Monday, February 22, 2010

caeserean

Pengalaman mendapat cahaya mata yang lewat,banyak mengajar saya erti tawakal.Sebaik sahaja disahkan mengandung,saya berhenti kerja kerana saya mengalami beberapa komplikasi.Sepanjang kehamilan juga,saya banyak terperap dirumah.Mencecah usia kandungan 7 bulan saya disahkan mengalami severe anemia.Anak juga dalam keadaan sonsang.Hanya ada suami dan kucing menemani saya.disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan ,saya melalui caesarean.Memilih untuk sedar semasa pembedahan,saya hanya bertawakal.satu permintaan,saya memohon suami berada disisi.

Wednesday, February 17, 2010

Siapa saya 10 tahun yang lepas....

1.Saya hanya hidup untuk diri sendiri,dikelilingi sahabat,rakan dan cinta,tapi tidak pernah belajar menghargai.
2.Cita-cita adalah segalanya.
3.Cinta itu tidak ada sebarang nombor.

Kini...semua ketentuan Allah adalah satu ujian.Belajar untuk menerima kekurangan diri sendiri dan orang lain.Mengasihi suami sepenuh hati.Memahami dan menghargai insan-insan yang ada disekeliling kita.

Sunday, February 7, 2010

video

RUANG-RUANG KOSONG

Pekerjaan yang kita lakukan sehari-harian tidak mampu untuk menghilangkan ruang-ruang kosong dihati kita sendiri.Setiap manusia ada ruang mereka yang tidak dapat dimasukki oleh orang lain.Setiap insan ada rahsia yang hanya terpendam jauh dilubuk hati.Menguruskan manusia yang mempunyai ruang mereka sendiri,merupakan perkara yang kompleks.Manusia kadangkala sering menerjah ruang orang lain tanpa disedari,atau menyedari dengan paksa.Bagaimana meletakkan batas :"peribadi"an bagaimana pula ingin menjemput orang lain.
Walhal kadangkala bila kita keseorANGAN KITA MEMERLUKAN sedikit tenaga dari orang lain.Sebenarnya tiada manusia yang boleh hidup hanya dengan diri mereka sendiri.hidup ialah menerima dan memberi..jika tidak mana mungkin wujud dosa atau pahala..semuanya ada harga yang mesti dibayar

Saturday, February 6, 2010

Ruang masa

Masa persekolahan merupakan zaman yang penuh suka,duka pahit manis .Bersekolah pada dua sesi merupakan rutin yang biasa di Johor.BERADA di sekolah dari 7 pagi sehingga 7 petang juga bukan perkara yang pelik,terutama yang memilih sekolah agama di samping sekolah aliran perdana.Selepas tamat sesi wajib,disambung pula dengan kelas pengajian Al-quran.kelas ini biasanya dari 7.30- 8.30.Kemudian kelas agama.Jumaat dan Sabtu pula kegiatan koko atau kelas tambahan.Pendek kata,jadual yang sentiasa penuh.Bila diingatkan kembali,terasa letih dengan jadual yang begitu padat.Tidak lagi dikira jumlah subjek yang diikuti seharian.
Apabila meniti zaman remaja,jadual ini diulangi sehinggalah tamat SPM.Namun,setelah 30 tahun,tarbiyyah kerja berterusan.Jadual yang sentiasa padat ,banyak membantu bidang kerjaya yang saya pikul amanahnya.Saya sudah terbiasa dengan masa yang menghambat diri.Kerja yang tak pernah habis.Dan Sentiasa bersedia untuk sebarang cabaran.
kini saya memanjatkan rasa syukur,ilmu-ilmu yang saya gali semasa kecil menjadi rimbunan pohon untuk saya meneduhkan diri dan juga membantu orang lain dari sinar panas .Semoga Allah memberkati usaha saya.Amin-

MUASASSAH DARUL ULUM

Antara negeri yang saya minati ialah negeri Kedah.Pada penghujung dekad 90-an,saya banyak menghabiskan masa mendekati budaya masyarakat setempat.Muasassah Darul Ulum merupakan tempat yang sangat saya sukai.Melihat masyarakat yang serba kekurangan tidak menghilangkan jatidiri yang tinggi dikalangan masyarakat yang tinggi budi bahasa ini.Pada masa itu,di Alor Star sudah kelihatan bius-bius sosial yang melekakan.ditempat lain yang sedikit pendalaman,ramai lagi si marhaen yang merayu sedikit rezeki untuk meneruskan kehidupan.Masa sebulan yang dihabiskan sangat berharga ,Kedah mengajar saya erti kesusahan dan keperitan.

Wednesday, February 3, 2010

Sulung

BAGAIMANA RASANYA MENJADI ANAK SULuNG ? Sebenarnya,saya tidak tahu apa perbezaan anak sulung atau anak yang lain-lain.Sekiranya sulung dikaitkan dengan kepimpinan,saya bukan kategori itu.Saya tidak peduli dengan persekitaran semasa kecil.Saya tidak pernah tahu cara menggunakan mesin basuh,ketuhar atau apa-apa alatan yang membabitkan sifat empati anak sulung.Saya hanya belajar memasak nasi selepas berkahwin.Dan sehngga sekarang saya masih keliru antara ikan kembung atau ikan selar.Dan jangan suruh saya menggosok baju..saya cukup tidak minat dengan aktiviti ini.Mungkin saya lebih sesuai jadi anak bongsu.Adakah saya lebih bertanggungjawab sekarang? ...cuba tanya teman hidup saya

Tempat yang ingin saya pergi...

Sejak dahulu sehingga sekarang,saya tidak ada banyak keinginan.Tidak bercita-cita tinggi...dan hampir tidak ada apa-apa yang saya perlukan.Saya tidak berminat dengan emas atau permata.Saya tidak suka dengan pangkat atau kedudukan ,saya tidak minat membeli di pasar raya...saya memang tidak memerlukan material untuk membuatkan saya gembira..dalam hidup saya hanya ingin sedikit tenang,boleh meneroka jiwa pelukis-pelukis dan menulis bait-bait jiwa diatas kanvas.cuma saya ingin ke satu tempat...

Syukur


Memerhatikan nasib orang lain kadang-kadang mampu menundukkan keegoaan dan kesombongan manusia.Sekiranya kita sering merintih dengan setiap permasalahan,lihatlah sekeliling,kemudian tanya pada diri sendiri,nikmat yang mana hendak kita nafikan lagi.