Thursday, October 6, 2011

HAji

Haji merupakan satu ibadat yang wajib kepada setiap individu Muslim.Ibadat yang agung ini sering dirangkai bersama istilah mampu.Mampu boleh mempunyai definasi luas mengikut tafsiran.
Dalam adat Melayu Islam di Malaysia mampu sering dikatkan,apabila sudah memiliki rumah,kereta,anak-anak yang sudah besar dan segala urusan kerja selesai.Kadangkala saya sering tersenyum melihat"ketidakmampuan"mengikut takrifan Melayu di Malaysia.
Sebenarnya kemampuan yang paling utama ialah kemampuan untuk mengali ilmu mengenai haji.Kemampuan untuk memahami makna pengorbanan.Kemampuan tenaga untuk melakukan rukun dan wajib haji.
Signifasi haji ialah pengorbanan.Pengorbanan mendahulukan ibadat dari keperluan.Rumah ialah keperluan.Tapi membeli rumah sehingga melewatkan wajib haji bukan satu kewajipan.Kereta ialah keperluan,tetapi ,jika kereta disabitkan alasan lewat menunaikan haji juga adalah satu kerugian.
Menggali ilmu pelaburan,kos lepas boleh membantu kita menimbangtara waktu yang paling sesuai untuk haji.Jika kita boleh mengumpul"downpayment" untuk rumah atau kereta,kita juga boleh menyimpan untuk haji.Dalam konteks ekonomi,semakin lewat kita berhaji,semakin tinggi kos yang akan kita tanggung.Dari sudut inflasi,nilai duit yang di simpan didalam bank,akan menyusut disebabkan inflasi dan faktor lain.
Dari sudut fisiologi manusia,usia yang meningkat menambah risiko kesihatan yang semakin menyusut.Tawaf,saie,wukuf merupakan perjalanan haji yang memenatkan.Usia yang uzur akan memperlahan momentum haji individu.Usiaa berkait rapat dengan tenaga dan kesihatan.Tanpa kesihatan yang baik dan tenaga yang mencukupi,perjalanan haji amat memeritkan.Jika kita melengahkan haji kerana anak yang kecil,fikirkanlah,sekira hadir malaikat maut,boleh atau tidak anak itu menjadi alasan?Sekiranya boleh,maka tangguhlah haji untuk anak kalian.
Oleh itu,tanamlah niat untuk berhaji secepat yang mungkin.Belajar untuk melaksanakan haji seawal mungkin.Haji yang wajib hanya sekali.Sesungguhnya niat yang baik,telah mengalirkan pahala,walaupun masih tidak terlaksana.

No comments:

Post a Comment