Apakah perasaan anda bila kehilangan sesuatu? Saya baru sahaja mengulangi episod kehilangan barangan peribadi seperti beg,dokumen ,kad bank,kredit kad dan bermacam harta pusaka yang amat sentimental nilainya.Sebenarnya,saya tidak berapa kisah atau memikirkan sangat dengan beg yang di ragut.Semua yang terjadi sudah menjadi takdir.Tiada apa yang perlu di gusar,di fikir atau di tangis.Duit yang hilang boleh di cari.Ic yang hilang boleh di buat baru.Kredit kad dan yang lain-lain hanya sekadar kad.Jauh dari kehilangan yang "kecil" kejadian ini banyak membuatlan saya tersedar, bagaimana kalau yang diragut itu nyawa saya sendiri? Bagaimana kalau yang datang meragut itu malaikat maut? Boleh kah saya meminta sedikit masa untuk bertaubat.Bolehkah saya menangguh masa itu?
Dalam kehidupan,kita sering alpa.Kita sering lupa,bukan dunia hentian terakhir.Dunia hanya tempat menyemai benih.Banyak liku-liku yang lebih tajam daripada kesakitan kehilangan harta benda.Mungkin peragut yang memgambil barangan saya insan yang terdesak.Mungkin dia teramat memerlukan duit.Duit bukan perkara penting dalam kehidupan saya.Duit boleh datang dan pergi bila-bila masa.
Alhamdulilah Allah masih meminjamkan nyawa ini kepada saya.Walaupun saya amat menyayangi dompet yang dihadiahkan suami,saya juga bersyukur telefon dan jam kesayangan saya yang suami hadiahkan masih ada di sisi.
Bila terjadi sesuatu musibah,redha dan terima.Inshallah semuanya akan jadi lebih baik.
Nikmat Allah yang mana ingin kita Dustakan...
No comments:
Post a Comment