Pada penghujung 2012,saya "sedikit" rungsing dengan permohonan kelulusan KDN untuk pelajar asing dan bertambah risau dengan notis gaji minimum yang di wajibkan oleh pihak berkuasa.
Sebagai pusat Tarbiyyah berkonsepkan kebajikan,banyak kos pengurusan di tanggung oleh individu-individu yang bermurah hati,termasuk hampir 60 % pendapatan bulanan perniagaan saya dan suami.Kos yang sedia memerlukan kami melaburkan sejumlah wang yang sememangnya besar untuk perbelajaan harian dan bulanan.
Saya agak "malu" untuk memohon suami menambah defisit perbelanjaan Kompleks.Jumlah yang saya perlukan bagi mematuhi peraturan gaji minimum menjangkaui kemampuan. Sebelum dari itu,saya sudah pun meminta suami menanggung beberapa pelajar miskin,menanggung kos pembaikian,kos pengurusan,dan kos pembinanan prasarana seperti masjid dan bangunan sekolah.
Didalam kerungsingan ,saya mengikut suami ke Terengganu.Beliau mempunyai beberapa urusan .Dengan waktu yang terhad kami terpaksa pulang pada hari yang sama.Saya sendiri kurang jelas urusan suami di Terengganu.Dia hanya memaklumkan akan ke Terengganu pada 1 pagi dan bertolak pada 8 pagi.Pada pukul 2 pula kami pulang semula ke Kota Bharu.
Rupa-rupanya dia membantu seorang rakan yang ditimpa masalah.Simpati saya mendengar cerita.Semuanya di beri ujian mengikut ketentuan.Saya sangkakan hanya satu pertemuan pada hari tersebut.Seusai perjumpaan pertama,kami terus berjumpa dengan pertemuan seterusnya.
Saya menjadi pendengar yang setia.Satu lagi tawaran konsultasi.Jika tidak silap saya,ini bukan tawaran pertama.Kebiasaan suami saya akan terus menolak,kerana komitmen lain cukup banyak.Gaji atau elaun .jarang-jarang mendapat perhatian encik suami.Sebagai orang lama dalam bidang berkenaan,suami saya sememangnya payah di pujuk.Beberapa projek di Kota Bharu hanya di terima dengan dasar untuk membantu rakan-rakan.Begitu juga projek haji dan beliau terima tanpa menerima sebarang gaji atau elaun.Hanya untuk membantu insan-insan yang ingin menunaikan rukun Islam.
Bagi rakan-rakan,kami berdua jarang bekerja kerana wang atau elaun.Kami lebih berminat bekerjasama dengan insan-insan yang ingin pula membantu orang lain.
No comments:
Post a Comment