setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Tuesday, June 11, 2013
POST -KAPITALIS
Jika anda seorang yang sukar membuat keputusan,terlalu berfikir mengenai risiko, mempunyai ketakutan yang berbagai jenis,anda mungin tidak mempunyai jiwa sebagai pengembara,penulis atau mana-mana kerjaya yang menggunakan deria hati melebihi deria-deria yang lain.
Jika anda terlalu memikirkan duit,atau memikirkan aset-aset bekalan hari tua,kerjaya yang stabil, apa yang patut di buat kepada anak-anak anda,kehidupan anda pasti melalui banyak fasa tekanan.Tekanan kerana terlampau berfikir tanpa menambah dalam tindakan.
Berfikir untuk diri sendiri umpama satu monolog yang panjang.Ada sesetengah perkara hanya perlu buat seperti yang di suruh,tinggalkan apa yang di larang.Jika sukar, ambil iktibar dari insan -insan mulia seperti Nabi Muhamaad SAW dan sahabat-sahabat serta ahli keluarganya.
Soalan yang amat mudah,berapakah peninggalan pusaka,hartanah,wang tunai Nabi dan sahabat-sahabat seperti Ali R.A,atau harta yang di miliki Fatimah ?.Jadi bagaimana patut kita menghabiskan segala wang tunai atau aset yang kita miliki. Patutkah kita menyimpan sehingga jutaan RM?
Hidup di dunia yang singkat memerlukan manusia mengunakan akal untuk membawa sebanyak mungkin ke akhirat.Bagaimana kita ingin membawa banyak ,jika harta yang ada di sibukkan dengan membeli rumah,membeli aset,menyimpan tunai dan kita terus terpesona berfikir untuk diri sendiri.
Dalam Islam 2 konsep harta ialah,di gunakan ataupun di sedekahkan.Konsep konsep risiko kapitalis yang membuat kita takut miskin,takut tidak berduit patut diperbetulkan.
Gunakan harta yang ada untuk belajar memberi lebih dari menerima.Mengembara dan lihat isu sebenar dalam masyarakat.Sedekah sekadar 200-300 tidak memadai jika bergaji RM 4000.00 sebulan. Hanya membantu dengan doa,sedangkan kita mampu untuk memberi lebih banyak,adalah satu ilusi.
Berhenti memerangkap diri sendiri dengan ketakutan hidup tanpa harta.Rezeki milik ALLAh untuk kita kongsi bersama orang lain.Tambahkan nilai amal menggunakan harta.Jangan risau untuk berkelana,kerana ia boleh membentuk jiwa..Tidak perlu menanti di taja,atau bermimpi,jika Kemahuan itu boleh di bawa sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment