setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Monday, November 29, 2010
Kekayaan bukan hak mutlak manusia..
Ramai manusia mengimpikan untuk menjadi kaya.Bagi sesetengah manusia,menjadi kaya adalah impian teratas berbanding dengan impian-impian lain.Lantas ,kita terus dan terus bekerja,dengan harapan,duit yang kita ada itu akan bertambah.Kita terus menghimpun segala emas,bon,amanah saham,dengan harapan,jika tidak hari ini,mungkin esok atau tahun depan kekayaan akan datang bergolek.Setelah tahun demi tahun,yang tinggal hanya masa yang makin berkurangan.Setelah beberapa ketika,kenyataan sebenarnya,sebahagian besar hidup kita hanya untuk bekerja.Jika bersedekah hanya mencukupkan budaya,seringgit dua mungkin juga lebih sedikit.Sesungguhnya kekayaan itu rezeki dari Allah.Yang paling penting kekayaan yang sebenarnya satu alat untuk menambah kekayaan di akhirat.Kekayaan dunia yang kita himpun,hanya menjadi milik org lain setelah kita mati.Dimana hendak diletak wang yang bertebaran,sekiranya di hujung kehidupan,hanya kubur yang menanti...Jadilah kaya dengan niat yang betul...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment