Ada antara kita terpaksa memilihnya,saya pula memiliki kedua-dua.Saya seorang pekerja yang menerima gaji bulanan.Namun saya juga seorang bos yang mempunyai pendapatan melebihi gaji saya.Bekerja adalah minat .Pengurusan,sumber manusia adalah satu kegilaan diri saya.Perniagaan ,pelaburan adalah pula satu ketagihan.Perniagaan memberikan saya kreativiti yang sentiasa mencabar minda.Stok,Modal trend perniagaan semuanya amat mencabar.Sebagai pekerja di peringkat pengurusan pula,saya berpeluang mengendalikan berbagai kerenah hidup dan kehidupan.Kenapa masih bekerja?Sebab saya bukan bekerja untuk hidup,saya bekerja bagi berkongsi kehidupan.
Dalam perniagaaan ,saya mempunyai jaringan yang separa luas.Saya mengenali beberapa tokoh peniagawati.Mereka tidak belajar hingga ke menara..tapi berjaya melebihi orang lain.Saya kagum.Saya suka sekali mendekati mereka,dan belajar dan terus belajar bagi mengukuhkan jaringan saya pula.
Sekiranya anda menyimpan di bank,anda hanya akan memperolehi sejumlah laba yang kecil.Tetapi dengan berniga,sekecil RM 10 itu bisa bertukar kepada Rm 25.Itu baru di niagakan satu barangan...bayangkan...kalau 30...3000.. berapa pendapatan anda?
No comments:
Post a Comment