Saturday, February 18, 2012

Prospek

                Membeli makanan online terutama kek dan biskut merupakan salah satu hobi yang sering saya buat.Kek dan kuih-muih ini adalah dari buatan Bumiputera Islam yang baru dalam dunia              
perniagaan.Niat saya,hanya membantu sesama Muslim meluaskan pasaran yang terhad dan kecil,seterusnya membantu mengembangkan perniagaan Muslim.
              Realitinya,saya jarang sekali memakan makanan tersebut.Sebahagian besar saya hanya sedekahkan.Dan yang dibawa pulang,boleh di kira ,hanya beberapa kali.Saya tidak suka dengan makanan yang manis.Selepas balik ke Kelantan saya nekad meninggalkan Kafe-kafe seperti STarbuck,San FRancisco dan sebagainya.Oleh itu saya nekad membantu usahawan Muslim.
            Namun saya dapati,usahawan-usahawan yang baru bertapak ini seringkali lupa dengan beberapa syarat sebagai peniaga.Ramai yang terlepas pandang dengan aspek kualiti.Ada yang tidak sensitif dengan harga.Sebagai contoh,saya biasa dengan kek-kek dari cafe  atau hotel.Jadi saya tidak berapa kisah dengan berapa harganya.Ini disebabkan target pelanggan yang berbeza.Tetapi jika berniaga di sub urban bandar,tanpa kedai,tanpa pekerja  dan meletakkan harga seperti di cafe-cafe,ia sesuatu perhitungan yang silap.
      Banyak lagi perkara-perkara kecil yang sering menjadi persoalan.Kadangkala,saya ingin membantu,tetapi mungkin perlu membantu dengan tidak membantu.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete