Orang Melayu dan khurafat menjadi sesuatu yang sangat intim.jika tidak,masakkan lambakan cerita hantu sering sahaja"meletup" di sempadan.Bercakap mengenai hantu dan perkara tahyul,saya sering menyaksikan berbagai wajah masyarakat dalam menangani isu-isu melibatkan hantu,jin dan perkara-perkara yang seumpama.
Disebabkan penyakit ini berkait rapat dengan aqidah,suami saya secara tidak langsung banyak terlibat dengan dunia pengubatan sejak dari awal 2001 atau mungkin beberapa ketika sebelum itu.Saban hari,kediaman kami di Ampang sering menerima tetamu,tidak kira waktu atau masa.
Kebanyakkan tetamu yang hadir,sering terkeliru dengan berbagai falsafah pengubatan yang sebenar.Penyakit yang paling rutin,penyakit berburuk sangka.sentiasa mengaitkan penyakit dengan sihir.Sering melihat orang lain sebagai punca masalah.Dan yang paling kronik,penyakit melupakan Allah.
Walaupun begitu,semua kerenah tetamu yang datang kami layan sewajarnya.Ramai diantara mereka berakhir menjadi anak murid,belajar memperbaiki diri.Belajar mengenal agama dan mengubah cara hidup.Ramai juga diantara mereka,hanya menyangka penyakit sekadar penyakit.Bukan satu tanda kebesaran Allah.
Saya banyak belajar dengan tetamu-tetamu yang hadir ini.Dengan melihat mereka,saya percaya,hidayah Allah itu dalam bermacam bentuk.Saya di beri mengenal pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.Tapi yang lebih penting saya banyak mengenal kekuasaan Allah.
Suami saya sebagai orang yang merawat,tidak pernah mengambil sebarang bayaran untuk mengubati orang lain.Dia menggangap tugas ini adalah amanah ilmu.Amanah mengembalikan masyarakat bahawa segala yang terjadi itu,hanya dengan izin Allah..
Kebanyakkan yang datang untuk mendapatkan penawar sering terperanjat kerana mereka tidak dikenakan sebarang bayaran.TIada permintaan yang pelik-tiada sebarang ramalan atau kenapa dan mengapa.Yang ada,Allah itu penyembuh,mohon sahaja padaNYa.
Setelah kami kembali ke Kelantan,ramai yang mencari.Kami hanya boleh membantu seadanya.Kami diberi amanah yang lebih besar,membetulkan Aqidah umat dengan menyebarkan kalam Allah.
No comments:
Post a Comment