Saturday, February 12, 2011

Al Jazeera...

---Suami saya merupakan penterjemah di siaran Al-Jazeera AStro pada beberapa tahun yang lepas.Semasa saya diberi kertas kerja bagi menubuhkan MTAq An Nur,saya memohon kepada en Suami untuk menetap sepenuh masa di Kota Bahru.Ini disebabkan faktor kekurangan tenaga dan kudrat untuk menguruskan dua buah sekolah dalam satu masa.Walaupun en suami bersetuju untuk menguruskan MTAq,beliau masih saban minggu terbang ke Kuala Lumpur menguruskan kerja-kerja berkaitan mahupun urusan peribadi.Ini tidak termasuk 3-4 bulan dalam setahun berada di luar negara bagi urusan rasmi dan tak rasmi.Pada pemahaman mudah,walaupun menetap di Kelantan,untuk berjumpanya dengannya bukannya mudah.

Setelah beberapa ketika rutin "kehilangan"suami menjadi sesuatu yang biasa.Tetapi beberapa hari yang lepas,wakil dari pihak Astro menghubungi semula en suami bagi menawarkan kontrak kerja.Walaupun corak kerja agak fleksi,ini membawa beberapa kesimpulan.Pertama,dia akan menjadi lebih sibuk.Kedua,Kuala Lumpur menjadi "base"setelah hampir 3 tahun cuba menetap di Kota Bahru.
Saya sendiri selain dari pengurusan sekolah,dan juga perniagaan,saya juga akan kembali melibatkan diri dalam pertubuhan NGo yang saya lupakan hampir 10 tahun.Saya juga ingin membantu pelajar -pelajar Malaysia yang memerlukan dana bagi melanjutkan pengajian mereka.
Tiada apa yang saa doakan,semoga saya boleh menghulur sedikit bantuan kepada yang memerlukan..Ameen.

No comments:

Post a Comment