Thursday, October 10, 2013

Makanan Kembara


  Saya bukan seorang peminat makanan,namun semasa dalam kembara,saya jarang membawa bekal.Lebih suka mencuba resepi di tempat baru.

Hidangan di bawah,merupakan hidangan kebiasaan yang mudah didapati sekitar Turki.Hidangan nasi Pilav ,kacang panggang dan aneka lauk.Ia murah,mengenyangkan.Menurut suami,hidangan ini juga biasa diambil ketika belajar di bumi Mesir.

Nasi Pilav

  Di samping ,nasi,saya juga sering menikmati Roti Simit di jalanan.Ia murah.Agak keras ,tetapi menepati selera yang sering lapar.Saya mengenali makanan ini ketika berada di Madinah.

Simit
Pide

  Pide sejenis makanan yang kerap dijumpai di restoran-restoran.Pide Dan LAhmacun bukanlah makanan pilihan saya.Sepertimana di Malysia,saya tidak berminat dengan makanan yang seakan-akan pizza ini.


Roti,Telur dan Cheese
    Ini sarapan yang di buat khas untuk sayaoleh rakan di Istanbul. Roti di buat segar dan di salut dengan keju yang banyak.


Green Steak
    Ini ialah makanan kegemaran saya di Istanbul.Daging berkeju bersama cendawan.Rasanya sangat lazat.Harganya mencecah 25-30 lira sepinggan.

Kebab Campuran
   Makanan rutin saya di Kuala Lumpur,Istanbul ,hatta di Singapura dan Jakarta.Agak jemu.

Kunefa


  Kuih manis ini memang menjadi pilihan.Selain Qatayef dan baklava,saya jarang melepaskan peluang menikmati manisan yang teramat manis ini.

Kahvalti
   Makanan standard sarapan pagi.Keju,buah zaiton,dadih,sayuran segar...memang melaparkan.

Wednesday, October 9, 2013

Mekah

     Gaji saya semasa memulakan tugas di An Nur adalah sebanyak RM 350 sebulan.Dengan gaya hidup yang agak tinggi,jumlah tersebut jauh dari cukup.Apabila saya menguruskan sekolah pula,saya memerlukan hampir RM 7000-RM 10,000 bagi mentadbir urus.Dalam diam saya mengeluarkan semua simpanan Haji,elaun dari ibubapa,wang pemberian suami untuk memastikan urusan berjalan lancar.Setiap hari,wang yang keluar semakin banyak,sehingga akhirnya semua simpanan saya menjadi kosong.Begitu juga suami.Semua duit yang kami ada,semua harta ,semua pendapatan  kami cairkan untuk kegunaan sekolah.
     Bagi menjimatkan perberlanjaan,saya membeli kereta yang lebih kecil.Minyak lebih jimat,perbelanjaan boleh di kurangkan.
     Hasil dari pengurusan kewangan yang berhati,hati,defisit perbelanjaan sekolah berjaya diatasi.Daripada keadaan berhutang,di penghujung 2009,sekolah mempunyai wang di bnk hampir RM 200,000.00.
     Menjelang Mac 2009,secara tiba-tiba suami saya ingin ke Mekah.Semasa itu urusan visa,perjalanan umrah bukan semudah pada hari ini.Dengan pertolongan syarikat Andalusia,suami saya berjaya mendapatkan visa ziarah,dan pergi seorang diri Ke Mekah.
     Saya dapat merasakan suami saya akan lebih kerap keluar selepas ini.Dia seorang pengembara,tidak mungkin jiwanya bertahan tanpa kembara.....
  Pembinaan Masjid juga bakal di mulakan,termasuk pembinaan bangunan tambahan sekolah.Walaupun wang ada,namun ia jauh  dari cukup.

Bagaimana saya terus bangun?...bagaimana kami bergerak selepas semua pendapatan habis...?

Tuesday, October 1, 2013

2008 dan Pengembaraan.

    Dana untuk mengurus An Nur semasa pengambilalihan adalah negatif.Tiada sebarang sumber kewangan yang wujud untuk perlaksanaan gerak kerja.Pada tahun yang sama juga saya di hantar ke JCORP Johor Bharu untuk memohon dana pembinaan masjid yang sudah lama di rancang.Saya tidak pasti perancangan ayah mertua.Cuma hajatnya cukup besar.Hajat untuk saya menemui sendiri ahli lembaga WAQF Johor dan memebentangkan harapan kami.
    Melalui bantuan rakan-rakan satu temujanji berjaya diatur bersama lembaga pengurusan di Johor Bharu.Saya memohon suami menemani.Menurut beliau ,saya membawa hajat yang besar,lebih baik saya terus ke Singapura untuk meneroka sesuatu yang baru.
     Dari Johor Bharu ,saya bertolak ke Singapura. Mencuba walaupun harapan pudar ,ia adalah satu usaha.Natijah adalah ketentuan.Galakan dari suami,harapan ayah mertua mebuatkan saya meninggalkan ketakutan.Melangkah walaupun tidak pernah pasti.
     Di Singapura,Allah memberi sesuatu yang jauh lebih baik.Kami berkenalan dengan Presiden persatuan Ulama atau Asatizah di Singapura.Kami berkenalan dengan ramai saudara-saudara seagama,yang menghadapi cabaran lebih getir.Apa yang saya lalui,hanya kecil.Kami juga berjumpa dengan pegawai-pegawai di Majlis Agama Islam Singapura..Semuanya tanpa perancangan,tapi persahabatan terjalin sehingga hari ini.
     Saya di dedahkan dengan suasana pembelajaran yang amat kondusif.Dari Singapura,saya mengambil "isi-isi penting" madrasah yang melahirkan pelajar agama yang cemerlang.
     Hubungan bersama Singapura berterusan dengan lawatan timbal-balas.Saya menerima ramai tetamu dari SIngapura sejak dari itu.Kami juga bersahabat baik dengan pemilik Smiley Travel yang menguruskan Haji dan umrah di Singapura,dan beberapa Ahli Lembaga Ma.sjid Al Kaff.Semua kenalan- kenalan ini banyak  mematangkan saya bagi menetapkan halatuju Kompleks Tarbiyyah An Nur.
      Ketika ini kedua-dua anak saya masih kecil.Mereka tidak mengerti jalan yang dilalui oleh kedua ibu bapa mereka amat sukar.Suami saya juga boleh melebarkan langkah ke negara-negara lain.
    Pada tahun ini...saya merasakan kerdilnya kehebatan seorang manusia...semuanya pinjaman.

Monday, September 30, 2013

2008 yang mendidik hati

   Hari-hari saya di Sri An Nur seringkali diwarnai dengai ugutan provokasi ,pemboikotan secara terang-terangkan .Ada kalanya cercaan secara kasar yang di sengajakan.Namun saya tidak pernah bercerita apa yang saya lalui di sekolah.Sumpah seranah dan cacian menjadi makanan membersihkan kesombongan jiwa.Mereka mempunyai misi besar.Misi untuk melihat saya berundur.
   Dengan izin Allah di sebalik'kisah-kisah perit' saya di berikan semangat untuk bertahan.Sekali sahaja saya menangis,hari yang lain saya melangkah dan terus bangun.
    Penghujung tahun 2007,sekumpulan profesional berjaya di Kelantan merancang untuk membina Maahad Tahfiz di Kompleks yang sama.Saya yang hadir secara kebetulan,hanya mendengar dari jauh.
    Menjelang Januari 2008,para pendukung idea untuk membuka sekolah,terus menyepikan diri.Semasa itu terpancar wajah terkilan ayahanda mertua.Sahabat-sahabat yang di harap membantu terus membatu.
    Pada Penghujung Januari 2008,di saat saya masih kelam -kabut menyelesaikan berbagai masalah sekolah rendah,saya di hadiahkan sekeping kertas. Arahan untuk membuka sekolah tahfiz pada Mac.Secara mudah saya mempunyai kurang dari 30 hari memulakan sesuatu yang di tolak oleh orang lain.
      Bagi menguruskan sekolah rendah saya menghadapi defisit perbelanjaan yang cukup besar.Membuka sebuah lagi sekolah,tanpa bantuan logistik dan kemahiran,makin menambahkan pening mencari wang.Mengadu dan mengeluh bukan sifat yang saya miliki.Saya tidak sampai hati untuk mengecewakan orang yang berharap...

Kepada Allah saya berserah

Tuesday, September 24, 2013

Kenangan.


Catatan Kenangan 2

       


 Kisah tentang Cinta dan Kenangan

       Saya tidak mengambil banyak masa untuk keliru dan mengelirukan diri.Saya memegang amanah yang amat besar.Misi menyelamatkan sebuah sekolah,misi menyelamatkan harta Waqf yang bukan bernilai seribu malah jutaan RM.
      Tentangan dari berbagai pihak.PIBG menentang perlantikan saya.Guru-guru juga sama.Mereka menghantar mesej jelas. Agresif dan menekan.

   Di Sri An Nur ,saya menghadam sifat politik yang sering ingin menguasai.Guru-guru di sokong oleh PIBG yang dikuasai oleh elit-elit ahli politik negeri Kelantan.Ada Setiausaha Dewan Ulama,setiuasaha Pemuda.Pendek kata yang saya hadapi musuh-musuh yang mempunyai nama dalam masyarakat.

     Menurut mereka,jarang pemimpin di  Sri An Nur akan bertahan. Mereka akan memastikan golongan yang menentang mereka akan kecundang.Bila ia menyentuh tentang parti,saya sangat terkilan.Pendidikan ialah satu bidang yang tidak boleh di letakkan di bawah politik.Ia perlu berdiri sebagai badan yang bebas.

     Pemboikotan,di malukan,khabar angin di sebarkan.Ibu bapa murid di heret sekali bagi memastikan saya gagal.Rupa-rupanya dalam 10 tahun PIBG dan  para guru bersengkokol memastikan setiap guru yang tidak sealiran dengan mereka akan terbuang.Mereka sedang menunggu untuk memastikan Pengerusi Jemaah Pengelola melepaskan jawatan.Sebelum saya hadir,perancangan ini nampak lancar.Mereka hampir berjaya.



Adakah saya sanggup meneruskan? Apa langkah seterusnya?


Catatan Kenangan !

  

Catatan untuk mengingatkan tentang cinta dan hati


      Pada satu petang sebelum saya kembali ke Kuala Lumpur,ayah mertua menyebut tentang kekosongan jawatan di Sri An Nur.Sebaik sahaja melabuhkan badan ke dalam kereta,saya memaklumkan suami mengenai ajakan mertua agar saya pulang bekerja di Kota Bharu,

       Beberapa bulan selepas itu,saya di hantar pulang bersama Misha'al dan kandungan yang masih dibulan ke 5.Suami kekal di Al Jazeera.Pertama kali kami berjauhan.Suami sangat akur kepada permintaan ibubapa,dan saya tidak akan mungkir permintaan suami.

      Menghadapi suasana baru ketika anak masih kecil,suami yang jauh,kandungan yang semakin membonyot sedikit sebanyak"mengusik" emosi.Duduk bersama mertua bukan sesuatu yang mudah.Ia memerlukan sifat redha yang cukup tinggi.

     Sri An Nur bukanlah seperti yang saya bayangkan.Ia mempunyai 1001 macam masalah yang tidak terjangkau.Keadaaan sekolah ini semasa 2007 boleh  dikata seperti dilanggar Garuda.Guru-guru yang berpuak-puak,pergaduhan dan pergeseran hampir setiap hari,kelas-kelas terbiar kosong,Guru Besar yang tidak diendahkan,pendek kata encik suami telah memasukkan saya ke sebuah tempat yang sangat menakutkan.

       Saya bercuti bersalin pada bulan MAC 2007.Apabila kembali pada Jun 2007 saya mendengar desas-desus mendaftarkan An Nur akan di letakkan di bawah YIK dek kerana masalah kewangan yang kritikal.An Nur juga mendapat campurtangan dari PIBG sekolah yang sering menekan pihak pentadbiran.Khabar angin juga umpama makanan jiwa yang sering berlagu.

      Secara tiba-tiba,satu mesyuarat tergempar diadakan di antara Lembaga Pengelola dan guru-guru.Saya dilantik sebagai PK 1 dan Setiausaha Jemaah Pengelola dalam masa yang sama.Dua jawatan yang maha berat,yang saya cukup kabur tanggungjawab dan peranannya.


      Bagaimana saya perlu mentadbir? Siapa yang boleh membantu?.......memikirkan sahaja boleh menyebabkan saya pening...


Sunday, September 22, 2013

leap

     Sejak pulang dari Istanbul,saya banyak berulang-alik dari KB- Kl -JOhor.Jadual pertemuan juga agak padat.Musafir semasa bulan puasa agak menyeronokkan.Ia lebih menghiburkan hati.Hampir 15 jam berpuasa,dan berbuka diruang udara Mongolia.Dahaga tidak terperi.

Monday, July 15, 2013

SULTAN ABDUL HAMID



                      Menjadi event-manager antara tugasan yang saya cuba elakkan sejak setahun dua ini.Mungkin di sebabkan faktor umur,saya kurang minat untuk menguruskan majlis dalam skala besar.Namun untuk tujuan -tujuan kebajikan,kemalasan ini saya cuba tepis.
                       Sejak dari awal tahun,jadual suami yang banyak di luar negara,memerlukan saya membuat beberapa keputusan segera bagi menjalankan program.Pada 4 Julai hari Khamis ,antara tarikh lapang saya dan en suami.Sebelum itu,beliau berada di Mekah  hampir dua kali dalam masa 15 hari.Kuala Lumpur-Mekah.Berulang-alik demi tuntutan pekerjaan.Sekiranya di Malaysia pula,beliau masih perlu membahagikan masa antara urusan di Kota Bharu dan Kuala Lumpur.

Program Umrah ,RM 30.000.00 sebagai tajaan untuk staff dan pelajar-pelajar  MTAQ AN NUR





                   Program ini,antara janji kami suami-isteri untuk menaja dan membantu rakan-rakan  mahupun orang awam untuk menunaikan umrah.Seminggu sebelum program ini,suami saya telah ke Mekah untuk urusan penting dan kembali untuk melunaskan janji membawa anak-anak tahfiz ,para guru dan sahabat yang ingin menunaikan ibadat.Kepenatan sudah menjadi infiniti.

Karnival bagi menyiapkan pembinaan sekolah dan Masjid

      Pada masa yang sama,saya di Malaysia menyiapkan master plan untuk program karnival.Program asal hanya berskala  sederhana.Dek kerana semangat para staff yang tinggi,ia menjadi program besar yang cukup meriah.Melihat modal kerja yang keluar seperti air,cukup membuatkan  saya sedikit letih.

         Sokongan pihak Polis,JPAM,Pihak Hospital Kota Bharu,Rakan Cop,Syarikat Proton,Harakah dan ramai lagi pihak luar amat mengharukan saya.Pertolongan Allah itu cukup besar,walaupun tekanan hanya Allah yang mengetahuinya.
                Kehadiran Menteri Besar Kelantan ,walaupun lewat ,amat di hargai.Begitu juga tetamu yang banyak memberi sokongan moral.Tidak lupa pihak Pentadbiran MPI yang menghantar kawat kaki anggota bomba yang memeriahkan majlis.Jumlah tetamu mencecah 400 orang dan impkanya begitu dirasai.
            Didalam kekalutan majlis,saya dan suami mengambil tiket kurang dari 48 jam sebelum majlis untuk ke Turki.Kedua-dua kami hampir kehabisan tenaga.Kami melalui 2013 dengan jadual yang amat padat.
Keputusan saat akhir untuk terbang...




Pemakaman Sultan Abdul Hamid 2 Istanbul
                  Tidak sampai 24 selepas majlis Karnival tamat,kami berangkat ke Kuala Lumpur dan menuju Ke Istanbul.Menaiki metro dari Lapangan Terbang,menukar kepada tramvay dan terus ke Sultan Ahmet.Check in dan ziarah ke Maqam Sultan Abd Hamid. Kepenatan terus hilang.Kami memerlukan semangat dari jiwa yang lebih kuat.
Melepaskan lelah di Masjid Sultan Ahmet atau Masjid Biru.

                        
Telur dan cheese




Makanan rutin
Bertemu mata....

      Di Istanbul,banyak urusan yang berjaya di selesaikan.walaupun berjalan tanpa perancangan,natijahnya cukup mengembirakan.Jika anda bertanya untuk apa kesana...payah untuk bercerita jika ia perlu di fahami.

Saturday, June 29, 2013

Saya seorang usahawan.

           Di musim menjelang Ramadhan Dan Aidilfitri,ramai dikalangan sahabat,ahli keluarga yang mula menjadi peniaga ,menambah pendapatan ,hobi dan meniaga dengan pelbagai sebab..Saya sangat menyokong semangat untuk menjadi peniaga dan semangat untuk mengembangkan perniagaan.
        Bagi diri ini,saya tidak mencari duit dalam menjalankan urusniaga.Saya mencari silaturahim,keberkatan dan satu saluran menyampaikan bantuan untuk orang lain. Untuk kehidupan,pakaian dan keselesaan hidup,semuanya sudah tersedia oleh suami yang tercinta.
      Peniaga mencari keuntungan optimum dan kos minimum,dalam agama,memberi sebanyak mungkin itu lebih mulia.Keuntungan pula untuk di dunia dan untuk akhirat.
       Bagi yang baru bergelar,usahawan,jangan terburu-buru mengejar wang atau impak dari perniagaan,Rezeki itu dari Allah.Bersedekah untuk menambahnya.Jangan risau tentang kos,jangkaan untung kasar atau untung bersih,Allah itu maha mengetahui.
      Jangan menunggu kekayaan bertimbun,baru merasakan kaya,rasa syukur ,walaupun nilai rezeki itu 10 sen sahaja.
       Ke Mekah atau ke merata dunia,bukan kerana keuntungan perniagaan ,tapi kerana rezeki yang Dituliskan Allah.
   Bantu orang lain,dan inshallah kita di bantu.ekonomi adalah satu putaran...perniagaan pula satu ibadah..jika kita seorang yang amanah,,pasti semua urusan menjadi mudah.
   

Thursday, June 20, 2013

SEJADAH WANGI dari Turki.

  

  Gul Kokulu Seccade
  Sejadah Wangian  Ros dari Turki.

   
Seccade bermaksud Sejadah







Kedai menjual Sejadah Wangi di Turki





Sejadah yang nipis

 
Sejadah bermotif Ros




Oren
Antara corak yang diedarkan oleh stokis

Pelbagai warna dan corak.







Jenis Stok: Sedia Ada
Harga RM  60-80
Harga Bagi pemborong di sediakan.
0199831053

Tuesday, June 18, 2013

Kurangkan Berfikir tentang AKU>Fikirkan mereka...

Beberapa nilai kehidupan di bawah saya belajar dari seorang yang bergelar "SUAMI"

---Daripada hanya mengimpikan anak menjadi huffaz,jadikan anak orang lain juga sebagai hafiz dan hafizah.Semoga semakin ramai huffaz di bumi bertuah ini. Bina sebanyak mungkin madrasah -madrasah memupuk ilmu dan tunas Islam.

----Daripada hanya ingin membina banglo dan kediaman besar,bina Masjid yang menjadi lambang penyerahan kepada Pencipta.

-----Daripada menunaikan Haji atau Umrah berkali-kali,beri orang yang tidak berpeluang untuk pergi,galakkan mereka,bagi jalan mereka ke BaituLLAh.

----Daripada sibuk memikirkan pangkat dan harta,bekerja tanpa mengenal masa dan tika.Hanya mati istirehat mukmin.

----Daripada sibuk membicarakan orang lain,sibukkan mencari jalan membantu yang memerlukan.

 Kurangkan berfikir untu AKU>lebihkan MEREKA

Wednesday, June 12, 2013

Makluman -Umrah Syaaban dan Ramadhan,

      Bagi sahabat-sahabat yang ingin menunaikan umrah Syaaban dan Ramadhan pada tahun ini, beberapa peraturan baru yang anda patut tahu
    Diantaranya:- 1).MOFA/ E-Visa mempunyai tarikh akhir pada 25 Syaaban.Tarikh akhir penghantaran Passport 10 Ramadhan.2).Jemaah tidak dibenarkan di Mekah melebihi 15 hari.Validity only for 15 days.3 ) Dan beberapa peraturan yang di umum dari semasa ke semasa.

  Ini bermaksud,UMRAH untuk berpuasa sebulan tidak lagi di keluarkan.Kebanyakkan visa untuk akhir puasa sukar di proses.
                                                           Semoga Bermanfaat.

Tuesday, June 11, 2013

POST -KAPITALIS

   

      Jika anda seorang yang sukar membuat keputusan,terlalu berfikir mengenai risiko, mempunyai ketakutan yang berbagai jenis,anda mungin tidak mempunyai jiwa sebagai pengembara,penulis atau mana-mana kerjaya yang menggunakan deria hati melebihi deria-deria yang lain.
     Jika anda terlalu memikirkan duit,atau memikirkan aset-aset bekalan hari tua,kerjaya yang stabil, apa yang patut di buat kepada anak-anak anda,kehidupan anda pasti  melalui banyak fasa tekanan.Tekanan kerana terlampau berfikir tanpa menambah dalam tindakan.
     Berfikir untuk diri sendiri umpama satu monolog yang panjang.Ada sesetengah perkara hanya perlu buat seperti yang di suruh,tinggalkan apa yang di larang.Jika sukar, ambil iktibar dari insan -insan mulia seperti Nabi Muhamaad SAW dan sahabat-sahabat serta ahli keluarganya.
    Soalan yang amat mudah,berapakah peninggalan pusaka,hartanah,wang tunai Nabi dan sahabat-sahabat seperti Ali   R.A,atau harta yang di miliki Fatimah ?.Jadi bagaimana patut kita menghabiskan segala wang tunai atau aset yang kita miliki. Patutkah kita menyimpan sehingga jutaan RM?
      Hidup  di dunia yang singkat memerlukan manusia mengunakan akal untuk membawa sebanyak mungkin ke akhirat.Bagaimana kita ingin membawa banyak ,jika harta yang ada di sibukkan dengan membeli rumah,membeli aset,menyimpan tunai dan kita terus terpesona berfikir untuk diri sendiri.
      Dalam Islam 2 konsep harta ialah,di gunakan ataupun di sedekahkan.Konsep konsep risiko kapitalis yang membuat kita takut miskin,takut tidak berduit patut diperbetulkan.
     Gunakan harta yang ada untuk belajar memberi lebih dari menerima.Mengembara dan lihat isu sebenar dalam masyarakat.Sedekah sekadar 200-300 tidak memadai jika bergaji RM 4000.00 sebulan. Hanya membantu dengan doa,sedangkan kita mampu untuk memberi lebih banyak,adalah satu ilusi.
    Berhenti memerangkap diri sendiri dengan ketakutan hidup tanpa harta.Rezeki milik ALLAh untuk kita kongsi bersama orang lain.Tambahkan nilai amal menggunakan harta.Jangan risau untuk berkelana,kerana ia boleh membentuk jiwa..Tidak perlu menanti di taja,atau bermimpi,jika Kemahuan itu boleh di bawa sendiri.

Sunday, June 9, 2013

Keciciran Dakwah.

     
          Penerbangan Fireflyz 6.50 ptg,Tiba di Subang lebih kurang pukul  7.45 pm.Teksi ke Kuala Lumpur,tiba 9 malam di KLCC. 10.30 bertemu mata dengan sahabat lama bagi merapatkan silaturahim.1.00 pagi ambil kereta di Ukay Perdana.2,30 pagi sampai di Gombak,urusan visa.3.30 pagi urusan dengan rakan yang baru pulang dari Umrah.5,30 pagi  berada di Damansara.8.30 pagi,sarapan sambil bertaklimat.9- 11.00 pagi,en suami mesyuarat.11.45 penerbangan ke Kota Bharu. Dua-tiga jam selepas itu terlelap,sebelum makan bersama-sama keluarga di Horizon Garden.
            Ini jadual biasa untuk en suami.Saya sengaja mencari kesempatan untuk menemani beliau.Walaupun saya tahu,saya akan "mengepek" dalam hati,ia penting untuk saya membetulkan niat ,kerana hanya orang yang mengalami jadual sesibuk ini,akan memahami pekerjaan en suami yang sukar diagak.
         Minggu lepas,bertolak ke Mekah tanpa perancangan.Dua minggu sebelum itu,"bertapa" di Kedutaan Kerap terbang pergi dan balik menggunakan pesawat.Tidur-tidur ayam,dan makan sekadar yang ada.Ribuan duit dengan urusan telefon,pengangkutan dan lain-lain lagi.
      Minggu ini,masih sibuk.Kalau diizin Allah,18  Jun ke Mekah semula.Selepas itu mungkin ke DUbai dan Turki,sebelum kembali ke Mekah untuk sekian kalinya.
    Jika di lontar soalan..apakah yang saya rasa?  Sukar membayangkan saya mengahwini suami sesibuk ini,walaupun saya sendiri juga sibuk .
     Akhirnya ,saya sedikit faham..dakwah itu bukan sekadar Usrah.Ia satu praktikaliti bagaimana kita mengunakan sepenuh daya .usaha ,tenaga wang bagi membantu orang lain mendapat cahaya.

Wednesday, June 5, 2013

Senibina Masjid Nusantara:Hobi di masa yang tidak berapa lapang.




                                                                 Indrapuri,Acheh






Monday, June 3, 2013

Menara Galata








Permohonan Visa Umrah 2013



       Permohonan visa mulai pada Mei  2013 menyaksikan beribu-ribu jemaah umrah dari Malaysia terkandas dek kerana kegagalan memperolehi visa. Buat pertama kali,kerajaan Arab Saudi telah mengadakan sekatan pengeluaran visa di luar musim Haji. Ramai operator pengendali umrah mengalami kerugian hampir ratusan ribu ringgit.

    2) Notis untuk pemprosesan visa untuk Ramadhan telah di keluarkan.Jemaah boleh membuat permohonan awal.
    3) Visa haji juga telah mulai dikeluarkan untuk Syarikat Pengendali Haji Swasta. Kuota pada tahun ini dikurangkan dalam jumlah yang besar.Di jangka masalah ini  akan berterusan.
    4) Dokumen untuk pemprosesan visa akan melalui saringan yang ketat. Beberapa pengendali utama umrah telah di" blacklist" kerana kecuaian melengkapkan dokumen.Wanita tanpa mahram,di galakkan mencari mahram terdekat. Istilah Mahram tumpang tidak relevan lagi.
   

Saturday, June 1, 2013

Kembara Hati



 En suami terbang lagi.Penerbangan emergency.Pada asalnya beliau hanya ke Kuala Lumpur  pada pagi dan ingin pulang malam yang sama ke Kota Bharu. Kereta Perdana milik saya juga di parkir di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.Sebuah kereta lagi memang diletakkan di Kuala Lumpur,kerana sepanjang tiga minggu ini ,beliau banyak urusan di sana.Lewat satu Pagi semalam,encik suami memaklum beliau  terpaksa ke Mekah.Kali ini,ke Mekah hatta tanpa sehelai baju..:))   ..hidup semakin tak keruan...luv u sayang...


   ...hidup adalah pengorbanan...harta..masa..hatta jiwa.

Syria dalam doa






 
 
 

Thursday, May 23, 2013

Aurora

     Minggu lepas saya menemani anak-anak yang kepingin ke pasaraya.Disebabkan pergi dengan separuh hati,saya hanya membeli aiskrim,Susu dan sardin dambaan encik suami entah ke mana.Dalam pertuturan mesra kelantan,ia dipanggil "koya", penyakit yang boleh menimpa sesiapa tanpa mengira jantina..:).
       Sebenarnya ,sewaktu saya melilau-lilau menemani anak-anak bergumbira,saya teringat tentang "Muhammad" anak saudara yang di kasihi Allah dan telah kembali kepada pencipta Nya.Beberapa minggu sebelum pemergiannya,saya ada mencari -cari hadiah.Hampir 4 bulan saya mencari,namun hajat untuk membeli sentiasa berakhir dengan tidak membeli.
       Saya juga teringat dengan doa umi Muhammad untuk di kurniakan anak kembar.Dan berbagai ingatan yang menerjah ketika saya di penuhi dengan orang yang ramai di pasaraya tersebut.Banyak sangat flash -flash ingatan yang mengganggu saya ketika itu.Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan,tapi kepada siapa...ini kisah-kisah orang lain....kisah yang sangat menyakitkan emosi .
      Akhirnya  saya berhenti mengingati,biar semuanya di tentukan oleh takdir...ia lebih mudah sebegitu.

* Menagih kasih sayang kepada yang kita sayangi sangat sukar,menjadi orang luar kepada  orang yang sepatutnya memiliki jiwa,juga sukar.
*Orang luar hanya melihat kehilangan yang nyata,sedangkan banyak yang telah hilang sebelumnya.
 * NYawa yang baru untuk menggantikan yang lama,kadang-kadang "kekosongan " memang" tidak bernyawa.Di tinggalkan dalam emosi dan nyata.      
    Kalaulah saya boleh membantu................owh Muhammad.Pergimu  membawa berkeping-keping hati yang telah lama retak..

Hidup bukan hanya untuk mati

   Bila terasa memikul banyak beban,saya suka "mencelah" kehidupan orang lain.Kita merasakan susah,orang lain melalui kesusahan yang lebih nyta.Kita terasa tidak berduit,hanya sekadar rasa,mungkin ada insan lain  yang memang hidup tanpa duit.Apa yang kita rasa dan apa yang orang alami kadang-kadang sangat berbeza.Jom kita lihat kisah-kisah kehidupan.Semoga dapat memberi semangat untuk kita membantu orang lain...


                                        

#### Pakcik tua diatas berusia 70-an.Sangat tua dan uzur.Anak lelaki beliau merupakan anak murid saya berusia 17 tahun.Pelajar tahfiz yang sangat cemerlang dalam hafazan dan akademik.
        Pada 5 tahun lepas saya membuat permohonan untuk menempatkan anak pakcik ini ke Maahad Tahfiz Wal Qiraat An Nur.Dengan pendapatan purata RM 10 sehari,boleh dikatakan keluarga ini dalam golongan asnaf miskin dan tidak mampu untuk membayar yuran pengajian dan sebagainya.Sebagai asnaf miskin,pelajar ini menerima bantuan penuh pengajian dari  pelbagai pihak yang prihatin.
     Alhamdulilah,permohonan saya diluluskan.Hafazan 30 juzuk di tamatkan dengan cemerlang.Beberapa minggu lepas ,pakcik ini datang berjumpa en suami.Membawa hasrat yang sangat tulus.Beliau meminta kami menjaga dan menguruskan masa depan anakanda beliau.Menurutnya,dia sudah uzur dan tidak berduit untuk menghantar anaknya menyambung pengajian.Selepas kami bersetuju,terpapar riak kelegaan yang tidak tergambar.Jangan risau pakcik,amanah ini kami akan jaga ,sepertimana kami menjaganya sepanjang 5 tahun ini.Bertambah lagi senarai "anak angkat" kami berdua.
       Rakan-rakan semua,kadangkala ada perkara yang kita hanya mendengar  lewat novel atau cereka di kaca tv.Kisah masyarakat diluar terlalu banyak,terepulang untuk mendengar atau hanya sekadar melihat.
    

Sunday, May 12, 2013

ABC Perkahwinan




          Perkahwinan tidak seindah kisah dongeng.Ia sebuah perjalanan ,kadang-kadang jalan yang dilalui sukar,kadangkala di permudah.Tahun pertama dan kedua ialah tahap taaruf,tahap mengenal hatibudi.Ramai juga yang keletihan tidak boleh "membaca" di sebalik ekspresi pasangan.

       Di bawah sedikit perkongsian bagi memahami sedikit nilai perkahwinan dari orang yang serba kekurangan..
     1.Belajar untuk tidak banyak meminta-minta baik dari segi kewangan,masa atau kasih sayang,banyakkan memberi.
     2.Jika anda seorang isteri,kurangkan masa bersama keluarga anda,lebihkan kelurga mertua.Mereka syurga suami anda.
    3.Kurangkan bicara-bicara yang menghiris hati dan perasaan,banyak berdoa untuk pasangan.
    4.Jika anda seorang isteri yang bekerja,luangkan lebih banyak masa untuk suami.Adaptasi jadual mengikut waktu suami anda,bukan sebaliknya,
    5.Hormati hobi dan kesukaan pasangan,walaupun kita kurang menyukainya.
    6.Fahami hasrat hati suami /isteri yang tidak diluahkan.Jadi pemerhati dan pendengar yang baik.
    7. Galakkan suami untuk bersahabat,dan bersosial dengan rakan-rakan,kerana ia sesuatu yang fitrah.Suami yang"stress" tidak akan berkongsi banyak rahsia bersama pasangan.
    8.Jangan berpura-pura,ikhlaskan diri,dan belajar untuk terus ikhlas.
     9.Sayangi,hormati adik-beradik,ipar-duai,anak saudara pasangan ,seperti anda menyayangi keluarga anda sendiri.,Suami/isteri lebih menghormati pasangan yang menghormati keluarga mereka.
    10.Tidak memanjangkan perselisihan faham.
    11,Jadikan suami atau isteri anda sebagai sahabat yang paling akrab.

Thursday, May 9, 2013

Konsultasi

     Pada penghujung 2012,saya "sedikit" rungsing dengan permohonan kelulusan KDN untuk pelajar asing dan bertambah risau dengan notis gaji minimum yang di wajibkan oleh pihak berkuasa.
     Sebagai pusat Tarbiyyah berkonsepkan kebajikan,banyak kos pengurusan di tanggung oleh individu-individu yang bermurah hati,termasuk hampir 60 % pendapatan bulanan perniagaan saya dan suami.Kos yang sedia memerlukan kami melaburkan sejumlah wang yang sememangnya besar untuk perbelajaan harian dan bulanan.
      Saya agak  "malu" untuk memohon suami menambah  defisit perbelanjaan Kompleks.Jumlah yang saya perlukan bagi mematuhi peraturan gaji minimum menjangkaui kemampuan. Sebelum dari itu,saya sudah pun meminta suami menanggung beberapa pelajar miskin,menanggung kos pembaikian,kos pengurusan,dan kos pembinanan prasarana seperti masjid dan bangunan sekolah.
    Didalam kerungsingan ,saya mengikut suami ke Terengganu.Beliau mempunyai beberapa urusan .Dengan waktu yang terhad kami terpaksa pulang pada hari yang sama.Saya sendiri kurang jelas urusan suami di Terengganu.Dia hanya memaklumkan akan ke Terengganu pada 1 pagi dan bertolak pada 8 pagi.Pada pukul 2 pula kami pulang semula ke Kota Bharu.
          Rupa-rupanya dia membantu seorang rakan yang  ditimpa masalah.Simpati saya mendengar cerita.Semuanya di beri ujian mengikut  ketentuan.Saya sangkakan hanya satu pertemuan pada hari tersebut.Seusai perjumpaan pertama,kami terus berjumpa dengan pertemuan seterusnya.
      Saya menjadi pendengar yang setia.Satu lagi tawaran konsultasi.Jika tidak silap saya,ini bukan tawaran pertama.Kebiasaan suami saya akan terus menolak,kerana komitmen lain cukup banyak.Gaji atau elaun .jarang-jarang mendapat perhatian encik suami.Sebagai orang lama dalam bidang berkenaan,suami saya sememangnya payah di pujuk.Beberapa projek di Kota Bharu hanya di terima dengan dasar untuk membantu rakan-rakan.Begitu juga projek haji dan beliau terima tanpa menerima sebarang gaji atau elaun.Hanya untuk membantu  insan-insan yang ingin menunaikan rukun Islam.
         Bagi rakan-rakan,kami berdua jarang bekerja kerana wang atau  elaun.Kami lebih berminat bekerjasama dengan insan-insan yang ingin pula membantu orang lain.
     


   
     
 

Tuesday, May 7, 2013

BAngun

                 Bekerja dipejabat merupakan pilihan kerjaya terakhir yang pernah saya fikirkan.Saya sememangnya tidak mempunyai kesabaran yang tinggi untuk bekerja secara langsung dengan waktu yang tetap atau berhubung dengan manusia dan permasalahan kemanusiaan.
                Selepas enam tahun saya sedikit takjub,kerana saya boleh mencintai kerjaya yang saya tidak minati.Suami pula,melebarkan sayap ke Syria,Turki, Singapura,Jakarta,Jordan ,Mekah dan negara-negara lain.Dari Kelantan kami bergerak ke luar negara.Dari pejabat,saya meneroka pelbagai bidang lain.Pejabat hanya menjadi metafora,kehidupan semakin berwarna-warni.
                  Dunia menjadi tidak bersempadan.Hidup juga bukan semuanya indah.Banyak airmata,banyak kisah-kisah duka.Ia semua pengalaman yang menjadi penguat kepada hati-hati yang dilanda pelbagai laluan yang rata mahupun berduri.
              Sehingga kini saya masih bersama mertua.Satu hubungan yang hanya yang pernah merasai sahaja memahami.Kompleks dan memerlukan toleransi yang tinggi.Kuncinya hanya ketaatan.Kami mempunyai kehidupan yang tersendiri,kami mempunyai laluan yang berlainan,namun ketaatan kepada ibubapa itu hanya kepada anak-anak yang faham.
              Bagi sahabat-sahabat yang suka bertanya-tanya apakah sebenarnya laluan kehidupan saya..saya hanya manusia biasa.Kadangkala terluka,kadangkala dibuai kebahagian.Membisu itu lebih baik dari berkata-kata..
         

Sunday, May 5, 2013

ujian

  Alhamdulilah..alhamdulilah dan terus memanjat kesyukuran.

    Segala ujian di mukabumi tiada lain untuk melihat atau menatar tahap iman.Sifat berkeluh -kesah adalah sifat manusia yang tidak memahami hikmah dan tujuan segala pahit-maung kehidupan.Saya sendiri selalu sahaja menyoal-yoal didalam hati ,kenapa begitu ? kenapa begini..?
     Manusia yang ingin sepi tanpa masalah kadangkala lupa hakikat kejadian.Saya sendiri sering alpa.Namun hari ini saya memanjat syukur.Saya sedikit faham untuk menerima sebarang ketentuan.Bagaimana kita ingin bertindakbalas merupakan perkara kedua.Apa yang penting terima apa jua bentuk ujian yang datang..hanya terima .

Tuesday, April 30, 2013

HIjau

   

            Sewaktu saya kecil,saya sering kehairanan melihat seorang jiran yang tegar memasang bendera Hijau setiap kali musim pilihanraya menjelang.Di Kampung yang UMNO Nya sangat kuat,bendera hijau itu kelihatan asing dan menakutkan.Ramai jiran-jiran kami memulaukan si bendera hijau ini.Dia kolot,dia sesat,dia patut dihalau dan pelbagai versi.Ini pengalaman seawal usia 8 tahun.Saya hanya mengenal warna.
           Memasuki sekolah menengah,politik menjadi semakin menarik.Tidak semena-mena saya "terbaca" banyak makalah yang bercorak kepolitikan dan nasionalisme.Faktor negeri Johor sebagai kubu UMNO sering berdegar-degar pemikiran.Berkali-kali keluarga saya  "menakutkan" kemiskinan yang menanti sekiranya saya memilih calon suami dari Kelantan.
         Di fasa Lembah Pantai,3/4  rakan serumah,rakan sekuliah dari negeri yang mata dan hatinya  tegar Hijau.Banyak program asmilasi politik di Universiti.Saya kagum dan terus memerhati  dengan penuh azam.Saya ada di program Pkp,JIm atau Hizbi.Program Kristian,program inter agama.Waktu muda menjadi medan mempelajari dan memerhati.
          Era Pasca Reformasi,terdetik di hati mengenal si Hijau dengan lebih rapat.Berseluar jeans,berbaju agak "trendy" saya mendaftar program di Bukit Lada,Kedah.Teman seprogram saya cantik bertudung labuh dan berjubah kelam.Ramai melihat saya seakan alien.Saya nekad tinggal di Kedah bermingggu-minggu.Mujur ada rakan yang sudi meminjamkan jubah.Kalau tidak ,pasti saya di cela oleh orang kampung.
        Saya melihat rakyat yang miskin,hidup yang sederhana,namun semuanya membuatkan hati saya gembira.Saya mengenali UPU,DUN,saya mengenal banyak perkara yang tiada di bukuteks Universiti.Saya juga sering berulang ke Darul Ulum.Di situ pertama kali saya mempelajari tentang hakikat si pendukung Hijau.Mereka jujur tanpa mengenal lelah.

       Tugas saya sebagai si mentah ,memastikan Dun aktif dan bersedia untuk pilihanraya.Bekerja dengan watak berpangkat pakcik hampir membuatkan saya  hilang kewajaran.

     Selepas Kedah,saya di hantar ke Batu Pahat.Sebagai anak JOhor,Hijau dan Biru umpama si Kaya dan Si miskin.Pendukung Hijau amat takut dengan pelbagai sekatan dan cercaan.Ini cerita hampir 14 tahun yang lepas.Di sini saya mengenal undang-undang pilihanraya.Saya belajar mengenal perang saraf.Sehingga saya mengambil keputusan menarik diri.Tawaran untuk bekerja di Johor saya tolak secara baik.

    Kini Hijau dan Biru dalam peperangan yang setara.Tidak berat sebelah seperti di zaman saya merangkak mengenal hitam dan putih.
  

Thursday, April 18, 2013

Second Home: Istanbul

     Suami dan saya merupakan pengumpul senjata,buku,kitab-kitab lama,tanduk,lembing dan berbagai barangan yang mungkin tidak mempunyai nilai bagi sesetengah orang.Sewaktu kunjungan beliau ke Istanbul pada awal 2013,saya telah di hadiahkan duplikasi peta Piri Reis.
Peta Piri Reis





     Selain itu,saya dihadiahkan set comel pedang Al Fateh....
Saiz yang kecil tidak membayangkan harga  sebenar...harganya agak tinggi namun berbaloi di miliki.


 Pada  kunjungan bulan April,kami  amat tertarik melihat duplikasi pedang diatas pada saiz sebenar.
Keterujaan yang tidak dapat digambarkan...
    Pedang diatas mempunyai sijil pengiktirafan dan di tempa seperti pedang sebenar .Ia menggunakan material menghampiri 100% pedang Al Fateh.Ia kelihatan amat sempurna.,hanya harganya yang ditawarkan amat tinggi.Ia mencecah RM 85,000.00.Semoga kami dimurahkan rezeki untuk memiliki pedang ini.
Berjalan diatas Bukit,Istanbul sebelah Asia
Melepak Di Dongyang,sambil menunggu beg yang tertinggal di dalam van ...pic kredit Tuan  Hj Azlan.
Tulip lagi....
Green Steak

Aktiviti berjalan sambil menguatkan jantung.