setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Tuesday, September 24, 2013
Catatan Kenangan !
Catatan untuk mengingatkan tentang cinta dan hati
Pada satu petang sebelum saya kembali ke Kuala Lumpur,ayah mertua menyebut tentang kekosongan jawatan di Sri An Nur.Sebaik sahaja melabuhkan badan ke dalam kereta,saya memaklumkan suami mengenai ajakan mertua agar saya pulang bekerja di Kota Bharu,
Beberapa bulan selepas itu,saya di hantar pulang bersama Misha'al dan kandungan yang masih dibulan ke 5.Suami kekal di Al Jazeera.Pertama kali kami berjauhan.Suami sangat akur kepada permintaan ibubapa,dan saya tidak akan mungkir permintaan suami.
Menghadapi suasana baru ketika anak masih kecil,suami yang jauh,kandungan yang semakin membonyot sedikit sebanyak"mengusik" emosi.Duduk bersama mertua bukan sesuatu yang mudah.Ia memerlukan sifat redha yang cukup tinggi.
Sri An Nur bukanlah seperti yang saya bayangkan.Ia mempunyai 1001 macam masalah yang tidak terjangkau.Keadaaan sekolah ini semasa 2007 boleh dikata seperti dilanggar Garuda.Guru-guru yang berpuak-puak,pergaduhan dan pergeseran hampir setiap hari,kelas-kelas terbiar kosong,Guru Besar yang tidak diendahkan,pendek kata encik suami telah memasukkan saya ke sebuah tempat yang sangat menakutkan.
Saya bercuti bersalin pada bulan MAC 2007.Apabila kembali pada Jun 2007 saya mendengar desas-desus mendaftarkan An Nur akan di letakkan di bawah YIK dek kerana masalah kewangan yang kritikal.An Nur juga mendapat campurtangan dari PIBG sekolah yang sering menekan pihak pentadbiran.Khabar angin juga umpama makanan jiwa yang sering berlagu.
Secara tiba-tiba,satu mesyuarat tergempar diadakan di antara Lembaga Pengelola dan guru-guru.Saya dilantik sebagai PK 1 dan Setiausaha Jemaah Pengelola dalam masa yang sama.Dua jawatan yang maha berat,yang saya cukup kabur tanggungjawab dan peranannya.
Bagaimana saya perlu mentadbir? Siapa yang boleh membantu?.......memikirkan sahaja boleh menyebabkan saya pening...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment