Bila terasa memikul banyak beban,saya suka "mencelah" kehidupan orang lain.Kita merasakan susah,orang lain melalui kesusahan yang lebih nyta.Kita terasa tidak berduit,hanya sekadar rasa,mungkin ada insan lain yang memang hidup tanpa duit.Apa yang kita rasa dan apa yang orang alami kadang-kadang sangat berbeza.Jom kita lihat kisah-kisah kehidupan.Semoga dapat memberi semangat untuk kita membantu orang lain...
#### Pakcik tua diatas berusia 70-an.Sangat tua dan uzur.Anak lelaki beliau merupakan anak murid saya berusia 17 tahun.Pelajar tahfiz yang sangat cemerlang dalam hafazan dan akademik.
Pada 5 tahun lepas saya membuat permohonan untuk menempatkan anak pakcik ini ke Maahad Tahfiz Wal Qiraat An Nur.Dengan pendapatan purata RM 10 sehari,boleh dikatakan keluarga ini dalam golongan asnaf miskin dan tidak mampu untuk membayar yuran pengajian dan sebagainya.Sebagai asnaf miskin,pelajar ini menerima bantuan penuh pengajian dari pelbagai pihak yang prihatin.
Alhamdulilah,permohonan saya diluluskan.Hafazan 30 juzuk di tamatkan dengan cemerlang.Beberapa minggu lepas ,pakcik ini datang berjumpa en suami.Membawa hasrat yang sangat tulus.Beliau meminta kami menjaga dan menguruskan masa depan anakanda beliau.Menurutnya,dia sudah uzur dan tidak berduit untuk menghantar anaknya menyambung pengajian.Selepas kami bersetuju,terpapar riak kelegaan yang tidak tergambar.Jangan risau pakcik,amanah ini kami akan jaga ,sepertimana kami menjaganya sepanjang 5 tahun ini.Bertambah lagi senarai "anak angkat" kami berdua.
Rakan-rakan semua,kadangkala ada perkara yang kita hanya mendengar lewat novel atau cereka di kaca tv.Kisah masyarakat diluar terlalu banyak,terepulang untuk mendengar atau hanya sekadar melihat.
No comments:
Post a Comment