Tuesday, April 3, 2012

Filsofuf

     Maryam dan Misha'al mempunyai sepupu yang hampir sebaya dengan mereka berdua.Berbeza dengan mereka,Damia dididik dengan sistem pendidikan yang teratur.Membaca,menulis ,mengira,menghafal doa dan pelbagai silibus yang menjadi pilihan ibubapa pada masakini.
     Saya pula,hampir-hampir tidak mendedahkan langsung kemahiran yang dianggap penting bagi ibubapa lain.Pada pandangan sesetengah orang ,ini merupakan satu kerugian kerana tidak melaksanakan proses pendidikan dari awal.Belajar ABC itu penting,menjadi hafiz  pada usia muda juga penting.Semuanya yang dikatakan sistem itu penting.
          Bagi saya,mendedahkan anak-anak bagi tujuan pengenalan boleh membantu perkembangan mereka.Namun tidak perlu memaksa.Sekiranya mereka  lambat membaca,akan ada deria lain akan menyerlah.Bagi saya,pendidikan adalah proses,bukan matlamat.Naluri kanak-kanak adalah bermain.Bermain ialah cara fitrah bagi mereka belajar.Walaupun Misha'al tidak diajar solat secara  rasmi,namun dia sudah boleh solat,malah sudah mengetahui banyak perkara walaupun tidak diajar secara "bersistem".Mereka dilatih tanpa paksaan memerhati keadaan sekeliling.Sebab itu,perkara yang paling berkesan dalam pendidikan ialah dengan memastikan persekitan yang betul dalam mendidik anak.
        Maryam juga "di ajar"sesuatu yang berbeza dari kanak-kanak lain.Dia tidak dipaksa ke sekolah.Minatnya ialah melukis,bertanya tanpa henti,dan seorang pemerhati yang cukup tajam.Disebabkan dia tidak di fokuskan dengan sistem pendidikan yang "keras" dia lebih terbuka dan mudah  bertoleransi dengan rakan sebaya.
        Saya berpendapat,pendidikan di Malaysia terlalu jauh kearah melahirkan insan kamil.Pendidikan yang ada hanya meletakkan sasaran demi sasaran.Proses menjadi serba kalut,kanak-kanak menjadi tertekan.Ibubapa pula secara membuta tuli mengambil bermacam konsep tanpa melihat kemandarian anak mereka secara individu.
      Pendidikan bukan untuk melahirkan doktor,pensyarah atau peguam,Pendidikan ialah bagi menghubungkan dunia  dan akhirat.Ibubapa yang meletak setinggi gunung harapan,belajarlah makna dan definisi keberkatan dalam  menuntut ilmu.Jangan jadikan anak anda robot baik dalam akhlak atau pemikiran.Beri mereka sedikit ruang.

No comments:

Post a Comment