Perhubungan antara sesama manusia tidak sentiasa mengikut skala yang sama pada setiap pertemuan.Kita mengenali individu melalui sikap dan sifat umum,dan kadangkala kita juga mengenali diri kita dengan sikap yang sama.Kadangkala kita rasa kita tidak mengenali sesiapun hatta diri kita.Tidak pasti samada soalan mencari diri ini penting bagiku...hidup terlalu singkat untuk dipanjangkan dengan soalan yang pendek.Bukankah khalifah Allah itu ada tugasannya yang tersendiri.Sekiranya kita mampu hidup untuk memperbaiki diri,itu sudah dikatakan baik.Namun,rasanya..jika kita hidup untuk orang lain,bukankah itu yang terbaik?
Namun rausyanfikir adalah sesuatu yang baik.Tidak salah berfikir daripada tidak berfikir langsung...
No comments:
Post a Comment