setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Thursday, January 21, 2010
Pembaca Tegar atau pembaca kronik?
Sedari dari usia 3 tahun,bahan bacaan yang pelbagai jenis sudah menjadi pandangan biasa dirumahku.Hasil dari pengaruh pemerhatian,sifat fanatik kepada bahan bacaan semakin menjadi-jadi. 30 tahun kemudian,tabiat membaca lebih dari dua suratkhabar harian,sudah menjadi lumrah.Menghabiskan sebahagian besar gaji untuk buku,majalah dan buku sudah hampir menjadi rutin.Jika anda ingin membaca sebarang majalah ,rumah saya adalah destinasi yang betul.Leteran suami,ibubapa mahupun mertua,tidak menjadi kudis.Malah tabiat ini semakin menjadi-jadi.Hanya yang membantu ketiadaan kedai buku MPH mahupun kedai buku popular yang lain di Kota Baru ini.Jika tidak pasti lebih merumitkan.Jika dihitung,duit yang boleh dihabiskan membeli bahan bacaan pasti boleh membeli sebuah kereta MYVI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment