Tuesday, May 7, 2013

BAngun

                 Bekerja dipejabat merupakan pilihan kerjaya terakhir yang pernah saya fikirkan.Saya sememangnya tidak mempunyai kesabaran yang tinggi untuk bekerja secara langsung dengan waktu yang tetap atau berhubung dengan manusia dan permasalahan kemanusiaan.
                Selepas enam tahun saya sedikit takjub,kerana saya boleh mencintai kerjaya yang saya tidak minati.Suami pula,melebarkan sayap ke Syria,Turki, Singapura,Jakarta,Jordan ,Mekah dan negara-negara lain.Dari Kelantan kami bergerak ke luar negara.Dari pejabat,saya meneroka pelbagai bidang lain.Pejabat hanya menjadi metafora,kehidupan semakin berwarna-warni.
                  Dunia menjadi tidak bersempadan.Hidup juga bukan semuanya indah.Banyak airmata,banyak kisah-kisah duka.Ia semua pengalaman yang menjadi penguat kepada hati-hati yang dilanda pelbagai laluan yang rata mahupun berduri.
              Sehingga kini saya masih bersama mertua.Satu hubungan yang hanya yang pernah merasai sahaja memahami.Kompleks dan memerlukan toleransi yang tinggi.Kuncinya hanya ketaatan.Kami mempunyai kehidupan yang tersendiri,kami mempunyai laluan yang berlainan,namun ketaatan kepada ibubapa itu hanya kepada anak-anak yang faham.
              Bagi sahabat-sahabat yang suka bertanya-tanya apakah sebenarnya laluan kehidupan saya..saya hanya manusia biasa.Kadangkala terluka,kadangkala dibuai kebahagian.Membisu itu lebih baik dari berkata-kata..
         

No comments:

Post a Comment