Dahulu saya cukup terkilan kalau Aidilfitri tanpa rendang atau ketupat.Bertahun-tahun saya sering percaya ,bahawa saya amat memerlukan rendang setiap kali raya menjelang.Sehinggalah Hari Raya 2011 tahun ini.Saya hampir-hampir tidak menjamah rasa rendang yang saya gilai selama ini.Rendang tidak lagi menjadi pilihan hati saya.
Selepas beberapa ketika,selepas beberapa kali,saya mulai tersedar,saya tidak pernah menziarahi kuburan org yang paling sayangi.Sebenarnya,rendang hanya lambang satu pelarian.Satu pelarian saya ingin melupakan insan yang paling saya sayangi.Saya sayangi sehingga kuburanya sendiri saya tidak pernah jejaki.Saya sudah lama berhenti menyambut hari raya.Hari Raya terakhir yang saya ingati hanya pada tahun 1998.Selepas itu dunia sudah lama berhenti.
Pada 1998,ketika saya menduduki peperiksaan semester,Nenek yang mengasuh saya sejak kecil dipanggil TuhanNya.Saya hanya di maklumkan selepas dua hari.Sebenarnya,dua hari sebelum itu,saya sudah mengetahuinya.ALlah itu Maha Besar.
Apabila saya pulang,melihat rumahnya cukup meruntun jiwa.Bertahun-tahun saya tidak menyebut namanya,Saya masih tidak mampu merenung batu nisan,tempat persinggahan seorang insan yang saya kasihi.Itulah raya saya yang terakhir yang pernah saya ingat.
Tahun ini,saya sudah menerima hakikat,bahawa ,saya juga akan ke sana.InshaAllah,masa yang ada,akan saya gunakan sebaik mungkin.Saya tidak lagi memerlukan rendang pada Hari Raya.
No comments:
Post a Comment