Kajian mengenal manusia banyak di ceduk dari bentuk perlakuan manusia itu sendiri.Satu masa dahulu,seorang guru didalam kelas pernah bertanya kepada kami.Siapa itu manusia?Berbagai jawapan ditulis,mengenai itu dan ini.Namun tiada seorang pun bercakap mengenai diri sendiri.Perlakuan kita selalu ingin mengikut norma yang di iktiraf kelompok yang ramai.
Saya sering tertarik dengan beberapa pandangan masyarakat mengenai politik-politik semasa.Ada bercakap mengenai demokrasi.Ada bercakap mengenai kuasa.Pendek kata banyak cakap-cakap yang kadangkala menimbulkan lelucon.Politik biasanya hanya peristiwa yang sebenarnya pernah terakam dalam sejarah.Hanya di tukar plot watak,masa dan zaman.selagi pelakon politik adalah manusia,kelakuan tetap sama.
Politik bagi barat ialah kuasa dan cara memanipulasi.Politik bagi saya hanya cara atau strategi yang di guna manusia bagi melaksanakan amanah Allah.Politik barat amat mementing konsep "state". Politik Islam adalah Ummah.Tidak kira anda seorang bangsa Indonesia,Bangsa Arab atau Melayu,Islam hanya mementingkan persaudaraan atas nama agama.
Saya memandang kesedaran politik sebagai ssesuatu yang positif,tetapi politik hanya untuk memperolehi kuasa ,adalah politik yang sempit.Kebanyakkan watak-watak penulis politik lewat tulisan blog banyak menekankan peristiwa semasa,tidak belajar memahami bahawa kadangkala ia hanya ulangan dari sejarah silam.
Setiap yang berlaku hari ini ialah satu titik kesinambungan dari cerita semalam.Kenapa Portugis berada di Melaka pada 1511?Portugis berada di situ kerana di situ dakwah Islam rancak berkembang.Ramai pedagang Arab yang memegang ekonomi dan dakwah.Portugis berada di Melaka ialah kesinambungan perang Salib.
Ilmu dalam politik hanya setitis dari ilmu dari kalam Tuhan.Sebelum kita berbicara mengenai sesuatu adalah lebih wajar kita menambahkan ilmu.Ilmu ialah cahaya.Bercakap tanpa cahaya yang betul hanya kesesatan.UMat yang menguasai ilmu pengetahuan akan memegang hikmah tuhan,walau dia seorang Kristi atau Nasrani.
No comments:
Post a Comment