Penerbangan Fireflyz 6.50 ptg,Tiba di Subang lebih kurang pukul 7.45 pm.Teksi ke Kuala Lumpur,tiba 9 malam di KLCC. 10.30 bertemu mata dengan sahabat lama bagi merapatkan silaturahim.1.00 pagi ambil kereta di Ukay Perdana.2,30 pagi sampai di Gombak,urusan visa.3.30 pagi urusan dengan rakan yang baru pulang dari Umrah.5,30 pagi berada di Damansara.8.30 pagi,sarapan sambil bertaklimat.9- 11.00 pagi,en suami mesyuarat.11.45 penerbangan ke Kota Bharu. Dua-tiga jam selepas itu terlelap,sebelum makan bersama-sama keluarga di Horizon Garden.
Ini jadual biasa untuk en suami.Saya sengaja mencari kesempatan untuk menemani beliau.Walaupun saya tahu,saya akan "mengepek" dalam hati,ia penting untuk saya membetulkan niat ,kerana hanya orang yang mengalami jadual sesibuk ini,akan memahami pekerjaan en suami yang sukar diagak.
Minggu lepas,bertolak ke Mekah tanpa perancangan.Dua minggu sebelum itu,"bertapa" di Kedutaan Kerap terbang pergi dan balik menggunakan pesawat.Tidur-tidur ayam,dan makan sekadar yang ada.Ribuan duit dengan urusan telefon,pengangkutan dan lain-lain lagi.
Minggu ini,masih sibuk.Kalau diizin Allah,18 Jun ke Mekah semula.Selepas itu mungkin ke DUbai dan Turki,sebelum kembali ke Mekah untuk sekian kalinya.
Jika di lontar soalan..apakah yang saya rasa? Sukar membayangkan saya mengahwini suami sesibuk ini,walaupun saya sendiri juga sibuk .
Akhirnya ,saya sedikit faham..dakwah itu bukan sekadar Usrah.Ia satu praktikaliti bagaimana kita mengunakan sepenuh daya .usaha ,tenaga wang bagi membantu orang lain mendapat cahaya.
serius bangga dgn kak na...bkn smua org dpt rsa nikmat kesenangan mcm ni tp pd hakikatnya terselit 10001 kesusahan...
ReplyDeletesuka ayat tu 'dakwah bkn skdar usrah'
rmai yg mampu ikuti usrah n teorinya tp brp rmai yg mampu mempraktikkan dlm hidup...
smg Allah sntiasa mudahkan hidup k.na n keluarga
~ yasirah