Friday, December 9, 2011

Kalender

Selepas seminggu kembali dari Mekah , saya dan suami ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah seminar.Kembali kami ke Kelantan,suami menerima tetamu dari Majlis Agama Melaka.Pertemuan yang singkat tetapi membuahkan banyak hasil.Sepatutnya kami terbang ke Jakarta pada hujung minggu lepas,namun,kerana saya yang tidak berapa bersungguh,kami menukar laluan ke Pulau Pinang.Tidak tergamak untuk meninggalkan anak yang masih kecil.Ramai sahabat -sahabat kami temui di Penang.Berkesempatan ke Kedah ,memanjangkan silaturahim.
Tiga hari yang berkejar-kejaran.Kami terpaksa pulang ke Kelantan,kerana bapa saudara ingin suami menguruskan"calling visa"ke Riyadh untuk mereka.Dua hari di Kota Bharu,terbang pula ke Kuala Lumpur dan seterusnya Singapura untuk menghadiri satu lagi seminar.Saya pula telah mempunyai jadual temujanji yang padat sehingga hujung Disember.

Pada pertengahan Disember pula,suami akan terbang jauh sekali lagi . Visa ziarah ke Mekah juga sudah diperolehi.Maksudnya,banyak cerita pengembaraan sepanjang 2012 yang bakal menjelma.

Semoga di beri kesihatan yang baik untuk meneruskan sisa kehidupan.Sesungguhnya maut itu sentiasa menjengah kita.

No comments:

Post a Comment