Wednesday, April 17, 2013

Kenali Kelantan.

      Kelantan adalah negeri yang cukup indah lagi cantik.Budayanya pula  halus nan berseni.Tuturkata sedikit asing,namun merakam sejarah yang cukup panjang.
      Islam dan Kelantan umpama benang yang menjadi kain.Sudah bersatu dalam perlakuan,dalam metafora seni bina,makanan,cara hidup mahupun dalam amalan seharian.
      Mendalami susur galur negeri ini,akan menghambat letih yang berkait-kait.Disini terakam  titih-titih silam yang masih belum mempunyai jawapan.Ia umpama teka-teki yang cukup sukar disatukan,tanpa memhamai Kelantan sebagai satu bentuk kebudayaan kuno.


Jata Negeri Kelantan.

     Jata Negeri Kelantan,merungkai sedikit misteri si Kijang.Kijang haiwan kesayangan Cik Siti Wan Kembang.Raja perempuan yang menjadi Sultan. Jata itu juga menyembunyikan misteri sejarah penemuan Al Julus Kelantan.Wang syiling di tapak Kota Kubang Labu,dan beberapa tempat lain di Negeri ini.Wang syiling ini,merekodkan Kelantan menerima Islam jauh lebih lama dari Melaka.Wujud perdagangan antarabangsa disini,wujud penciptaan matawang. Al  Julus mencatat tarikh 577 H/1181 M.Ia  bukan sebarang syiling,ia adalah dinar emas.Lambang kemewahan dan peradaban.Jata diatas meminjam cogan kata Al Julus"Berserah kapada Tuhan Kerajaan Kelantan " atau al-Mutawakkil 'Ala Allah.

     Di negeri ini juga wujud Masjid Tertua,iaitu Masjid Kampung Laut.Pembinaan Masjid ini,mencatat satu lagi kaitan antara Islam di Kepuauan Melayu dan Kelantan.Masjid ini  juga merakam hubungan kerajaan Kelantan dan Champa.Ia juga mencatat persamaan dengan berpuluh-puluh Masjid yang dibina di seluruh pelusuk Kepulauan Melayu.Ada titih-titih secara tidak langsung yang belum terungkai.

Masjid Kampung Laut
Masjid Kuno Champa
      Berabad-abad yang silam,Islam di Kelantan di dukung oleh pemerintah atau Para Sultan.Pada satu ketika ,Sultan mengeluarkan arahan mendenda kepada rakyat yang tidak  berpakaian yang menutup aurat.Melalui pengaruh  Sultan dalam pentadbiran,Islam menjadi darah daging dan sistem yang teratur.

      Pondok-pondok menyebarkan agama juga banyak wujud di negeri Serendah Sekebun Bunga.Agama di sebarkan sehingga Kelantan bergelar negeri Serambi Mekah.Individu yang mencadangkan  sekolah agama di institusikan seperti sekolah-sekolah SMKA  berasal dari jalur-jalur Tok Guru Kelantan.

         Jika ingin disenaraikan tokoh-tokoh revolusi Agama,Kelantan akan mencatat senarai cukup panjang.Disaat Melayu -Islam  dinegeri lain masih jauh dari pembangunan rohani dan fizikal,masyarakat di Kelantan banyak membudayakan agama dan pembangunan fizikal.Kelantan dulu dan kini,masih di cemburui musuh dan dihormati lawan.

No comments:

Post a Comment