Tajuk Buku:: Tundukkkan Hati,Rahsia Keikhlasan Hidup di dunia Fana
Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz
Buku ini sering saya ulang disaat kelapangan.Antara mutiara kata di dalam buku ini,
Memasang niat baik ketika mencari harta:
#Dengan tujuan supaya tidak meminta-minta dari orang lain
#Dengan tujuan menyara keluarga
#Dengan tujuan membantu mereka yang memerlukan
" Sekiranya bagi anak Adam itu memiliki satu wadi emas,pasti dia akan mahu satu wadi emas lagi,sedangkan semua tidak memenuhi mulutnya melainkan tanah."
SAHIH MUSLIM:1738
"Apabila manusia-manusia mati,terputus segala amalanya melainkan tiga perkara 1.sedekah jariah 2.ilmu yang bermanfaat,3anak soleh yang mendoakanya"
Sunan at-Tirmidzi
Mafhum hadis di atas kita akan menyedari hakikat harta yang kita miliki adalah:
1. Apa yang dimakan akan habis
2.Apa yang dipakai akan lusuh
3.Apa yang disedekahkan sahaja yang akan tersimpan untuk bekalan akhirat
Rasulullah SAW menggalakkan umatnya supaya bersedekah berbanding menyimpan harta yang kita ada untuk kegunaan sendiri.Jika kita merasa sayang untuk bersedekah,ini bermakna kita lebih menyayangi harta orang lain berbanding harta milik sendiri.Harta sendiri yang dimaksudkan dalam hadis ialah harta yang kita sedekahkan kepada fakir miskin,anak yatim,serta orang-orang yang berjuang ke jalan Allah SWT.Dan sedekah itu seumpama"tabungan"kita untuk keperluan akhirat.semakin banyak sedekah kita keluarkan,semakin banyak harta yang kita tabungkan.
No comments:
Post a Comment