Laman muka buku atau "facebook"telah menjadi sebahagian dari kehidupan.Hampir semua pengguna komputer mempunyai laman muka buku mereka yang tersendiri.Laman muka buku merupakan satu fenomena yang tidak diketahui sehingga bila.Satu masa dahulu pernah muncul Yahoo Mesengger,MIRc dan beberapa aplikasi yang sekarang mungkin tidak dikenali generasi baru milinieum.
Menyelusuri kisah manusia lewat muka buku atau "facebook" amat mengujakan . Ramai yang ingin berkongsi kisah.Ada yang mencari perhatian dengan berbagai rencam kiriman di dinding laman.Ayat -ayat seperti
"serabut","bosan" dan pelbagai kiriman cerminan jiwa kacau sedikit sebanyak membuka "wajah" kita kepada orang lain.Sekiranya kita seorang wanita,kita menunjukkan wajah kelemahan jiwa.Kekosongan hati dan mungkin satu dari seribu satu ciri kegagalan untuk menjadi calon isteri solehah.Jika kita semudah ABC bercerita masalah di laman muka buku,beerti kita seorang yang kurang "nilai' untuk di letak kepercayaan.Bukan semua masalah boleh di kongsi diruang seluas "facebook".
Facebook boleh memberi manfaat ,dan juga boleh memberi mudarat.Tidak perlu memuat turun beribu keping gambar sendiri.Wajah kita bukan gambar kalender yang boleh ditatap oleh setiap manusia.Terutama wanita.Tidak ada keperluan untuk "memuncung" ke kiri atau kekanan semata-mata ingin menunjuk betapa cantik kita di mata kamera.Simpanlah gambar-gambar hanya untuk tatapan peribadi,bukan dilacurkan sesuka hati di mata orang lain.
Wanita solehah untuk lelaki yang soleh.Sekiranya kita hanya menjadi
'ustazah" lewat laman facebook,tetapi tindakan dan pemikiran kita jauh dari apa yang kita katakan,tiada siapa yang akan menghormati diri kita.Selesaikan masalah peribadi,diruangan peribadi.Komen hanya yang perlu.Tidak perlu komen "ketawa sopan" atau "ketawa jahat".Ini hanya menunjukkan sikap kebudak-budakkan yang terserlah.Tidak perlu membiasakan diri beramah -mesra hatta lewat laman muka buku.
Jadilah wanita solehah yang mukminah.Jangan jadikan facebook sebagai dosa yang berterusan sehingga ke dalam kubur.Masih belum terlewat bagi memadam gambar-gambar yang tidak ada keperluan.Masih juga belum terlewat membetulkan niat bersosial di laman muka buku.Jadilah orang yang matang di dalam dan di luar laman muka buku.
You are damn right.
ReplyDelete