..bermacam -macam urusan...
kadangkala..perniagaan
kadangkala...pengurusan
kadangkala ..masyarakat
sesungguhnya hidup di dunia..bukan hanya untuk diri sendiri...mati ialah istirehat seorang mukmin.

Wednesday, November 24, 2010

Apa ertinya duit dan kemewahan...

..Duit dan kemewahan hanya alat untuk meneruskan kehidupan.Bukan tanda aras sebuah bahagia,,,cuma mungkin kita boleh menggunakan duit untuk membahagiakan orang lain..duit bukan rezeki yang mutlak...Pengertian rezeki lebih luas,Dalam kehidupan ,kita akan sentiasa belajar..dalam sedar atau tidak.sekiranya kita enggan menerima ketentuan dengan Redha..Allah akan menentukan dengan cara Nya,,,terimalah apa yang ada...berdoalah untuk yg tiada,,

Imsomnia

---Beberapa tahun yang lepas,saya adalah pesakit imsomnia.Saya mempunyai masalah tidur yang agak kronik.Ia bermula apabila,saya kehilangan nenek yang amat saya sayangi.Namun penyakit ini beransur sembuh setelah saya pulang ke Kelantan.Walaupun saya jarang dapat melenakan diri untuk jangka yang panjang,sekurang-kurangnya saya boleh merehatkan diri dengan tidur yang lebih sempurna.Cuma bila saya tidur dengan sempurna...malam saya berlalu tanpa rutin yang saya jalani semasa saya bersama nenek satu masa dahulu.Nikmat yang Allah bagi..di gantikan dengan Nikmat yang Lain...

Didalam minda ini....

Apa yang saya fikirkan sehari dua ini...

Kerja?....tidak...
bisnes??...juga tidak...
Bercuti..??? tidak....
Keluarga..?? tidak juga...

..saya hanya terfikir..jika ini hentian terakhir..sudah bersediakah diri ini untuk alam disana?
.....saya betul-betul terpana...
.....lantas saya kerap membisu seribu bahasa....

Monday, November 22, 2010

petikan dari hajj..dr ali shariaati

http://persia1.files.wordpress.com/2009/03/hajj-dr-ali-shariati.pdf

falsafah haji yang mungkin berguna untuk anda dan saya...

Thursday, November 18, 2010

-syria-dimash sebahagian dari syam yang ditoreh -nation-

-eyup- abu ayyup al anssari

-Kawasan ini menempatkan maqam Salah seorang sahabat nabi Muhammad s.a.w yang menunggu kehadiran Muhammad al -fatih untuk menawan Constantinople-



Masyarakat disini tulus hatinya...tidak tergambar betapa perit mereka kehilangan jasad agama,setelah direntap oleh kamal attarturk..

eyup sultan

--TOPkAPi

Istana ini dibina oleh Muhammad Al-Fatih-


-apabila kaki saya melangkah terus kedalam lorong-lorong yang dipanggil mahligai..saya hanya berjumpa -Keesaan Allah dari seorang hamba-

Maqam sultan uthmaniyah-al fatihah




----hati saya sebak tidak terkata apabila memijak bumi Turki,terkenang betapa besar jiwa seorang hamba..untuk Jihad sebuah Agama-----

..7.77

Apa yang saya suka setakat ini :-
1.minyak wangi issey miyaki...
2.kasut pieere cardin
3.beg..hadiah suami
4.kofte dari Turki
5.mph bookstores
6.berniaga
7.album sehr -istanbul
8.buku cek
9.semua yang hampir dengan diri ini...alhamdulilah....
p.s ..saya suka tengok narnia

Friday, November 12, 2010

maryam

Perniagaan dan makan gaji

Ada antara kita terpaksa memilihnya,saya pula memiliki kedua-dua.Saya seorang pekerja yang menerima gaji bulanan.Namun saya juga seorang bos yang mempunyai pendapatan melebihi gaji saya.Bekerja adalah minat .Pengurusan,sumber manusia adalah satu kegilaan diri saya.Perniagaan ,pelaburan adalah pula satu ketagihan.Perniagaan memberikan saya kreativiti yang sentiasa mencabar minda.Stok,Modal trend perniagaan semuanya amat mencabar.Sebagai pekerja di peringkat pengurusan pula,saya berpeluang mengendalikan berbagai kerenah hidup dan kehidupan.Kenapa masih bekerja?Sebab saya bukan bekerja untuk hidup,saya bekerja bagi berkongsi kehidupan.
Dalam perniagaaan ,saya mempunyai jaringan yang separa luas.Saya mengenali beberapa tokoh peniagawati.Mereka tidak belajar hingga ke menara..tapi berjaya melebihi orang lain.Saya kagum.Saya suka sekali mendekati mereka,dan belajar dan terus belajar bagi mengukuhkan jaringan saya pula.
Sekiranya anda menyimpan di bank,anda hanya akan memperolehi sejumlah laba yang kecil.Tetapi dengan berniga,sekecil RM 10 itu bisa bertukar kepada Rm 25.Itu baru di niagakan satu barangan...bayangkan...kalau 30...3000.. berapa pendapatan anda?

ke..sini.....sayangg..plzzzz






saya tertinggal satu dari pelbagai rasa yang pernah saya rasai di sini....

saya memerlukan terapi....ingin terbang

dot

Kadangkala membisu itu mampu memberi jawapan,dari berkata-kata menyiat perasaan.

Wednesday, November 3, 2010

ManuSia dan Fikrah

...Bila kita bertudung labuh,kita merasakan amalan kita lebih banyak dari mereka yang bertudung sederhana
...bila kita berkopiah,kita merasakan kita lebih alim dari mereka yang tidak memakainya....
...bila kita berserban ,kita lah imam segala imam...


Betulkah apa yang kita rasa...atau itu hanya tanda takkabbur....riyak dan ujub
betulkah apa yang kita fikirkan ..atau hanya petanda semua amalan terpadam dengan sendiri....