Kedua-dua cahaya mata saya membesar dengan sihat dan kuat.:)) Alhamdulilah,mereka jarang-jarang sakit.Walaupun masih berusia 5 dan 6 tahun,keletah mereka cukup memeningkan.Saban hari,ada sahaja kerenah yang menggeletek hati.Mungkin dek pengaruh Tv,mungkin dek kerana banyak berjalan,mereka berdua agak terbuka.Istanbul,Pulau Pinang,Kuala Lumpur sering di bibir.Ghairah sekali jika dibawa berjalan-jalan.
Kami suami isteri bercadang untuk membawa mereka bercuti ke tempat yang agak jauh.Cuma mereka tidak pernah menaiki Kapal terbang melebihi satu jam perjalanan.Dua tahun lepas,saya pernah membawa mereka menaiki keretapi,hampir 8 jam bermain tanpa tidur.Risau juga memikirkan jika mereka berlari tanpa henti selama berjam-jam di dalam penerbangan.
Walaupun mereka masih kanak-kanak,banyak "silibus"kemanusiaan ingin saya kongsi.Semoga mereka menjadi anak penyejuk mata ayah bonda.Semoga satu hari nanti mereka boleh hidup untuk orang lain melebihi dari nyawa mereka sendiri.Ameen.
No comments:
Post a Comment