Ramai dikalangan rakan sebaya mempunyai pelbagai akaun bagi tujuan simpanan atau perbelanjaan.Ada tabung A,Tabung b ,Tabung C dan bermacam tabung bagi kegunaan biasa atau kecemasan.Mengikut teori simpanan,adalah penting menyimpan sedikit bahagian bagi kegunaan masa susah.Malah ada yang lebih banyak menyimpan dari menggunakannya.
Pola belajar,bekerja,membeli kereta,membeli rumah,melancong menjadi satu budaya yang rutin.Semuanya dijadualkan secara teratur,hatta membelanjakan nilai duit lima sen dari poket.Dunia seolah-olah berputar mengikut perancangan kita.Kita adalah pemilik masa depan.
Selepas berumahtangga segala ilmu pengurusan mahupun kewangan yang pernah saya pelajari,menjadi terlalu asing.Harta yang dibelanjakan kearah kebaikan merupakan harta yang menjadi milik kita.Harta yang di simpan pula tiada nilai dari sudut ilmu kewangan atau di sisi agama.Segala duit yang diderma,disedekah akan berganda nilainya.Duit yang kita gunakan untuk diri sendiri,mungkin tiada manfaat langsung,malah mungkin memudaratkan.
Membantu atau memberi hutang itu merupakan satu akhlak yang sangat di tuntut.Berjihad dengan harta juga boleh membantu kita dari di bakar dari api neraka.Saya belajar ilmu ekonomi yang dicatat dari Al Quran dari suami yang sudi memberikan sedikit ilmu tentang kehidupan.
Saya disaran merancang ,menambah derma,bersedekah dan berazam untuk membayar nilai zakat yang bertambah nilai kepada masyarakat.Saya diberi sepenuh galakan menambah pendapatan,membantu saudara sesama Muslim.Dari seorang peniaga berskala suka-suka,saya mulai serius dengan perniagaan yang lebih kearah membantu usahawan lain.Semuanya dengan kefahaman ilmu bahawa,segala usaha yang kita lakukan,kita perlu memandang keperluan dan kemashalatan masyarakat.Ekonomi,sosial adalah perkaitan yang jelas.Dakwah juga mencakupi semuanya.Islam itu cara hidup.
No comments:
Post a Comment