Setiap hari saya berhadapan dengan banyak sikap takut,baik dari diri saya sendiri atau orang lain.Paling kerap saya dengari ialah rasa takut untuk mencuba.
Sikap dan sifat takut adalah lumrah.Mengatasi rasa takut juga bukan sesuatu yang mustahil.Kita takut untuk mati,tetapi kita pasti mati.Disini kesan ketakutan ada yang bersifat positif dan ada yang negatif.Sesetengah perkara,setakut mana kita untuk menghadapinya,kita pasti akan melaluinya,contohnya ,mati.
Dikalangan pekerja,ketakutan yang paling banyak ialah,ketakutan mengubah tabiat diri.Takut menjadi insan yang lebih baik dari semalam.Takut dikatakan rajin.Takut dikatakan memandai-mandai.Takut serba-serbi.Yang paling menakutkan,takut memberikan peluang untuk diri sendiri.Sekiranya miskin,miskin dulu,kini dan selamanya.Sekiranya jahil,ingin dalam kejahilan selama-lamanya.
Sebagai ketua,saya sedaya-upaya memupuk sifat berani dikalangan rakan sekerja.Saya juga amat menyokong sekiranya mereka ingin mencuba sesuatu yang baru.Saya menggalakkan mereka berkunjung di tempat yang baru.Saya menyokong sekiranya mereka ingin mencari pendapatan tambahan.Saya cuba memberi luang dan peluang.Malangnya ramai yang masih takut untuk mencuba jauh sekali ingin membuat sesuatu yang lebih bermakna.
Bagi meneutralkan ketakutan,kita mungkin tidak takut duit berkurang dengan sedekah,kerana sedekah menambah akaun pahala,dan tidak susut nilai kerana itu janji Allah
Kita juga tidak takut untuk mendoakan org lain,kerana itu tanda kasih sayang sesama insan.
Kita tidak takut membantu orang memerlukan,kerana satu masa kita memerlukan orang lain,untuk memandi,mengkafan,menyembahyang dan menguburkan kita.
Kita tidak takut untuk berusaha untuk mengubah nasib diri ,keluarga dan agama,kerana Allah tidak mengubah nasib sesebuah kaum,sehingga kita sendiri mengubahnya.
Larilah dari ketakutan.Dunia terlalu indah untuk diteroka.Hidup yang hanya memikirkan masalah diri hanya kehidupan sia-sia.
No comments:
Post a Comment