Adat dan agama mempunyai perkaitan yang amat akrab.Kehidupan beragama,tanpa sedar sering juga menjadi adat.Agama mempunyai pengertian yang lebih luas.Dalam realiti sebenar,masyarakat memandang tinggi" kerajinan anak muda bersolat,berjemaah ,mengikut sunnah.Ia satu permulaan yang cukup baik.
Di sebalik kerajinan membaca Al Quran,Bersembahyang berjemaah,anak muda itu mempunyai satu persepsi mengenai agama.Ia satu ritual.Bermasyarakat hanya dengan kehadiran ke surau atau masjid.Masyarakat itu berakhir di tangga-tangga surau .
Produk anak muda sebegini amat menyukai status-status "mekar agama".Memperlihat individu yang sempurna.Rakan-rakan yang"sesat" dijauhi.Berkawan hanya dengan calon ahli syurga.Berpuasa,membaca dan terus membaca Al Quran,tanpa menjulang isi kandunganya.Insan-insan yang tidak setara,dianggap rendah iman,menghukum umpama malaikat pencatat dosa dan pahala.
Jika mereka seorang pekerja,majikan adalah segalanya.Mata pencarian ia nikmat hidup yang paling dipelihara.Jika dahulu mendokong aspirasi pembangkang,menikus kerana memelihara "awaliyyat" kehidupan.Munafiq atau fasik?Alasan hanya untuk diri sendiri.
Apa yang penting,kehidupan mesti dilihat "sempurna".Lupakan akibat ujub atau riak,yang penting,ini adalah agama.
Sandiwara sebegini merupakan skrip dunia yang bermula sejak tamadun manusia.Skrip menjaga kepentingan diri. Kehidupan tanpa risiko.
Namun natijah yang pahit,generasi sebegini merupakan generasi pengecut.Mereka akan menjadi topeng di sebalik kehidupan yang sebenar.Jiwa sendiri tidak mampu dipupuk,apatah lagi ingin mengubati jiwa orang lain.Wahn,penyakit mencintai dunia akan bercambah.
Ini adalah cerita mengenai anak muda yang sakit.Namun di luar kesedaran,mereka hanya melihat penyakit orang lain.
No comments:
Post a Comment