Friday, February 3, 2012

JCORP

      Tahun 2008 membawa saya dan suami ke Johor Bharu,bermesyuarat  dengan pengurusWaqf Johor Corporation dan beberapa wakil Johor Corporation.Saya menggalas hajat yang amat berat,memohon  dan mencuba nasib bagi "melobi" dana waqf untuk menyiapkan masjid Tarbiyyah An Nur.Walaupun saya tahu tugas ini sukar,saya nekad untuk mencuba.Hasilnya,saya mendapat satu kekuatan yang luarbiasa.Walau tidak mendapat semua,saya masih mendapat tajaan JCORP dan beberapa yang hanya saya  yang boleh merasainya.

       Selepas tamat mesyuarat di  Jcorp saya dan suami bergegas ke Singapura.Kami membawa misi yang mustahil.Saya tidak tahu apa sebenarnya yang menanti kami di kota Singa,tapi saya cukup yakin dengan setiap keputusan suami,Kami pasti menyokong diantara satu sama lain.Sebaik sampai di Rochor,kami keliru.Singapura bukanlah tempat yang kami sering kunjungi.Kami datang hanya kerana kami yakin Allah bersama dengan orang yang yakin dengan takdirnya.Natijahnya pada tahun itu,Singapura membuka banyak jalan yang tidak dilihat di mata kasar orang lain.

            Saya menukar hampir 40 % cara kerja di Kompleks Tarbiyyah An Nur setelah mengkaji silibus dan perjalanan madrasah-madrasah di Kota Singa.Saya juga lebih proaktif dalam menjana kewangan bagi mengerakkan Kompleks.Bagi suami,Singapura mencetus perubahan yang lebih besar.Dari Singapura ,beliau bergerak ke Syria, Turki dan banyak negara lain yang didalam peta perancangan.

           Kami mempunyai hubungan langsung dengan persatuan guru-guru agama Singapura atau Pergas.Kani juga berjaya mendapatkan kerjasama Majlis Agama Islam bagi beberapa kerjasama strategik.Lawatan balas hampir setiap tahun diadakan antara Kelantan -Singapura.Kemuncaknya,suami saya menjadi tetamu rasmi semasa Persidangan antarabangsa The Sacred PAth Of Love yang menghubungkan Islam di segenap ceruk rantau.

             Namun,kami masih memilih hidup dalam keadaan biasa.Hidup dengan penuh pengembaraan.Pangkat dan darjat bukan satu impian.Manusia yang bekerja kerana ingin dipandang...mungkin hanya hidup dalam mimpi yang bukan realiti.

No comments:

Post a Comment