Dana untuk mengurus An Nur semasa pengambilalihan adalah negatif.Tiada sebarang sumber kewangan yang wujud untuk perlaksanaan gerak kerja.Pada tahun yang sama juga saya di hantar ke JCORP Johor Bharu untuk memohon dana pembinaan masjid yang sudah lama di rancang.Saya tidak pasti perancangan ayah mertua.Cuma hajatnya cukup besar.Hajat untuk saya menemui sendiri ahli lembaga WAQF Johor dan memebentangkan harapan kami.
Melalui bantuan rakan-rakan satu temujanji berjaya diatur bersama lembaga pengurusan di Johor Bharu.Saya memohon suami menemani.Menurut beliau ,saya membawa hajat yang besar,lebih baik saya terus ke Singapura untuk meneroka sesuatu yang baru.
Dari Johor Bharu ,saya bertolak ke Singapura. Mencuba walaupun harapan pudar ,ia adalah satu usaha.Natijah adalah ketentuan.Galakan dari suami,harapan ayah mertua mebuatkan saya meninggalkan ketakutan.Melangkah walaupun tidak pernah pasti.
Di Singapura,Allah memberi sesuatu yang jauh lebih baik.Kami berkenalan dengan Presiden persatuan Ulama atau Asatizah di Singapura.Kami berkenalan dengan ramai saudara-saudara seagama,yang menghadapi cabaran lebih getir.Apa yang saya lalui,hanya kecil.Kami juga berjumpa dengan pegawai-pegawai di Majlis Agama Islam Singapura..Semuanya tanpa perancangan,tapi persahabatan terjalin sehingga hari ini.
Saya di dedahkan dengan suasana pembelajaran yang amat kondusif.Dari Singapura,saya mengambil "isi-isi penting" madrasah yang melahirkan pelajar agama yang cemerlang.
Hubungan bersama Singapura berterusan dengan lawatan timbal-balas.Saya menerima ramai tetamu dari SIngapura sejak dari itu.Kami juga bersahabat baik dengan pemilik Smiley Travel yang menguruskan Haji dan umrah di Singapura,dan beberapa Ahli Lembaga Ma.sjid Al Kaff.Semua kenalan- kenalan ini banyak mematangkan saya bagi menetapkan halatuju Kompleks Tarbiyyah An Nur.
Ketika ini kedua-dua anak saya masih kecil.Mereka tidak mengerti jalan yang dilalui oleh kedua ibu bapa mereka amat sukar.Suami saya juga boleh melebarkan langkah ke negara-negara lain.
Pada tahun ini...saya merasakan kerdilnya kehebatan seorang manusia...semuanya pinjaman.
No comments:
Post a Comment