Wednesday, June 15, 2011

Catatan tentang Mishaal

....Misha'al merupakan anakanda sulung yang amat saya sayangi. Kelahirannya merupakan satu anugerah yang amat saya syukuri.Setelah beberapa ketika melahirkan Misha'al saya menerima anugerah kedua.Kiranya,Misha'al kehilangan perhatian seawal usianya 5 bulan.Mengandung kali kedua memberikan saya bermacam risiko.4 Kali pindahan darah,jantung yang tidak stabil dan bermacam ujian yang sebenarnya terlalu "kecil" berbanding nikmat Tuhan.

Sewaktu kandungan memcecah 7 bulan,suami saya nekad menghantar saya dan Misha'al pulang ke Kelantan.PUlang dengan memikul tanggungjawab yang maha berat.Mengambil alih sebuah sekolah yang dananya bernilai negatif.

Suami di KUala Lumpur,saya dengan kandungan yang tidak mengizinkan untuk bergerak lasak,memasuki satu dunia baru,bersama Misha'al yang masih kecil.Saya byk terleka dengan adik yang bakal lahir.Saya terleka dengan urusan kerja yang maha banyak ketika itu.Mencari dana,mengurus sekolah,menyesuaikan diri,masalah pentadbiran,kewangan,suami yg jauh...semuanya menghilang Misha'al yang saya kasihi.

Beberapa selepas kelahiran kedua, saya membuka langkah seterusnya.Menubuhkan pula sekolah kedua.Bermula dengan kosong,hampir seluruh jiwa raga saya di curah untuk memikul amanah.Saya bekerja siang dan malam.


Setelah 4 tahun,saya terasa kehilangan Misha'al.Saya terlepas banyak keindahan bersama seorang bayi yang membesar.Saya kehilangan jejak -jejak senyum seorang budak kecil.Kesibukkan saya membuatkan Misha'al lebih matang dari usia.Kesibukkan saya menjadikan Misha'al suka mencari perhatian.

Pada 201i,pertama kalinya,saya enggan ke mana-mana.Saya tidak ke Singapura,tidak juga, ke Jakarta, Tidak Ke China...atau saban bulan ke KUala Lumpur.Saya ingin menebus masa yang hilang.Walaupun ayahanda masih sibuk,saya rela korbankan semata-mata untuk anakanda yang saya kasihi...

Saya cuba tidak bekerja pada malam hari,saya cuba tidak bekerja pada hujung minggu,walaupun mustahil.Saya cuba kurangkan kerja-kerja luar,saya cuba kurangkan urusan Bisness dan mengembangkan Kompleks.Saya cuba tangguhkan perancangan -perancangan yang penuh di buku.. SEmuanya sanggup saya korbankan,hanya untuk melihat MIsha'al tersenyum.

1 comment: